Ni apa cerita ni, peniaga Melayu ditindas lagi di Suria KLCC ni ? Dulu tahun 2007 Restoran Melayu yang termaju di Suria KLCC Kelantan Delight pun tersingkir. Kalau peniaga Melayu di tengah ibu kota, sebelah Menara Berkembar Petronas pun tak terbela, apatah lagi Melayu di Pulau Pinang, Selangor, N.Sembilan, Melaka dan lain-lain tempat.
Kalau nak bela Melayu, nak tunjuk Melayu ditindas, jadi tajuk utama TV3 dan Utusan buatlah untuk semua negeri, jangan tumpu di Pulau Pinang dan Selangor saja, KESIAN Melayu tempat lain.
JANGAN SAMPAI MELAYU MELUAT DENGAN TV3 dan UTUSAN
******************************
Peniaga Alamanda dakwa ditekan, akhirnya 'ditendang'
ruangan surat pembaca - Utusan Malaysia 10 Ogos 2010
NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.
Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.
Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.
Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?
Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?
Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.
Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.
Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?
Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.
Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?
Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.
Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.
Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?
Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.
Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.
Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.
Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.
Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.
Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.
FAHMI FABILAH
Dengkil
http://www.utusan.com.my/
MERDEKA ! Lagi kes peniaga Melayu disisih diKLCC
Selamatkan peniaga Melayu. Utusan Malaysia 9 Julai 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi’s/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab.
Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun.
Beberapa pihak seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengurusan Suria KLCC.
Hanya dengan campur tangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barulah pengurusan Suria KLCC menarik balik tindakan asalnya.
Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC. Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera.
Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.
Pengusaha bumiputera minta agar pihak berwajib mengambil tindakan munasabah untuk membela kepentingan mereka yang berniaga di situ.
Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.
Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah:
“Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun).
“Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).
Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk ‘menghalau’ perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.
Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk kegawatan ekonomi (1998-2001), SARS dan selesema burung (2002-2004) serta persaingan dari restoran-restoran lain, saya masih mampu menjalankan perniagaan yang menguntungkan.
Perniagaan saya mempunyai track record yang baik. Restoran Kelantan Delights mendapat sambutan baik daripada pelanggan tempatan serta luar negara dan antara yang paling sesak setiap bulan Ramadan.
Antara milestones restoran ini adalah menerima jemputan pengurusan Harrods London untuk mengadakan pameran makanan di Harrods London selama seminggu pada 1998 dan dipilih sebagai ‘Best Halal Malay Restaurant’ bagi tahun 2005-2006 oleh Halal Journal.
Restoran Kelantan Delights juga mendapat liputan dalam media massa tempatan dan asing termasuk Australia, Jepun, Rusia dan Arab Saudi. Terbaru, restoran ini dipilih untuk program pembangunan francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Untuk berniaga di lokasi berprestij seperti Suria KLCC memerlukan keberanian. Namun sewa yang terlampau tinggi atau syarat yang menyesakkan boleh membunuh sesuatu perniagaan.
Sebagai peniaga, saya memahami jika sewa perlu dinaikkan tetapi peningkatan sewa yang begitu mendadak dan tidak munasabah amat membebankan.
Pada waktu ini pun, saya beroperasi sebagai restoran Melayu terakhir di Suria KLCC. Kita bangga dengan ketinggian bangunan ini, tetapi berapa orang yang sedar bahawa dalam bangunan ini hanya tinggal satu sahaja restoran Melayu dalamnya.
Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia. Ini satu senario yang memalukan.
Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.
Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.
Berilah peluang untuk kami terus berniaga di Suria KLCC dengan kadar sewa yang munasabah. Janganlah semangat, perniagaan dan pelaburan kami dimusnahkan dengan sewa yang terlalu tinggi.
Kami tidak mohon bantuan kewangan atau wang ringgit, cuma mohon peluang dan meminta agar kebajikan kami dibela.
Matlamat saya berniaga di Suria KLCC ialah untuk membangunkan jenama restoran Melayu yang kukuh dan berpotensi untuk dibuka di luar negara dan difrancaiskan.
Saya ingin menyahut cabaran pemimpin negara dan tuntutan semasa untuk membuktikan saya boleh berjaya.
Hasrat dan matlamat kami berjihad dalam bidang ekonomi hanya akan berhasil andainya diberi ruang untuk bernafas dan berpeluang untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.
– JUHAIDI ABDULLAH,
Kelantan Delights Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.
http://www.utusan.com.my/
http://pasns.blogspot.com/
keluarga saya terutama keluarga adik saya amat suka makanan di kelantan delights. kunjungan kami semakin kurang ke KLCC kerana sejak kebelakangan ini, jadi bila satu hari kami berkunjung ke sana, kami dapati tiada lagi 'tempat-tempat' kegemaran kami. banyak perubahan, tapi tidak menyenangkan. rupanya ada sebab. keluarga kami rindu masakan kelantan delights, dan peniaga-peniaga melayu yang lain, kami doakan moga berjaya, jangan matikan semangat jitu berniaga - kerana itulah yang mereka mahu. kita mati dalam ekonomi mereka.
ReplyDelete