Monday, August 30, 2010

JKKK kecewa gangguan air di N9, hutang RM2 Billion

Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan SAINS sudah di korporat/perbadan/swasta menjadi Syarikat Air Negeri Sembilan SAINS. Hutang kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2008 ialah RM 2.14 Billion, dimana RM 1.6 Billion ialah untuk Rancangan Bekalan Air. Dah swasta, dah hutang RM 1.6 Billion masih teruk bekalan air di beberapa tempat di N.Sembilan.

Hutang RM 2.14 Billion ini, kira dah bankrap ke belum ? Kakitangan kerajaan Negeri Sembilan dapat tak duit raya ? Kakitangan SAINS dapat tak duit raya ?

Mana pergi RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air tu ?

************************
Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010

PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselama-tan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

“Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini.

“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus,” katanya

Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada. Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka.

“Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan. Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya.

“Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan,” katanya.

Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air.

“Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air. Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan.

“Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8120193.asp


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html

2 comments:

  1. Chin Peng9:29 PM

    Pihak berkuasa wajib membenteras gejala tidak sihat atau mungkar pihak2 tertentu yg mempunyai akses utk dgn sengaja menaikkan tekanan air bagi membolehkan beberapa saluran paip pecah.

    Kegiatan ini sudah mendarah daging di kalangan pihak2 tertentu utk mempastikan kontraktor mendapat kerja membaikpulih paip2 pecah.Difahamkan kontraktor terlibat akan membayar komisyen kpd pihak2 yg dgn sengaja membuatkan paip pecah.

    Malangnye kegiatan ini amat sukar di bendung kerana melibatkan pihak2 tertentu yg juga di lihat kebal dari tindakan undang2.

    Hanye dgn menukar kerajaan yg memerintah pada PRU13 akan datang sebagai jalan terakhir.

    53 tahun merdeka tetapi quality perkhidmatan amat haprak.

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:54 PM

    Hi there! I know this is kinda off topic but I'd figured I'd ask.
    Would you be interested in exchanging links or maybe guest authoring a blog article or
    vice-versa? My site covers a lot of the same topics as yours and I think we could greatly benefit from each other.
    If you are interested feel free to send me an email.
    I look forward to hearing from you! Wonderful blog by the way!


    my site ... real estate agent brochure template

    ReplyDelete