Seorang sahabat dalan laman facebook menyenaraikan sedikit ‘dosa’ Umno sepanjang ‘memperjuangkan’ ketuanan Melayu selama ini.
Adakah 54 tahun selepas suara-suara perjuang Ketuanan Melayu, Melayu jadi samakin kuat? Perdana Menterinya Melayu, majoriti Menteri Besar dan menterinya Melayu. Hampir 90% ketua jabatan dan agensinya orang Melayu. Namun apa yang terjadi?
Senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia:
Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2
Daripada 10 orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar hanya berada di tempat yang ke tujuh itupun masih jauh ketinggalan.
Melayu adalah yang paling ramai berada dalam kategori rakyat Miskin iaitu lebih kurang 88 peratus...OK ke macam ni??
2007, Akauntan Bumiputera hanya ada lebih kurang 7.0 peratus manakala Cina 87.4 peratus dan India 5.2 peratus. Begitu juga Jurutera Bumiputera hanya ada 28.2 peratus, Cina ada 62.5 peratus dan India 6.3 peratus.Macamana untuk bersaing dengan kaum lain? Bolehkah Melayu dipercayai dengan kekuatan sebegini?
Pemilikan Ekuiti pada tahun 1990, Bumiputera 19.3 peratus, Non-Bumi 46.8 peratus, Lain-lain 25.4 peratus dan Nominees 8.5 peratus. Manakala pada tahun 2008, Pemilikan ekuiti boleh dikatakan tidak berubah walaupun selepas 18 tahun.
Daripada 150,000 pelajar yang berada diluar negara, Bumiputera hanya 12 peratus iaitu sekitar 18,000 orang sahaja. Itupun pergantungan penuh kepada bantuan kerajaan.
Sahabat berkenaan melihat daripada sudut ekonomi sahaja. Itupun belum melihat kepada kemelaratan Melayu peringkat bawah akibat melonjaknya harga barangan keperluan sekarang. Jika seorang yang berpendapatan RM1,500 ke bawah dan mempunyai lima orang nak yang sedang bersekolah, kena bayar hutang bulanan rumah dan kereta lagi, mereka sudah terjumlah di kalangan orang miskin.
Aspek sosial lagi teruk. Melayulah juara dadah sehinggakan tiada kampung Melayu yang selamat daripada dadah sekarang. Gejala sosial, buang bayi, maksiat, murtad, makan rasuah, gangsterisme, hidup tanpa agama. Semuanya Melayu yang juara.
Sudah 54 tahun rakyat biarkan Umno memperjuangkan ketuanan Melayu, tanpa dicabar oleh sesiapa pun. Memang seronok dan ghairah bercerita soal Melayu, tetapi hakikatnya?
Apakah rakyat mahu Umno minta 54 tahun lagi baru untuk mengubah dan mengangkat ketuanan Melayu? Atau hanya tangkal azimat untuk mempertahankan kuasa? - petikan dari http://selamatkanpahang.blogspot.com/

benci cerita pasal ketuanan melayu. yg ada melayu hancurkan melayu.dari atas sampai lah ke bawah. dekat jabatan bawahan seperti PBT, semua pegawai dan penguatkuasa adalah melayu. tapi bila kita penjaja kecil mintak lesen meniaga, bertahun tunggu kelulusan. beribu alasan diberi tapi kaum lain senang je dapat lesen. apa nak jadi. disebabkan duit bangsa habis dijual...
ReplyDelete