Monday, June 27, 2011

Sistem perundangan disalah guna demi menjaga 'keselamatan regim'

Orang yang lemas akan capai apa saja untuk menyelamat diri walaupun kadang kala tak sedar tindakan mereka boleh lebih mempercepatkan mereka lemas. Dalam 'seni' menyelamatkan orang lemas penyelamat dilatih menyelamat dari belakang atau ketuk sahaja mangsa supaya pengsan agar mudah diselamatkan.

Kini regim ini saling tak tumpah seperti orang lemas. Regim kain gila. terbaru pada 25 jun lepas 30 aktivis PSM telah ditahan di Pulau pinang dalam 'tuor' kempen mereka yang bertemakan 'Udahlah... Bersalahlah.." Kempen ini menggambarkan betapa parti penguasa regim Barisan nasional sudah sampai usia yang sepatutnya dipencenkan oleh rakyat.

Kempen ini 'halal' kerana bertujuan menyedarkan rakyat mengenai kebobrokan Bn dan meminta rakyat menukar kerajaan Bn ini. Jika kempen ini salah maka kempen yang diterajui oleh Najib di Selangor yang menyerang kerajaan Selangor juga salah. maka najib juga harus ditahan.

Lebih gila lagi kesemua mereka kini disiasat dan mungkin didakwa dengan tuduhan berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan ini kononya kerana polis menjumpai kemeja dan risalah dengan gambar pejuang kemerdekaan seperti rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani. Polis menuduh mereka cuba menghidupkan semula gerakan Komunis. Tuduhan ini jika sabit kesalahan akan mengakibatkan hukuman gantung sampai mati.

Ini semua usaha menakutkan dan mematahkan kebangkitan rakyat. Regim bertambah panik dengan memperkudakan sepenuhnya polis khususnya takut dengan kebangkitan rakyat menjelang BERSIH.

Untuk pengetahuan regim dan polis Malaysia tahukah kamu bahawa DYMM Sultan Perak sendiri pernah bertemu dengan tokoh - tokong pejuang kemerdekaan ini di Istananya. Malah Rashid maidin dan isterinya juga telah dibiayai urusan ibadah hajinya.

Tindakan ini juga boleh diterjemahkan sebagai bukti Umno merupakan pewaris penjajah dengan meneruskan dendam penjajah terhadap penentang penjajah yang menuntut kemerdekaan 'total' ke atas rakyat dan tanahair ini.

Jika benar regim ini menentang fahaman atau ideologi komunis mengapa Malaysia dibawah regim ini menjalinkan hubungan dengan negara fahaman komunis seperti China, Vietnam dan seumpamanya.

Jawapanya muda sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan ideologi atau fahaman. Ia hanya kerana keselamatan dan kepentingan regim semata - mata. malaysia ialah negara hipokrit dan oputunis lihat sahaja bagaimana selaku kononya negara Islam kita punya hubungan dagang erat dan menyumbang dana besar dalam ekonomi Israel sebagai rakan dagang.

Rakyat disaran untuk bangkit, tanpa sebarang ketakukan. Menukar kerajaan melalui pilihanraya adalah sah. Ini yang sedang diusahakan. Tetapi untuk itu program 9 Jul ialah bertujuan mengajak rakyat turun ke jalanraya secara aman mendesak pilihanraya yang adil dan bersih.

SAMM mengecam tindakan regim penguasa.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

1 comment:

  1. Anonymous10:14 AM

    sokong idealogi DAP jagan pecah belah bangsa

    ReplyDelete