Wednesday, March 10, 2010

Pengumuman Pembatalan Pogram impunan 'terbesar' Warga Felda Negeri Sembilan

Kenyataan Umum

11 Mac 2010

  1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Persatuan Anak – Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah membuat pengumuman awal akan mengadakan Himpunan 'terbesar' warga Felda Negeri Sembilan.

  2. Program ini dilihat penting demi pendidikan perubahan massa rakyat kerana warga Felda dilihat selama ini mudah tertipu dan menjadi seolah 'simpanan tetap undi' kepada Umno dan Bn.

  3. Kemenangan peneroka Felda Kemahang sebanyak RM11 juta terhadap saman mereka ke atas FELDA dilihat mampu menyemarakkan lagi semangat dan meransang warga Felda yang lain untuk tampil mengetahui lansung melawan penipuan selama ini ke atas mereka.

  4. Himpunan 'terbesar' Warga Felda Negeri Sembilan yang dijadualkan akan berlansung pada 13 Mac 2010 dengan pada

    • jam 5.00 petang – dialog Peneroka Felda di Muassasah Darul Sharif, Jempol

    • jam 9.00 malam – Ceramah Umum di Balai Islam, Pasir Besar.

      akan dihadiri oleh Wan Rohimi Wan Daud (peguam peneroka Felda Kemahang yang menang saman RM11juta), Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK), Zabidi Abas (pemenang Tokoh Belia Felda 2006) selain che'GuBard sendiri selaku wakil SAMM. Malah Sdr. Zulkifli selaku Timbalan Pengerusi Lujnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat juga telah memberikan persetujuan untuk memberikan ucapan aluan.

    5 Sebanyak 6000 poster bersaiz A3, 20000 handbill, 30 banner, 50 bunting untuk mempromosikan program tersebut telah disiapkan dan sebahagian besarnya telah pun di gantung dan ditampal.

    6. beberapa mesyuarat ke arah persiapan program juga telah diadakan dan satu jawatankuasa yang diterajui SAMM telah dibentuk melibatkan wakil-wakil peneroka hampir semua kawasan felda dalam Negeri Sembilan.

  1. Malangnya tengahari semalam 10 Mac 2010 telah dimaklumkan oleh PAS Tampin iaitu pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan permit polis dengan menyatakan pihak polis menolak permohonan permit polis dengan alasan tarikh program terlalu rapat (10 Mac 2010 telah diluluskan satu permit dikawasan sama satu ceramah umum oleh che'GuBard).

  2. Oleh kerana 'takut' dengan tekanan polis pemilik premis lokasi bakal berlansung himpunan juga tidak berani meneruskan program.

  3. Atas sebab tersebut, maka SAMM mengumumkan program Himpunan 'terbesar' Warga Felda Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 13 Mac 2010 terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Segala kesulitan yang wujud ekoran penangguhan ini amat kami kesali. Jawatankuasa yang telah dibentuk akan meneruskan usaha dan aktiviti meningkatkan kesedaran peneroka Felda mengenai hak mereka.

  4. Kesedaran dan kebangkitan warga Felda yang selama ini merupakan 'simpanan tetap undi' bagi pihak Umno dan Bn amat menakutkan regim pemerintah, lebih – lebih lagi di negeri seperi Negeri Sembilan di mana hanya 4 kerusi sahaja lagi untuk menumbangkan Umno dan Bn dari kekuasaan.

  5. Polis hanya memberikan alasan dangkal untuk menggagalkan program seperti yang di arahkan regim pemerintah. Alasan program yang dekat tarikhnya dan menampilkan penceramah yang sama tidak boleh diterima. Apa lagi media penerangan alternatif yang ada selain ceramah ? Kenapa Polis tidak bertanya atau memberikan amaran kepada TV atau apa jua media atau medan propaganda regim yang bukan tarikh yang dekat tetapi setiap masa sentiasa berusaha bersungguh sungguh memutar belit fakta dan memanipulasi isu demi kepentingan regim pemerintah.

  6. Di kesempatan ini juga SAMM mengutuk tindakan Polis menahan Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dengan tidak memberikan alasan munasabah. SAMM menyifatkan tangkapan ini kerana ketakutan regim terhadap kebangkitan dan kesedaran warga Felda yang dipelopori oleh ANAK dan rakan sekutu mereka.

Sekian ;

' Perjuangan adalah pelaksanaan kata – kata '

'Perubahan perlu didesak bukan hanya di tunggu'

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://chegubard.blogspot.com

chegubard@gmail.com

No comments:

Post a Comment