Siapakah yang telah berkorban nyawa didalam usaha memerdekakan tanahair? Sejarah tidak mungkin dapat dipadamkan, sejak dari kejatuhan kerajaan Melayu Melaka 1511, perjuangan anak bangsa tidak mungkin dilupakan begitu sahaja. Namun hakikatnya begitulah yang terjadi saban tahun kita merayakan tanggal 31 Ogos. Pejuang kemerdekaan yang sebenarnya dilupakan, namun yang menjadi agen British diangkat dan dijulang tinggi.
Kita akan cuba menyorot kembali sejarah silam bermula pada tahun 1937 iaitu bermulanya era penentangan British dan Jepun di Tanah Melayu. KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)begitulah nama yang digeruni penjajah ditubuhkan pada bulan Mei 1937 di Kamppung Bahru, Kuala Lumpur.
KMM dianggotai oleh nama-nama yang pada hari ini telah merakamkan episod sejarah yang sungguh bermakna kepada negara, mereka terdiri dari.....
Presiden : Ibrahim Haji Yaakob
Naib Presiden : Mustapha Hussein
S/Usaha Agung : Hassan Manan
S/Usaha : Othman Md Nor
Bendahari : Idris Hakim
Ahli Jawatankuasa :
1. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)
2. Onan Siraj
3. Abdul Karim Rashid
4. Bahar Abik
5. Sulong Chik
6. Abdullah Kamil
7. Abdul Samad Ahmad
8. Mohamad Salehuddin
9. Ahmad Boestamam
10.Burhanuddin Al Helmy
KMM ditubuhkan berasaskan ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan anti elit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian.
Semasa perang dunia ke-2,pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 KMM bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah British dan tenteranya melarikan diri ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun.
Pada 1942 KMM diharamkan oleh Jepun kerana mempelopori perjuangan kemerdekaan Malaya. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) meneruskan perjuangan bersenjata menetang Jepun.
UMNO? masa itu UMNO belum ada lagi, belum dilahirkan lagi oleh British. Rahsia UMNO akan kita selongkar episod akan datang. ~ Adrastos

No comments:
Post a Comment