Semalam ketika bertolak dari Seremban menuju ke Sungai Petani untuk menghadiri program penerangan parti, cheGuBard telah mendapat satu berita mengenai 2 ahli AMK ditahan di luar Masjid ketika mengedarkan risalah.
Dua ahli Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gombak ditahan polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana mengedar risalah yang mengandungi laporan perubatan berhubung perbicaraan Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Hafiz Bidin dan Arie Yudistira, kedua-dua berusia 21 tahun, ditangkap keika mengedar risalah tersebut di perkarangan Masjid Ar Ridwan, Ulu Kelang selepas solat Jumaat hari ini.
Mereka pada mulanya di tahan di Balai Polis Taman Melawati kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat dan mengambil keterangan.
cheGuBard sempat singgah ke IPD Ampang untuk sama mendesak pembebasan dua ahli AMK tersebut. Ketika sampai sudah ramai yang berada di luar IPD Ampang. cheGuBard dihalang memasuki kawasan IPD, namun setelah didesak dan berbincang akhirnya Ketua Balai Ampang telah keluar dan memberikan jaminan bahawa keduanya akan dibebaskan dalam sejam lagi dengan jaminan polis.
Memegang jaminan tersebut, cheGuBard terus meninggalkan balai menuju ke Sungai Petani. Selepas program penerangan di S.Petani, cheGuBard mendapat pengesahan yang ditahan sudah dibebaskan sebelum sejam selepas cheGuBard berjumpa Ketua Balai Ampang.
Ternyata polis juga tidak dapat memberikan penjelasan kenapa perlu ada penahanan.... ini membuktikan Umno Bn makin panik apabila rakyat disampaikan maklumat mengenai fitnah 2 yang direka oleh regim penguasa.
No comments:
Post a Comment