Monday, October 08, 2012

Teman lama yang kini pengendali laman Umno bersuara isu dana asing

Pagi ini punya sikit masa terluang, 'bersiar dialam maya' terjumpa tulisan seorang sahabat lama yang pernah sama menggerakkan suara reformasi ketika gerakan ini hampir 'padam apinya' dalam negara. Tulisan beliau mengimbau kenangan.

Selepas tangkapan ISA penggerak aktivis utama Reformasi gerakan ini makin sepi, malah parti PKN sendiri makin senyap namun beberapa anak muda terus menongkah arus, ketika itulah arahan dari dalam Kemunting tidak ramai melayan namun masih digerakkan. che'Gubard ketika itu membawa risalah didalam guni naik bas merantau ke segenap kawasan demi memastikan kelansungan 'perlawanan'. Ketika itu jauh sekali pentas mewah kadang kala hanya ceramah kelompok tidak punya pembesar suara. Biarlah semua tersimpan rapi dalam lipatan.

Namun mutakahir ini tiba - tiba muncul kononya SUARAM menjadi penyalur dana asing untuk gerakan reformasi ! Ini semua mengarut...... rasa ingin menulis panjang namun sebelum itu terjumpa tulisan seorang sahabat lama 'Anuar Mohd Nor' mencatat sesuatu mengenainya.

klik sini untuk berkongsi catatan beliau yang kini duduk bersama Umno.......

1 comment: