When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, August 05, 2010
Pengurusan ekonomi Umno penerus agenda zionis british
Pada tahun 1952, imperialis British telah melantik Tampler sebagai pengarah gerakan perang kontra revolusioner merangkap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaya. British waktu itu menghadapi kesukaran yang teruk kerana komplotnya hendak melakukan perang cepat selesai dalam ketenteran telah menghadapi pukulan yang teruk.
Untuk mengatasi kesulitan ini, imperialis British menyusun stretegi kontra revolusioner yang menyeluruh termasuk rancangan memperhebatkan serangan tentera, memainkan penipuan politik, mempergiatkan rompakan ekonomi dan memecah belahkan perpaduan antara bangsa-bangsa.
"harus menggalakkan dan menolong orang-orang Melayu memainkan peranan penuh dalam kehidupan ekonomi Negara kita untuk membetulkan ketidak seimbangan ekonomi pada masa ini" Inilah arahan yang diterima oleh Templer. Apakah maksud "menolong orang-orang Melayu" Sudah tentu yang ingin ditolong oleh imperialis British bukan golongan petani Melayu yang tidak bertanah atau kekurangan tanah dan bukan juga nelayan Melayu yang miskin. Imperialis British sebenarnya bertujuan hendak membentuk kelas kapitalis birokrat yang terdiri dari kaum birokrat British dan juga anasir bangsawan feudal Melayu yang menjadi abdi kepada rejim penjajahannya sebagai satu tunggak utama untuk memelihara kepentingan penjajahan imperialis British.
Untuk melaksanakan arahan tersebut, imperialis British telah mendirikan RIDA pada tahun 1953, kemudian menubuhkan FELDA pada tahun 1956. Selain itu ia telah mengambil langkah yang sesuai dengan arahan itu untuk mempersiapkan syarat-syarat kebendan untuk terbentuknya kelas kapitalis birokrat.
Disini jelas bahawa DEB yang dijalankan oleh Razak dan kemudiannya diteruskan oleh Hussein Onn adalah berdasarkan kepada arahan yang dibawa oleh Templer dari London. Inilah kelas kapitalis birokrat yang berinduk utamakan UMNO. ~Adrastos
------------
info:
1. Foto adalah gambaran rumah di Kampung Baru.
2. Bahan dari Suara Revolusi Malaya 27 – 28 Mac 1979
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment