Hugo Rafael Chávez Frías tokoh kiri yang paling menyerlah masa kini menjadi sandaran harapan orang - orang kiri selepas kecewa melihat dunia ini semakin rakus diratah oleh Kapitalisme. Chavez merupakan Presiden Venezuela, tokoh kiri yang beraliran sosialisme demokratik. Beliau porpular mendokong 'mood' antiimperialisme, integrasi Latin Amerika (negara tertindas) dan menjadi begitu porpular apabila dengan berani dan tegas mengkritik dasar luar Amerika.
Kronologi politiknya hebat, pernah digulingkan sebagai ketua kerajaan (rampasan kuasa tajaan Amerika) tetapi kembali semula sebagai Presiden melalui proses demokratik. Sudah tiga penggal menjadi Presiden Venezuela. Beliau begitu porpular dalam negara kerana skim negara kebajikan (Misiones Bolivarianas @ Bolivarian Revolusi) yang dilancarkan berjaya menangani penyakit, keminskinan, gejala sosial dan memberikan pendidikan kepada rakyat.
Beliau menjadi musuh yang digeruni Amerika dan kuasa kapitalisme lain kerana menentang kuasaan ekonomi sedunia oleh Amerika Syarikat (neoliberalisme) serta kerjasama ekonomi dengan negara-negara miskin, terutamanya di Latin Amerika. Chavez yang pro kiri dan Vanezuela yang kaya dengan minyak amat amat menyakitkan hati para kapitalisme. Beliau umpama memberikan nafas kepada orang kiri untuk terus mengejar 'mimpi'. Pada satu ketika beliau dilihat menghampiri sosok aktivis radikal kiri, che'Guevara.
Ketidak senangan 'puak' kapitalisme telah diterjemahkan dengan sumbangan yang bukan sedikit terhadap gerakan anti Chavez.
Media prokapitalis menyelar dan mengelar Chavez sebagai diktator kerana mereka beranggapan Chavez perlu dihapuskan kerana keadaan Vanezuela kini bukti bahawa sistem sosialis (negara kebajikan) itu mampu segar dalam sistem demokrasi. Ini satu contoh salah dan memberikan semula harapan dan pilihan dalam dunia yang dimonopoli (diratah rakus) kapitalisme.
Namun sejak akhir-akhir ini Chavez juga tidak lari dari beberapa kesalahan seperti tidak memperbaharui permit media (elektronik) yang banyak mengkritik dasarnya. Kemuncak penting dalam proses Bolivarian Revolusi ialah menukar Perlembagaan Venezuela 1999 kepada Perlembagaan Revolusi.
Antara kandungan Perlembagaan ini ialah pakej perubahan perlembagaan ini boleh dikatakan merupakan perubahan paling progresif sepanjang sejarah Amerika Latin dan sudah melampaui tahap reformisme. Perubahan konstitusi ini meliputi tuntutan-tuntutan transisional:
- Pengurangan jam kerja dari 44 jam per minggu menjadi 36 jam (tentu saja tanpa pengurangan gaji)
- Pendidikan percuma sampai tahap tertinggi yang mampu
- Mengharamkan monopoli
- Pembentukan dewan buruh, dewan komunitas, dewan pelajar, dan lain-lain sebagai asas kekuasaan yang baru di dalam pemerintahan. 5% dari pendapatan negara akan dialokasikan kepada dewan-dewan tersebut.
Perubahan perlembagaan mengenai pembentukan dewan buruh, dewan komunitas, dewan pelajar, dan lain-lain sebagai asas pemerintahan yang baru adalah satu usaha untuk membongkar saki baki sisa asas negara borjuis yang masih ada di Venezuela. Ini merupakan satu artikel perubahan yang menggetarkan lutut kaum oligarki di Venezuela dan kaum imperialis kapitalis di seluruh dunia.
Namun ada juga terselit dimana melalui perubahan ini Chavez akan terus boleh berkuasa walaupun tempohnya sebagai Presiden telah tamat kerana di Venezuela ada had tempoh bilangan penggal seseorang itu boleh berkuasa.
Chavez menerima kritik hebat terhadap cadangan perubahan perlembagaan ini. Penentangan datang dari dua pihak. Kaum oligarki dan pro kapitalis sudah tentu menolak terus apa jua usaha yang menghalang usaha kapitalis terus memonopoli dan menghisap darah rakyat. Satu pihak lagi ialah terdiri dari pro revolusi atau kelompok kiri. Hujah kelompok ini ialah revolusi tidak boleh bermula dan ditekan dengan sekeping kertas (perlembagaan Revolusi hanya atas kertas) bagi mereka ia perlu bermula dari bawah dan satu lagi mereka mengkritik hebat usaha Chavez untuk terus kekal berkuasa.
Chavez telah memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat pilihan. Tahniah kerana keberanian Chavez memulangkan kuasa kepada rakyat. Proses referendum ini sendiri telah menempelak banyak pihak dan mengajar negara kapitalis erti demokrasi iaitu kuasa rakyat.
Referendum yang diadakan semalam (Isnin 2 Disember 2007) menyaksikan rakyat memilih tuntuk menolak cadangan Perlembagaan Revolusi. Berdasarkan keputusan awal keputusan tipis iaitu 49% menerima dan 51% menolak. Namun komen Chavez menerima keputusan dengan hati terbuka dan akan terus berusaha untuk meneruskan agenda pembelaan rakyat dalam saki masa pemerintahanya juga harus dipuji.
Hari ini orang 'kiri' ramai yang kecewa. Keputusan referendum di Venezuela sedikit merencatkan usaha mengejar mimpi orang kiri. Di SungKongHoe University ini (yang memang porpular sebagai kubu kiri di Korea) juga ramai yang kecewa, tetapi bagi anak muda peristiwa ini perlu dilihat dari konteks berbeza...
Keputusan referendum itu harus dilihat dari aspek positif. Orang kiri khususnya anak muda kiri seharusnya melihat keputusan itu sebagai isyarat masa depan yang lebih cerah. Pertama ia perlu dipromosikan sebagai contoh bagaimana sistem sosialis (negara kebajikan) itu mampu segar dalam menghormati kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Ia lebih mengangkat martabat insan jika dibandingkan dengan demokrasi dalam negara kapitalis atau setengah kapitalis seperti Malaysia.
Selama ini 'kiri' atau sosialisme itu sering dikaitkan dengan diktator, kuku besi atau lebih lunak pemusatan kuasa. Namun contoh Venezuela seharusnya dirakam dalam sejarah dan merupakan isyarat buruk kepada kapitalisme bahawa negara kebajikan itu mampu hidup subur dalam konsep demokrasi yang dahulu pernah menjadi senjata idealisme kanan untuk menyerang kiri.
Memang sosok Chavez amat 'seksi' dan sosok 'seksi' ialah antara syarat revolusi. Revolusi mesti ada pemimpin kuat, berkarisma, tegas dan cukup seksi untuk menjadi porpular dan menarik dokongan rakyat, tetapi sejarah perlu dijadikan pedoman...... Revolusi juga akan mati jika tanpa kelansungan.....Chavez harus ada pengganti... Anak muda harus menggantikan yang tua... Ini perlu dipelajari oleh gerakan kiri. Nafas baru diperlukan yang tua bukan sentiasa benar dan betul....kegagalan pemimpin ialah melahirkan pemimpin untuk meneruskan kelansungan kepimpinannya.
Ayuh anak muda kiri kita sambut keputusan Referendum 2 Disember 2007 di Venezuela sebagai isyarat jelas...siapkan barisan, dalam keadaan dunia yang tidak menentu...manusia telah bosan menjadi mesin atau haiwan ekonomi. Hanya tahu bekerja untuk kapitalis dan membayar semula kepada kapitalis lain...kita bukan hamba....maka benarlah kata Marx 'kapitalisme itu akan membusuk dari dalam' !

No comments:
Post a Comment