Monday, December 03, 2007

Tol, sentimen perkauman, media bebas dan perhimpunan !!!

Pengajian hampir ke penghujung. 14 Disember ialah kelas terakhir, kemudian sebelum 1 Febuari Tesis perlu dilengkapkan dan dihantar. Namun minggu - minggu akhir ini amat sibuk dengan perbagai tugasan dan beberapa perancangan juga beberapa perkara tak dirancang. Mujur beberapa teman tampil membantu khususnya dalam usaha pengumpulan bahan dan usaha mengalih bahasa. Baru sebentar tadi selesai peperiksaan akhir Globalization, ecology and development. Penyiapan kertas akhir untuk dua subjek Teori Hubungan Antarabangsa dan Hak Asasi Manusia benar mencabar keupayaan.

Musim Pilihanraya

Kini musim pilihanraya, pertama pilihanraya memilih Presiden Majlis Pelajar Sungkonghoe University dan kedua pilihanraya menggantikan Presiden Korea.

Pilihanraya Kampus berlangsung hari ini memilih Presiden dan Timbalan presiden, namun pelajar lepasan Ijazah tidak terlibat kerana tidak menjadi ahli Persatuan Pelajar. Kempen tiga minggu cukup meriah. Imej muda benar terserlah. Hampir tiada serangan peribadi. Mereka berkempen berdasarkan manifesto dan ideologi. Ada 4 pasangan yang bertanding tetapi berentap kuat ialah Kumpulan Merah yang dibelakang mereka anak muda kiri dan pasukan kuning yang agak proKapitalis. Menarik kempen dipenuhkan dengan forum, debat, persembahan dan seumpamanya. Seperti satu pesta masej disampaikan melalui teater dan nyanyian jalanan di segenap sudut kampus. Campur tangan pihak luar bebas wujud tetapi anak muda yang matang lebih rela menolak dukungan luar kampus dan berdiri sendiri.

Keduanya ialah pilihanraya menggantikan presiden Korea. Istilah menggantikan lebih tepat kerana Roh Moo Hyun sudah habis penggal dan mewajibkan dia mengosongkan jawatan. 12 calon bertanding. Apa yang menarik media bebas melaporkan kempen dan manisfesto semua calon. Malah pihak pengendali pilihanraya National Election Committee (NEC) bersungguh sungguh bekerja memastikan ruang kempen yang adil kepada semua calon. Suasana agak berbeza poster dan banner amat kurang kerana media bebas melaporkan kenyataan semua calon. Malah NEC mengeluarkan poster 12 orang calon siap dengan manifesto kempen dan dilekatkan di kawasan - kawasan tumpuan. Dengan ini rakyat lebih diberi ruang berfikir bukan keghairahan kempen dan manipulasi saat akhir tetapi pemilihan lebih berdasarkan isu dan kepentingan massa. Isu ekonomi dan penyatuan Korea menjadi perhatian utama.

19 Disember ini Rakyat Korea akan membuang undi memilih Presiden mereka. Beberapa andaian tidak menolak kemungkinan parti penguasa akan bertukar, dan itu bukan pelik kerana rakyat negara ini faham erti demokrasi. Korea sering bertukar pemerintah tetapi mereka terus maju. Malah sejarah juga pernah merakamkan rakyat pernah menundukkan regim tentera.

Minggu hadapan cheguBard, Nurkholis dan beberapa teman akan mengadakan lawatan rasmi ke pejabat NEC untuk meastikan bagaimana operasi pilihanraya dan peluang membezakan dengan SPR Malaysia.

TOL naik.

Tol naik lagi...alasan yang hampir sama iaitu pihak pemegang konsesi mendesak berdasarkan perjanjian konsesi. Pemerintah melayan rakyat seperti orang dungu dengan mengarahkan media membesarkan berita Tol tidak naik dan seolah kerajaan berkorban membayar pampasan demi rakyat.... Ini semua bohong !!! Pertamanya Tol tetap naik 12 plaza tol dibenar menaikkan harga termasuk Plaza Tol Mambau dan Lukut. Hujah mengatakan kenaikan 12 plaza tol tersebut tidak memberikan kesan adalah hujah membohongi rakyat. Kenaikan tol akan menjejaskan pengangkutan dari Pusat bandar Seremban mahupun Kuala Lumpur ke kawasan Port Dickson maka kos barangan akan meningkat dan ini pasti menjejaskan kehidupan penduduk setempat. Mungkin BN tidak lagi pedulikan untuk memujuk undi orang Port Dickson kerana terlalu yakin penduduk setempat dungu dan akan terus mengundi BN...? atau BN ada cara menipu undi untuk terus menang di situ...

Mesyuarat Kabinet pada 28 November lepas telah meluluskan kenaikan kadar tol di 6 kawasan [Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam], dan mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar tol di 4 lebuhraya utama, iaitu Lebuh raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (Prolintas), Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)-Kerinchi serta Damansara Link, dan Jambatan Pulau Pinang.

Hakikatnya tol naik rakyat bayar dan tol tak naik bayar pampasan juga wang rakyat !!! Tol naik atau tidak kroni untung.....

Kedua fenomena kenaikan ini ialah kesilapan pemerintah BN. Apa yang ada dalam perjanjian konsesi tidak siapa yang tahu. Sehingga bila dan berapa banyak lagi kenaikan ...semua tidak jelas... Setiap kali kenaikan media digunakan untuk memanipulasi fakta seolah regim penguasa prihatin dan tersepit dengan perjanjian tol. Syarikat tol yang mendesak...syarikat tol yang salah.. Sekarang jika benar jujur regim pemerintah seharusnya berani mendedahkan penjanjian tol... biar rakyat lihat sendiri betapa gilanya, regim memberikan kuasa kepada kroni kapitalis mereka untuk menyedut darah rakyat melalui perjanjian sulit konsesi tol.

Ketiga wang yang dibayar sebagai pampasan kepada pemilik konsesi tol bukan wang poket menteri atau regim tetapi wang negara milik rakyat. Maknanya tol naik atau tidak rakyat akan terus rugi tetapi kroni kaum pemodal (bussinessman) akan terus untung malah keuntungan akan menjadi lebih cepat dan mudah dengan pembayaran pampasan.

Regim perlu membawa rakyat keluar dari masalah yang mereka ciptakan. Cadangan kerajaan membeli saham syarikat Tol ialah antara yang munasabah, dengan memiliki syarikat tol bukan sahaja kenaikan dapat dielakkan malah ratusan juta setahun keuntungan syarikat tol dapat diambil dan dipulangkan.

Untuk ini che'GuBard bersetuju dengan seruan Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua. keADILan akan menghimpunkan sekurang kurangnya 10,000 ahlinya untuk memberikan amaran kepada regim agar segera serius dalam hal tol ini dan berhenti mempermainkan serta menipu rakyat.

Sentimen Perkauman

Puluhan email meminta komen mengenai tuntutan HINDRAF. Komen amat jelas HINDRAF ialah hasil dari penindasan dan dasar pecah perintah yang diwarisi dari penjajah British dan diteruskan oleh BN.

Hak HINDRAF untuk menyatakan tuntutan terhadap kerajaan British harus dihormati, malah sepatutnya Perdana Menteri seharusnya menjadi jurucakap terhadap tuntutan HINDRAF terhadap kerajaan British. Almarhum Tengku Abdul Rahman pernah menjadi jurucakap kelompok etnik cina menuntut 'Hutang Darah' dari penjajah Jepun.

Hak HINDRAF untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat juga harus dihormati. Perhimpunan 25 November akan menjadi aman dan tenang jika polis membenarkan perhimpunan, panggil penganjur berbincang, amat menyakini penganjur akan bekerjasama dan perhimpunan dibenar dan kemudian bersurai dengan tenang. Malah sentimen perkauman juga bakal dikurangkan kerana imejnya ialah tuntutan rakyat Malaysia yang tertindas berpunca dari penjajahan.

Namun secara peribadi che'GuBard meminta HINDRAF lebih fokus dan lunak sedikit dalam menyampaikan tuntutan mereka. Fokus perlu diberikan bagaimana dasar pecah perintah, perkauman yang diwarisi oleh penjajah ini menindas rakyat. Parti parti perkauman BN menindas kaum mereka sendiri seperti mana cina ditindas MCA, Umno menipu melayu dan India dibiar terpinggir MIC. Tuntutan itu perlu berimej rakyat tertindas menuntut hak dari regim dan kapitalis yang berkuasa.

Kita tidak mahu sebarang tindakan berbau atau boleh dimanipulasi dengan bau perkauman menjadi vitamin untuk menguatkan semula parti-parti perkauman yang menunjangi BN yang sebenarnya semakin melemah. Setiap kali BN melemah isu perkauman akan digunakan. Kepada teman-teman warga Malaysia khususnya orang muda perlu jangan panik. Menuntut hak jangan beerti mencabar atau menindas hak orang lain.

Komen mengenai 'pembersihan etnik' yang antaranya merujuk kes Kampung Medan. HINDRAF menyatakan ia konspirasi membunuh kaum india. Ia tuduhan berat. Malangnya kita punya Menteri yang akalnya setengah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menjawab bukan sahaja India yang mati tetapi Melayu juga ada yang mati dalam Trajedi Kampung Medan. Sepatutnya jika menteri ini punya otak penuh bukan separuh dia akan sedar ini semua berlaku kerana kerajaan tidak telus. Banyak pihak telah tampil menuntut satu siasatan terbuka mengenai peristiwa itu (cheGuBard juga pernah hadir ke Istana Negara menghantar laporan penuh Kampung Medan bagi perhatian Majlis Raja - raja) . Malangnya sehingga kini semuanya disapu dibawah tikar. Sebenarnya BN yang didalangi parti parti perkauman ini sengaja tidak mahu perkara seperti ini dib incangkan secara telus dan terbuka kerana risau modal politik mereka akan habis.

Jika kita mula belajar yang kita berkongsi negara ini. Kita harus telus dan semua harus duduk berbincang ketidak puasan hati harus dibincangkan secara terbuka. Etnik cina tidak mempertikaikan hak bumiputera tetapi sebaliknya kecewa dengan penafian hak mereka dan rasuah kontark kepada kroni bumiputra Umno yang tidak terkawal.

HINDRAF menjemput komen ramai tak kira politikus mahupun aktivis bukan kerajaan. Pemuda UMNO mencabar PAS menyatakan pendirian, PAS sudah menyatakan pendirian tetapi mengapa pula Pemuda Umno tidak mencabar MIC menyatakan pendirian. Itulah parti perkauman mereka akan bersalaman dihadapan tetapi bila berpaling mengadap kaum mereka mereka akan bercakap bahasa mereka dan membakar sentimen perkauman.

che'GuBard kecewa dengan ABIM yang mengeluarkan kenyataan 'mengecam' HINDRAF. Kenyataan tersebut dihormati kerana hak ABIM menyatakan pandangan tetapi mengapa hanya HINDRAF...kenapa ketika pemuda Umno atau MIC memberikan kenyataan berbau perkauman yang kuat ABIM berdiam diri...? Jika ABIM begitu prihatin mengenai Islam dan Melayu ... apa pendirian ABIM mengenai anak Perdana Menteri merangkap Isteri Naib Ketua Pemuda Umno yang menjadi agen pelobi kuat dalam menyerang artikel 11 Perlembagaan Malaysia ?

ABIM mahupun mana pertubuhan Islam seharusnya lebih berani mendesak ke arah masyarakat yang telus dan terbuka seiring dengan anjuran Islam itu sendiri.

Perhimpunan HINDRAF ini secara tidak langsung juga membuka mata masyarakat Melayu betapa dan bagaimana kaum minoriti etnik India bangkit menuntut hak sedangkan orang Melayu sentiasa pasrah dalam persepsi selesa. Hari ini ketika memberikan respon terhadap HINDRAF, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Zainal Abidin Osman (BN-Nibong Tebal),
menyatakan bahawa pendapatan purata seisi rumah bagi kaum India jauh lebih tinggi dari kaum Melayu. Purata pendapatan isi rumah etnik India RM3,456, manakala RM2,711 bagi isi rumah Melayu dan RM4,437 bagi etnik Cina. Manakala 8.3 persen jumlah kemiskinan tegar kaum Melayu adalah paling tinggi.

Maknanya regim BN menjadikan kaum melayu paling miskin dan jangan tertipu dengan angka itu ialah purata.... tetapi jarak yang kaya dan yang miskin amat dalam...jumlah pendapatan semua dibanci dicampur dan dibahagi... masalahnya ialah pembahagian ekonomi yang tidak adil.

Media Bebas

Kini menjelang pilihanraya kempen boikot media kedengaran lagi. Maka lahirlah Gasak yang di tunjangi oleh beberapa teman pemuka parti keADILan... seperti MPT keADILan Khalid Jafar dan bekas calon Ketua AMK dalam Kongres yang lepas, Hasmi Hashim. Tahniah ia merupakan usaha kecil yang mungkin mampu menggerakkan tekanan yang besar. Kempen boikot media era reformasi memberikan mereka ini inspirasi.


Editor KL Pos juga ada menghubungi melalui email, meminta komen mengenai usaha boikot media ini. Dalam isu ini che'GuBard jelas.... dalam dunia hari ini tiada media bebas....aktivis dan rakyat diharap jangan keliru...antara media bebas dengan kebebasan media....

Begini penjelasanya.. dari segi hak kepenggunaan tindakan boikot media itu tepat kerana ia memberikan tekanan kepada pemilik media untuk melaporkan kebenaran sesuai dengan kehendak pembaca yang membeli media tersebut. Tetapi dari segi politik ia kurang tepat... kita seharusnya menumpukan usaha tekanan kepada hak kebebasan mewujudkan media.

