Sunday, December 09, 2007

Institut pendidikan tinggi juga tak lari menjadi pelacur politik.

Pelacur dari petikan kamus berbahasa Inggeris bermaksud woman who engages in promiscuous sexual intercourse for payment. Dalam kamus politik pula menyatakan mereka yang sanggup berbuat ‘sesuatu’ untuk memuaskan tuan politiknya.

Selepas mendapat tamparan dari laporan badan antarabangsa mengenai tahap pendidikan negara seharusnya kelompok intelektual bangkit dan mengambil cabaran untuk mengembalikan maruah system pendidikan negara. Namun nampak sebaliknya kaum intelektual negara seolah seperti orang khayal yang kena pelempang Jepun dan terus pengsan.

Bank Dunia menerusi buku laporan berjudul 'Malaysia dan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: Membina Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia' yang diterbitkan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri menggambarkan seolah-olah Institusi Pengajian Tinggi negara ini berada pada tahap kritikal dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

Dalam laporan tersebut turut memberikan menyarankan, pembaharuan yang hendak dibuat perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara iaitu:

* Memilih model tadbir urus dan kewangan yang lebih efektif.

* Meningkatkan keseluruhan kualiti universiti dengan memberi fokus kepada program akademi, pengurusan fakulti, dan pembelajaran.

* Melengkapkan graduan dengan ilmu ekonomi berasaskan pengetahuan.

* Mengukuhkan sistem inovasi kebangsaan dengan mewujudkan rangkaian kukuh antara firma-firma di Malaysia dan universiti-universiti.

Sepatutnya jika punya maruah selepas mendapat kritikan sebegitu kumpulan intelektual negara seharusnya mengambil posisi iaitu mungkin mempertahankan system yang ada atau mungkin mengambil ia sebagai satu cabaran memperbaiki keadaan.

Tidak kira posisi tidak bersetuju atau bersetuju dengan laporan Bank Dunia itu seharusnya dirancakkan forum, bengkel, seminar intelektual harus diadakan bersesuaian dengan posisi yang diambil Ini seharusnya berlaku jika intelektual negara masih punya maruah kerana ia perkara serius apabila pendidikan negara yang melibatkan usaha memastikan kelansungan bangsa telah dipertikaikan.

Namun hanya Menteri (baca ; orang politik) yang memberikan respon. Tiada respon atau tindak balas serius dari kumpulan intelektual.

Secara peribadi, menarik untuk menunggu respon tindak balas tersebut tetapi amat kecewa bukan sahaja tidak ada tindak balas, malah tidak sampai seminggu kaum intelektual negara ‘dilempang’. Maka seorang ketua amah (Butler) dilantik mengepalai sebuah university dalam negara ini.

Hanya kerana dia isteri Perdana Menteri maka dia duduk mengetuai university. Datin Seri Jeanne Abdullah telah dimayshurkan sebagai Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Dilaporkan di media Presiden dan Naib Canselor OUM Prof Tan Sri Anuwar Ali ketika menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Jeanne menyatakan amat bangga dengan pemashyuran Jaenne sebagai Censelor OUM.

Semasa zaman Jepun, orang kampong yang dilempang Jepun naik memanjat pokok kelapa untuk mendapat buah kelapa untuk diberikan kepada Tentera Jepun. Ini dilakukan kerana takut tetapi percayalah orang itu tidak redha, dalam hatinya menyumpah seranah.

Seorang pelacur akan memenuhi apa juga kehendak tuan yang membayarnya. Dan percayalah juga ‘erangan’ nikmat ketika memuaskan tuanya itu juga satu pura – pura. Pelacur itu terpaksa meneruskan kerja kerana dia percaya hanya kerja itu sahaja yang dia tahu buat.

Apa yang berlaku ialah penghinaan besar kepada intelektual negara. Sekarang ini jika diambil kenyataan Naib Canselor OUM sebagai mewakili seluruh warga intelek OUM, maka mana situasi mereka adakah seperti orang kampong yang terpaksa terus memanjat pokok kelapa kerana terlalu lemah tidak mampu mendepani askar Jepun atau selaku pelacur yang terpaksa memberingan ‘erangan’ nikmat palsu demi memenuhi nafsu tuan yang membayar.

Ini satu penghinaan kepada intelektual negara. Negara Malaysia dan bangsa didalamnya umpama ikan yang mula membusuk. Ikan akan busuk dari kepala. Bangsa akan rosak apabila kaum inteleknya tidak mampu bangkit dengan maruah.

Ramai akan kata apa salah Jaenne kerana sejak tahun 2006 Rosmah (isteri Najib) juga dimasyurkan sebagai mengetuai Universiti Industri Selangor (Unisel). Ini bukan persoalan Jaenne atau menghina individu tetapi persoalan meletakkan ‘perkara’ ditempat yang sepatutnya. Ini persoalan bangsa yang mula rosak.

Apa yang palik pelik ialah….Adakah kita masih hanya tunggu lihat dan mengeluh…. ?

2 comments:

  1. Anonymous2:52 PM

    Intelektual (di universiti) yang berani bersuara sudahpun disingkirkan atau disejukbekukan. Yang tinggal hanyalah tukang menulis karya jurnal yang tidak berani bersuara kerana ancaman keputusan sumber pencarian.

    Nampaknya tanda-tanda kereputan tamadun semakin jelas di Malaysia, namun banyak lagi yang mabuk disuap budaya konsumerisme sehingga tidak sedar betapa parahnya kesihatan roh negara ini ...

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:55 AM

    ok wat, itu bini piem jadi canselor dan boleh menjanakan pendapatan orang pompuan buek penyelidikan amah dan sampai ke peringkat dunia ahahah...

    betui yang ada hanya pak turut dan syok sendiri aje...tak lebih dari itu kek U mesia nie.

    jangan harap nak jadi U terkenal..yang jadi ialah Universiti APEK!

    ReplyDelete