Saturday, October 13, 2012

AES harus dihentikan segera !

Kenyataan Umum
12 oktober 2012

AES HARUS DIHENTIKAN SEGERA ATAU Bn HILANG UNDI PEMANDU MALAYSIA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyokong tuntutan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) untuk menuntut agar sistem saman berkamera, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dihentikan segera.

1. Jelas sistem ini lemah dan penyelarasan berada pada tahap minima. Bayangkan syarikat boleh membekalkan maklumat berbeza mengenai imej kesalahan yang dirakam. Ketua Pengarah JPJ nyatakan sebanyak 2,952 imej dirakam pada 23 & 24 September 2012 dalam taklimat khas kepada media selama hampir dua jam tetapi Kementerian Pengangkutan dalam jawapan kpd YB Tanah Merah di Dewan Rakyat maklumkan sebanyak 3,344 imej dirakam pada tempoh yg sama iaitu pada 23 & 24 September 2012. (percanggahan angka imej kesalahan dirakam Menteri tipu atau ditipu klik untuk baca lanjut)

2. Hujah AES mampu mengurangkan kemalangan juga mengarut berdasarkan lokasi kamera AES itu ditempatkan. Secara kasar melalui pemerhatian  SAMM hampir 40 % kamera AES diletakkan dijalan jalan berhad laju 50 atau 70 km/j. Bukan di lokasi yang sering terjadi kemalangan. Ini satu tindakan mengarut dan sengaja mencari untung dengan memperbanyakkan saman. malah beberapa sumber menyatakan kemalangan hampir berlaku kerana 'kilat' cahaya kamera AES yang tiba-tiba memancar kuat cukup menyilaukan.

3. Maklum balas dan sumber dalaman pula mengatakan bahawa sistem pengesanan kamera AES ini pula terdapat kelemahan dari segi membezakan beberapa nombor yang keluhatan hampir sama. Ini akan lebih merumitkan. Berapa banyak pemandu tidak bersalah akan mendapat surat saman, mungkin selepas itu ada ruang untuk membantah dan menyatakan alibi bukan ditempat kejadian kesalahan dirakam tetapi ia tetap akan menyusahkan pemandu yang tidak bersalah.

4. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him membangkitkan kegusaran beliau mengenai syarikat AES yang mencari keuntungan. Suara mempertikaikan AES itu disokong oleh Ahli Parlimen Bn juga seperti Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Azizdan beberapa ahli parlimen Bn sendiri yang meminta AES dihentikan kerana menginaya rakyat. Walaupun mereka terdiri dari yang sama menyokong AES tetapi kini mula menolak AES mungkin kerana takut dengan kesedaran rakyat. Maka kini ahli parlimen Bn dan PR dua - dua pihak sudah menolak AES maka wajarlah AES dihentikan segera.

6. AES bukanlah satu idea baru tetapi idea lama yang ternyata gagal. Melalui Carian SAMM satu keratan Utusan Malaysia Ogos 2007 telah membuktikan bahawa ketika itu lagi sistem seumpama AES sudah dibangkitkan tetapi ditolak kerana ia satu sistem yang gagal menangani kemalangan jalanraya.(klik sini untuk membaca lanjutkeratan Utusan tersebut)

8. Kemalangan jalan raya tidak boleh ditangani dengan hanya sistem kamera AES tetapi ia perlu perlibatan semua. Contohnya kerana tidak ada gaji minima munasabah pemandu Bas atau kenderaan kormersial akan cuba mengejar masa untuk membuat sebanyak mungkin trip bagi menampung kehidupan kerana itu keletihan mereka mungkin boleh merisikokan nyawa ramai. Berapa ramai pula pesalah jalan raya yang dilindungi kerana rasuah masih berleluasa, kenderaan yang tidak sepatut berada dijalanraya terus boleh digunakan kerana rasuah juga. Itu belum lagi keadaan jalanraya yang tidak baik seperti berapa banyak kenderaan mengalami kemalangan di lebuhraya kerana lopak air bertakung, jika di negara yang kesedaran hak rakyat tinggi mungkin sudah beribu saman kepada pengendali lebuhraya kerana pengguna membayar tol tetapi lebuhraya berlopak air sehingga akibat kemalangan.

7. Jika regim ini terus berkeras untuk melaksanakan sistem yang jelas akan memangsakan dan mengainaya pemandu ini maka semua pemandu Malaysia diseru menggunakan undi anda untuk menghukum rejim yang tidak mahu mendengar suara rakyat ini. Jika rakyat bosan maka tidak boleh disalahkan mereka nanti jika ada pemandu yang akan mula merosakkan kamera AES di tepi jalanraya seperti menyembur cat di muka kamera tersebut.

Sekian

Mohd Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan

** klik sini untuk membantu SAMM

4 comments:

  1. Anonymous1:57 PM

    " HAPUSKAN SEGERA AES " jadikan agenda PR amat yg berkesan/ampuh untuk menumbangkan kerajaan BN. pastikan peluang ini digunakan sepenuhnya untuk mempengaruhi rakyat.

    ReplyDelete
  2. Hutang seorang rakyat cukup menyakitkan.Teruskan gempur.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:25 AM

    tentang AES dalam semua blog agar kerajaan gila babi ini tumbang.Mereka hanya nampak wang rakyat untuk sapu.semua menteri umno sudah jadi bangkai dan biawak hidup.Kata berjuang untuk rakyat tp berjuang utk perut.Cilaka lu

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:25 PM

    AES jadikan salah satu agenda penentu kemenangan PR dalam PRU13 Yang pasti, setiap individu yang kena saman(dikatakan melebihi 100ribu org stakat ini dan dijangka sebelum pilihan raya jumlah rakyat yang disaman/ditindas meningkat kepada 300ribu org), pastikan tidak mengundi BN. Pastikan BN lingkup dan menjadi pembangkang yang minoriti dalam parliament.

    ReplyDelete