Salam kepada semua ....berada di Malaysia sejak 17 Disember 2007 yang lepas cukup sibuk. Perlu siapkan thesis....jadual ceramah dan pertemuan yang padat juga menyempitkan masa terluang untuk duduk di depan komputer kerana itu blog ini agak terbiar.....
28 Disember ini sempena lawatan DSAI ke NS, masa ditumpukan untuk mobilisasi Perhimpunan Rakyat 8mlm di depan Sekolah Kebangsaan Linggi. Perhimpunan ini penting kerana mungkin menjadi perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya yang bakal berlansung Febuari ini.
che'GuBard mengambil kesempatan ini mengecam tindakan kurang ajar polis terhadap blogger 'Cucu Mat Kilau'. sila klik untuk baca.
Sehari sahaja selepas balik che'GuBard sempat bersama dalam perhimpunan Gabungan Mempertahankan Hak Rakyat Berhimpun yang diadakan dihadapan Suhakam. sila klik untuk baca atau sila klik sini untuk artikel Bahasa Inggeris
Isu Hindraf ini rupanya beri kesan besar terhadap banyak orang Melayu....bisik - bisik agen UMNO nampaknya bersungguh sungguh menyakinkan bahawa betapa orang Melayu perlu kembali menyokong UMNO kerana Hak Melayu dan Islam itu kini diserang perbagai pihak yang turut melibatkan Anwar Ibrahim. Ini perlu diberikan perhatian khusus oleh aktivis keADILan khususnya.
Dalam kesibukan ini juga saya 'libatkan diri' bersama beberapa kumpulan anak muda Malaysia yang sedang dalam usaha serius untuk 'menyiapkan' Perhimpunan Anak Muda menghantar memorandum kepada PM . Dijadualkan 4 Januari 2008, 11pg memo bertajuk 'Harapan Anak Muda Malaysia kepada seorang PM' akan diserahkan kepada PM di Pejabatnya di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment