Monday, August 02, 2010

Orang Kurang Upaya (OKU) Rembau perlu dibela.

Saudara Azizi Pengarah Pusat Aduan rakyat Rembau yang melawat Sdr Md Nor
'di tempat kerjanya'
Sdr Md Nor ketika Majlis Hitea Anak Muda Selamatkan Malaysia dan menerima bantuan KEADILAN Rembau bagi meringankan bebanya.

Adalah perkara yang amat mengejutkan apabila mendapat tahu seorang OKU terpaksa memohon lesen berniaga kecil disamping menghiburkan pengunjung Pasar Malam.

Dapat maklumat daripada orang ramai & pengunjung Pasar Malam Chembong bahawa seorang OKU bernama Mohd Noor Bin Likin yang cacat penglihatan terpaksa membuat pembayaran sebanyak RM362.00 yang termasuk bayaran pasar malam, plet lesen, deposit pasar malam serta bayanran sewaan petak perniagaan.

Menurut Setiausaha Keadilan Cabang Rembau, Norazizi A. Aziz, ini adalah kejadian yang jarang berlaku di mana seorang OKU dinafikan haknya sebagai orang kurang upaya dan terpaksa memohon lesen berniaga pasar malam.

“Mereka ini merupakan sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal. Oleh itu adalah wajib untuk pihak berkuasa lebih prihatin untuk memberi kemudahan dan peluang agar mereka dapat melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat. Pendekatan berasaskan hak dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.”

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua AMK Negeri Sembilan menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah disebaliknya.

“Pihak Majlis Daerah Rembau tanpa memperdulikan Sdr Mohd Noor sebagai OKU telah meminta beliau memohon Lesen Perniagaan di Pasar Malam seperti manusia normal yang lain. Pihak MDR juga telah meminta Sdr Mohd. Noor membawa surat sokongan daripada JKM untuk memudahkan permohonan lesen . Untuk apa surat sokongan ini? Bukankah setiap OKU mempunyai kad OKU untuk mereka mendapat kemudahan yang berbeza daripada insan lain.? Cuba bayangkan kesukaran beliau yang cacat penglihatan untuk ke sana ke mari bagi memenuhi keperluan dan kehendak Majlis Daerah Rembau.”

Tambah Norazizi lagi, “Sepatutnya pihak MDR menyediakan memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU seperti ini seperti yang disebut di dalam Dasar Orang Kurang Upaya. Pihak Keadilan Rembau akan membawa perkara ini ke pihak yang berkenaan agar hak OKU tidak dipandang remeh. Saya juga berharap agar ADUN & pemimpin masyarakat lebih sensitif dengan nasib orang kurang upaya seperti ini.”

Sementara itu, Sdr Mohd Noor Likin menyatakan bahawa beliau pasrah dengan apa yang berlaku.”Saya tidak punya pilihan. Saya perlu buktikan bahawa OKU seperti saya juga mampu berdikari. Saya hanya mampu menurut lunas undang-undang serta prosedur yang ditetapka. Namun saya juga bersyukur dan mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada mereka yang masih prihatin terhadap nasib OKU seperti saya.”

Pada 31 Julai yang lalu Saudara Mohd Noor telah diundang untuk bermain muzik dan menerima sumbangan bagi meringankan beban hidupnya khususnya apabila ditindas oleh MDR.

No comments:

Post a Comment