Thursday, June 17, 2010

Jalan berlubang punca kemalangan (takkan nak tunggu anak MB kahwin lagi lak)

Bila cheGuBard bercakap semua kata yang cheGuBard asyik berpolitik, menyerang peribadi Menteri Besar.... che'GuBard menggunakan parti politik untuk bela nasib rakyat NS yang tak dipedulikan. Lihat saja MB siap arah turap jalan ke kampung dia apabila anak dia nak kahwin.... itu yang kita tanya MB tahu tak banyak lagi jalan yang harus dan lebih penting diturap malah kalau tak diturap membahayakan nyawa..... sila klik untuk baca surat terbuka kepada MB NS....tapi macam biasalah MB ini akan terus diam dan minta media yang dia boleh kawal diamkan.... dan kemudian baca bawah ini betapa dalam Parlimen Rembau rakyat 'merayu' agar turap jalan.....




Sinar Harian 15 Jun 2010

SENAWANG – Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa supaya membaiki jalan berlubang dengan segera berikutan banyak kemalangan dilaporkan berlaku di Taman Senawang Jaya Fasa 3, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran berkata, pihaknya telah memaklumkan masalah itu kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

Menurutnya, beberapa surat permohonan supaya jalan berlubang itu dibaiki juga telah diberi kepada MPN tetapi masih tiada perkembangan memberangsangkan.

“Malah keadaan jalan berkenaan dilihat semakin teruk sehingga menyebabkan beberapa penduduk di taman itu terbabit kemalangan.

“Walaupun kemalangan tidak begitu serius tetapi ia tetap mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.

Menurutnya, buktinya bulan lalu seorang penunggang motosikal kemalangan selepas roda kenderaannya tersangkut dalam lubang yang dipenuhi air hujan.

“Bukan sahaja motosikal, kanak-kanak yang berbasikal juga pernah jatuh dan terluka di kaki gara-gara terlanggar lubang pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian ketika membuat tinjauan di Taman Seremban Jaya Fasa 3, di sini.

Gunasekaran berkata, walaupun jalan berlubang itu bukan terletak di jalan utama tetapi ia tetap laluan penting penduduk di taman perumahan terbabit untuk keluar masuk.

Sementara itu, penduduk, Song Yong Sai, 67, ketika ditemui berkata, masalah itu sudah lama berlaku dan banyak jalan di dalam taman perumahan berkenaan rosak serta tidak berturap.

“Sebelum berlaku kejadian lebih serius, lebih baik pihak MPN mengambil tindakan segera.

“Kita tidak mahu, apabila sudah ada kejadian buruk, baru mereka mahu mengambil tindakan. Baiki jalan yang rosak demi kebaikan bersama,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7810786.asp

1 comment:

  1. Anonymous12:10 PM

    chegu bard,saya nak betulkan sedikit kenyataan chegubard..senawang jaya ialah dalam pentadbiran MPS (Seremban)

    ReplyDelete