Monday, October 08, 2012

Jemput anak muda sertai GEMPAK

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan akan mengdakan satu program yang dipanggil G.E.M.P.A.K - Geng Anak Muda Ateih Puncak.

Asasnya ia ialah program nedaki Gunung Angsi di Kuala Pilah, N.Sembilan. Program akan berlansung 12 - 13 Oktober. Bermula dengan pendaftaran jam 5.00 petang, peserta akan bersama dalam makan malam, solat berjemaah dan pengisian santai mendalami erti perjuangan. Jam 2 pagi peserta akan mula bergerak secara berkumpulan mendaki gunung. Solat subuh berjemaah akan diadakan di atas puncak Angsi sebelum turun semula. Dijangka jam 11 pagi semua akan bersurai.

Yuran minima RM 33 akan dikenakan bagi menampung kos kemeja T (terhad), Makan minum, Insuran, sewa tapak perkemahan dan lain - lain berbelanjaan. Program ini terhad kepada 50 orang sahaja. Program ini bagi mempertingkatkan daya tahan aktivis muda dan memberi ruang saling berkenalan serta memahami perjuangan anak muda khususnya SAMM itu sendiri.
Sesiapa yang berminat untuk bersama boleh hubungi 0123696474 (kalau tang angkat jangan jadi hati kapas kecewa cepat  tinggalkan sms).

 Sekian .

www.anakmudamalaysia.com

No comments:

Post a Comment