Saturday, June 18, 2011

Murtad paling tinggi di Sabah dan N 9. Kelantan bersih

Sabah dan Negeri Sembilan mendahului senarai permohonan menukar status agama Islam atau murtad, manakala hanya Kelantan yang tiada permohonan langsung dari rakyatnya.

Mahkamah Syariah menerima sebanyak 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 135 orang permohonan diluluskan.

Daripada jumlah diluluskan itu, Sabah mencatat 67 orang, diikuti Negeri Sembilan dengan 33 orang. Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah juga di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.
azlan

1 comment:

  1. statistik yg menakutkan

    ni pun ramai yg kata, sejahat2 manusia adalah sebaik2 jin

    padahal jin x penah pun syirik, tak pernah pun murtad

    manusia je ramai yg sesat, syirik dan murtad

    ReplyDelete