Jika tanpa masalah permit dan kebenaran adakah Harakah atau Suara Keadilan, bebas sepenuhnya ? Adakah semua berita yang dimasukkan oleh wartawan tidak ditapis mengikut kehendak pemilik media tersebut...? Adakah Suara Keadilan mampu mengeluarkan berita Abdullah menjadi Iman solat..? Sudah tentu tidak...sebegitu juga sudah tentu Berita Harian tidak akan mengeluarkan berita mengenai Presiden Pas

Tindakan boikot media tepat untuk mempraktikkan kuasa sebagai pengguna untuk mendapatkan berita yang tepat dan sesuai. Majalah masakan juga akan bertukar kepada tema hiburan jika mendapati tidak boleh membuat jualan dan permintaan kepada isu hiburan lebih tinggi.

Tetapi jika aksi politik ia harus di fokuskan kepada kawalan penerbitan media dan seumpamanya. Semua harus diberikan hak sama rata memiliki media sendiri ...baik cetak mahupun elektronik, sudah tiba masanya regim didesak mewujudkan Suruhanjaya Media Bebas untuk mengendali perjalanan media Malaysia. Isu ini harus ditangani dengan jelas dan tepat kerana ia melibatkan pembentukan minda rakyat Malaysia.

Perhimpunan

Berhimpun untuk menyatakan hak itu satu dari jaminan perlembagaan. Regim penguasa harus belajar menghormati hak rakyat ini. Di kebanyakan negara maju ia merupakan 'democracy exercise' yang rutin. Percayalah baik regim secara am atau pihak PDRM jika kalian semua mula belajar menghormatinya maka secara tidak langsung rakyat akan matang menggunakan hak ini. Kerajaan yang demokratik dan menghormati rakyat tidak akan jatuh dengan gerakan jalanraya.

4 comments:

  1. Anonymous10:18 AM

    benarkah che'GuBard menentang usaha GASAK... dan ini kerana GASAk diusahakan oleh Khalid Jaafar ?

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:26 AM

    salam bro,
    masih ramai kaum etnik india yang hidup menderita di estet-estet tanpa diberi perhatian oleh rejim pemerintah,mereka seolah-olah menjadi hamba abdi yang tak bermaruah.adakah ini adil bagi sebuah negara yang berbilang kaum yang telah mengecapi 50 tahun kemerdekaan?mereka menuntut hak mereka dan kita semua yang terdiri dari berbilang kaum mempunyai hak untuk mengecapi kenikmatan dibumi yang bertuah ini.jangan biarkan pemerintah yang rakus terus merata kita semua,ayuh kita semua bangun tak kira melayu,cina,india,kadazan,murut, bajau kita semua satu keluarga yang besar ayuh kita tumbangkan barisan nasional pada pilihanraya yang akan datang sama-sama kita wujudkan satu pemerintahan yang adil dengan semangat kekeluargaan.

    ReplyDelete
  3. sy ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup sy, nama sy adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, sy seorang janda dengan 2 anak, suami sy meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi sy dan keluarga sy dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan sy dinafikan dan ditolak kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjam dari bank dan sy sangat sedih
    pada hari ini yg setia ketika sy melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Ibu Rossa dan sy menghubunginya utk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy memang benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjam dan pinjam sy diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam sy mendapat perhatian wang pinjam sy dalam akaun sy dan ketika sy memeriksa akaun sy pinjam sy utuh dan sy sangat gembira dan sy telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yg meminjamkan pinjam sy akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi sy mahu menggunakan medium ini utk memberi nasihat kepada semua orang yg memerlukan pinjam utk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi sy melalui e-mel sy: mirabintimuhammed@gmail.com utk maklumat dan juga kawan sy Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

    ReplyDelete
  4. sy ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup sy, nama sy adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, sy seorang janda dengan 2 anak, suami sy meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi sy dan keluarga sy dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan sy dinafikan dan ditolak kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjam dari bank dan sy sangat sedih
    pada hari ini yg setia ketika sy melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Ibu Rossa dan sy menghubunginya utk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy memang benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjam dan pinjam sy diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam sy mendapat perhatian wang pinjam sy dalam akaun sy dan ketika sy memeriksa akaun sy pinjam sy utuh dan sy sangat gembira dan sy telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yg meminjamkan pinjam sy akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi sy mahu menggunakan medium ini utk memberi nasihat kepada semua orang yg memerlukan pinjam utk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi sy melalui e-mel sy: mirabintimuhammed@gmail.com utk maklumat dan juga kawan sy Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

    ReplyDelete