Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dengan angkuh mempertikaikan kelayakan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Hujah Khairy ialah berasaskan kononya Anwar tidak layak jadi Ketua Pembangkang kerana kononya KEADILAN sudah hilang majoriti dalam Dewan Rakyat.
che'GuBard mencadangkan kepada seharusnya Khairy agar cermin diri sendiri sebelum membuat kenyataan tersebut.
Kalau dirujuk 'cara sifir' Khairy Jamaluddin maka dia sendiri yang seharusnya meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda Umno. Sudahlah tidak diiktiraf dengan tidak 'layak' masuk ke kabinet. Bukan sahaja naibnya dilantik dengan mengenepikanya malah calon ketua pemuda yang kalah turut layak masuk kabinet tetapi bukan dia.
Bukan satu yang rahsia juga Khairy turut dipertikaikan oleh Pemuda Umno di banyak peringkat.
Maka atas 'sifir' yang Khairy sendiri maka dialah yang paling wajar meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda Umno.
Nasihat cheGuBard kepada Khairy Jamaluddin ialah 'orang Rembau' rindukan kamu. Dari pada kamu bercakap hanya untuk mengingatkan pimpinan atasan mengenai kewujudan kamu supaya tidak dilupakan kerana memang ada usaha serius untuk 'melupakan' kamu dalam organisasi yang kamu konon dokong.
Yang paling penting tumpuan kamu ialah tunaikan janji pilihanraya pilihanraya yang kamu atau Umno atau Bn janjikan dalam Pilihanraya yang lepas.
wey....korang ni tulah!!! Siasat dulu bru naik banner...aku tak sokong sesaper...tanyalah KJ sendiri..tak yah naik banner..korang ingat buat benda2 tu mcm nak buat umah kampung ker...??? For KJ jawablah!!! Aku tak sokong ko!!!dan tak sokong sesiapa pun....!!
ReplyDeleteChegu Bard,
ReplyDeleteJust soft reminder...... PR mesti jauhkan diri dri sikap Denial Syndrome..Dulu PR kata BN mengalami penyakit denial syndrome..tetapi PR pulak buat jugak..dah lah tu, Denial Syndrome PR lebih melampau hingga ke tahap dewa.
PR perlu melihat tindakan MP yang keluar, rakan-rakan yang keluar... anda boleh katakan UMNO bayar..tetapi orang-orang ni adalah orang-orang yang berjuang bersama PKR dan sebenarnya memang benar PKR dah berubah..lari dari perjuangan asal dan anda tak berbuat apa-apa untuk membetulkannya..yang anda tahu salahkan UMNO.
Kenapa PKR berubah..sebab orang-orang di dalam PKR sudah nampak prospek, dan perjuangan individu sudah bermula di dalam PKR. You dah tahu barah-barah di dalam UMNO..dan you biarkan pulak dia di dalam PKR..dan kadar barah di dalam PKR ini merebak lebih pantas dan lebih serius... Tak pa...PKR boleh nafikan dan nyatakan ia adalah mainan UMNO.... fikir betul-betul cikgu,.. you akan tahu bila you dah diberikan petunjuk.
You pun tahu yang PAS sering mengadakan solat hajat terhadap apa saja yang PR minta....dan Allah dah berikan petunjuk, tak perasan lagike?
Jadi kalau you pejuang sejati PKR..maka
1. Pasti kan PKR bukan Parti Kroni dan Keluarga
2. PKR mesti menjadi Islam dan melayu sebagai teras
3. PKR mesti ADIL dengan ahli parti sendiri
4. PKR mesti sedia menerima teguran ahli parti
5. PKR mesti ada kebebasan bersuara di dalam parti
6. PKR bukan Parti Anwar Ibrahim
7. PKR bukan untuk membela Anwar tetapi rakyat
8. PKR tidak boleh mengudakan rakyat untuk kepentingan Anwat.
9. dll lu fikirlah sendiri...
SALAM Chegu...ada berani ke??
Yang tulis panjang panjang di atas tu bunyinya macam cybertrooper UMNO.
ReplyDeleteTulisannya berbau Ketuanan Melayu.
Ini bukan cara PKR atau PR.
Kita ikut prinsip dan perlembagaan PKR dan persetujuan PR yang sudah pun didokumentasikan.
Tak payah ikut syarat-syarat yg si di atas bagi tu. Itu syarat dia. Bukan persetujuan muafakat PKR, DAP dan PAS.
Saya bknlah pnyokong mana2..tp jgn hnya tahu nampak keburukan org lain saja...sudah nmpak PKR adalah satu platform utk seseorang individu mencapai matlamatnya...KRONI,NEPOTISMA pun wujud dlm PKR..
ReplyDelete