TELAH sampai ke pengetahuan penulis bahawa ada isu yang dibangkitkan
baru-baru ini mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri
Kewangan bertanggungjawab yang meluluskan pembelian kapal selam Scorpene
pada tahun 1995.
Penulis tidak sempat dan tidak ada masa untuk meneliti kebenaran di
sebalik dakwaan tersebut, tapi sekadar nak menyebutkan meluluskan
pembelian tersebut kerana beliau sebagai Menteri Kewangan, itu tidak
membuktikan apa-apa pun.
Memanglah Menteri Kewangan meluluskan projek bernilai tinggi di negara ini, itu bukan masalah.
Tapi perlu juga dilihat jangkamasa dari keputusan pembelian dibuat
sehingga perjanjian pembelian dimuktamadkan. Dalam kes Scorpene,
kelulusan didakwa dibuat pada 1995 tapi perjanjian hanya dimuktamadkan
pada 2002 – 7 tahun selepas kelulusan diberi!!
Dalam tempoh tersebut, banyak yang sudah berlaku, banyak juga butiran
pembelian yang diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan Anwar
sendiri pada 1995, berbeza sewaktu perjanjian dimuktamadkan pada 2002.
Paling tidak nilai sudah berubah kerana inflasi dan tukaran wang asing semasa pada 2002.
Yang dijadikan isu oleh Suaram sekarang ini (bukan Pakatan Rakyat),
tidak ada kaitan dengan kelulusan yang diberikan pada 1995 kerana itu
hanya blanket approval – perincian lain hanya dimuktamadkan sewaktu perjanjian ditanda tangani.
Mungkin
ada kesilapan di sana sini oleh Suaram dalam menengahkan hal ini, tapi
itu tidak bermaksud, sesiapa wajar mengaitkan pembelian ini dengan
Anwar. Peranan Anwar dalam hal ini hanyalah membantu Suaram, sekadar
yang beliau tahu untuk mengukuhkan pendakwaan kes ini di Perancis nanti.
Nampak sangat pihak yang cuba menyeret Anwar ke dalam skandal ini agak kurang cerdik, bahasa kasarnya, bodoh. Perkara itu tidak membuktikan atau menjelaskan apa-apa. Anwar
dipenjarakan selama hampir 6 tahun, sepanjang tempoh itu beliau tidak
tahu perkembangan semasa dalam soal pembelian ini.
Penulis bagaimanapun tidak nampak bagaimana soal ini mampu
menjejaskan imej Anwar. Memang selama hari ini beliau tidak pernah
mengeluarkan kenyataan, mengesahkan beliau tahu tentang pembelian kapal
selam ini sewaktu menjadi Menteri Kewangan.
Banyak benda dan perkara yang diuruskan Menteri Kewangan ini, agak
mustahil untuk beliau ingat setiap butir perkara yang pernah
diluluskannya atas kapasiti tersebut, apatah lagi perkara itu berlaku
hampir 20 tahun dulu!!
Hanya sebab bekas Setiausaha Sulit sebut, belum tentu betul.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=51508
No comments:
Post a Comment