Dalam media arus perdana dengan bersungguh-sungguh regim menggambarkan betapa kononya pilihanraya jawatankuasa masjid yang diadakan di Pulau Pinang sesuatu yang tak elok dan pecah belah masyarakat, malah ada yang mengatakan ia tindakan derhaka dengan yang dipertuan agong.
Di Pulau Pinang, jawatankuasa masjid kini dipilih melalui proses demokrasi. Pilihanraya masjid ini juga mampu menyusun atur rakyat dengan lebih berkesan apabila diwujudkan daftar ahli kariah.
Sebelum ini tiada daftar ahli kariah, jawatankuasa masjid dilantik dikalangan mereka yang hanya pro Umno dan malah ada di beberapa tempat masjid dipimpin oleh mereka di luar kariah dan mereka yang jarang di masjid. Kesanya fungsi sebenar masjid mati dan hanya menjadi tempat solat dan sesekali menjadi medan program pro Umno sahaja.
Kini dibawah kerajaan Pakatan Rakyat, kita tidak mahu mengulang kesilapan Umno. Kita boleh sahaja melantik pimpinan masjid tetapi kita terdedah dengan lobi dikalangan anggota komponen PR dan jika ini berlaku kita sama macam Umno dengan lantik semula orang - orang tertentu. Untuk memberi keadilan kepada semua dan menjadikan hanya yang layak terajui masjid dan menjadikan pimpinan masjid lebih bertanggungjawab terhadap anak kariah maka diadakan pilihanraya peringkat masjid.
Di media perdana macam - macam gambaran negatif diberikan terhadap proses ini, tetapi tahukah bahawa sebenarnya ramai ahli Umno mengiktiraf pilihanraya masjid ini. Hampir semua masjid pasti ada pimpinan Umno yang masuk nama sebagai calon dan turut berkempen bersungguh - sungguh untuk mengekalkan jawatan mereka yang selama ini diperolehi melalui lantikan sahaja. Untuk itu tiba - tiba sebulan ini masjid menjadi aktif sekali.
Kalau nak dikira berpuak sebelum inipun ada pihak dilantik ada pihak tak puas hati kerana ada yang dilantik bukan dari anak kariah atau mereka yang jarang ke masjid. Maka ada juga berlaku pemulauan. Adakah dengan adanya pilihanraya maka akan berpecah ? Ini tuduhan Umno hina orang Islam yang gambarkan orang islam di P.Pinang tidak matang. Sebenarnya orang ramai sudah matang dan mereka lebih menghargai proses ini. Cuma kali pertama cabaran besar ialah mewujudkan pendaftaran anak kariah. Mungkin terdapat beberapa kelemahan tetapi ia akan pasti ada proses penambah baikan di masa ke depan.
Dalam isu derhaka ini lebih mengarut. umno mempolitikkan isu istana. Selama ini Umno pilih dan senarai nama bawa kepada yang dipertuan agong untuk perkenan. Proses kini kita serah kepada anak kariah untuk pilih dan nama kemudian dipersembah ke bawah duli tuanku untuk perkenan. Apa bezanya ?
Adakah Umno cuba nak gambarkan institusi Istana ini bodoh ? Dengan memperkenan pilihan terus dari rakyat maka Istana akan lebih diangkat martabatnya.
Perlu diketahui umum cadangan mengadakan pemilihan jawatankuasa masjid ini hasil muzakarah jawatankuasa berkenaan pada 6 Mac 2011 telah mencadangkan kepada MAINPP tentang tata cara pemilihan tersebut pada April lalu.
Pada 20 Mei 2011 mesyuarat khas MAINPP telah memutuskan menerima tata cara pemilihan yang disyorkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kariah MAINPP.
Tata cara pemilihan ini juga merupakan penambahbaikan peraturan yang sedia ada selaras dengan Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang ) pindaan 2003.
Sebelum ini, pakar al-Quran dan Hadis Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata bahawa sewaktu pemerintahan BN di Pulau Pinang dahulu, UMNO mengguna pakai amalan politik kepartian dengan memilih ahli-ahli khariah masjid dari kalangan mereka sendiri tanpa mengikut prinsip syarak.
Beliau berkata kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa itu bukan dari ahli masjid sendiri tetapi berdasarkan kegiatan mereka dalam parti, iaitu mereka yang aktif dalam UMNO mendapat kedudukan dalam jawatankuas masjid.
Dr Mohd Asri, anak kelahiran Pulau Pinang yang juga bekas Mufti Perlis, menyatakan masyarakat Islam tidak perlu bimbang dengan tata cara pemilihan kerana calon-calon yang terbaik akan dipilih oleh ahli-ahli khariah sendiri tanpa mengira pegangan politik mereka.
Kepada Kerajaan 'rakyat' Pulau Pinang teruskan usaha memperkasa rakyat, bagus juga ada pembangkang yang sentiasa 'bising' seperti di Pulau Pinang. Ini harus dilihat dari aspek positif. 'Bisingnya' pembangkang ini menjadikan kerajaan akan lebih berusaha membaiki keadaan. Cuma Umno Bn di Pulau Pinang harus memberikan teguran lebih konstruktif dari semata-mata emosi. Percaya dan yakin lama kelamaan Umno Bn di Pulau Pinang akan mula menyesuaikan diri mereka sebagai pembangkang tetapi jika tidak lansung memberikan cadangan membina sebaliknya hanya bermain sentimen dan emosi maka mereka seharusnya bersedia menjadi pembangkang untuk masa yang lebih lama.dalam isu ini jelas Umno hanya mempolitikkan isu. Kenapa UMNO cuba kaitkan perkara yang tidak relevan seperti mengatakan DAP campurtangan terhadap pemilihan Jawatankuasa sedangkan ia mengikut saluran betul mengikut kaedah Jawatankuasa qariah dan Pegawai Masjid Masjid Negeri Pindaan 2003. Semuanya melalui peruntukan yang ada dalam enakmen pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Seksyen 104 (10)(b)....Umno harus berhenti berselindung memperguna nama Istana dan Masjid atau seumpamanya.
No comments:
Post a Comment