Wednesday, December 12, 2007

Polis bakar kereta ......


Sebuah kereta milik seorang aktivis Bersih yang membawa bersama Tian Chua Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat telah terbakar semasa berada dalam ‘tangan’ polis selepas insiden perhimpunan Bersih di hadapan bangunan parlimen semalam.

Ketika ditahan jam 5 petang, polis memberitahu Razak bahawa kenderaan beliau terbakar. Polis cuba mengambil sikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab. Dengan kejadian ini polis tidak boleh mengelakkan tuduhan rakyat bahawa Polis yang membakar kenderaan itu......

Ini bukan kali pertama pengalaman che'GuBard sendiri pada tahun 2002 ketika mengedarkan risalah mendesak pembebasan tahanan ISA. che'GuBard ditahan, semua risalah dirampas, kemudian dibebaskan tanpa tuduhan.

Ketika itu kenderaan che'GuBard sebuah Iswara sedan ditahan selama 14 hari, ketika dibawah tahanan polis kenderaan tersebut calar teruk, wang tunai RM3,000 hilang (wang milik majikan dan perlu dimasukkan ke Bank) dan banyak fail hilang. Laporan Polis dibuat tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan. Hingga kini che'GuBard tuduh Polis yang terlibat dalam operasi itu khususnya cawangan khas ketika itu pencuri !!!!

Bersama update ini turut dikongsi rakaman perbahasan Parlimen sebelum ahli parlimen keluar dewan beramai - ramai semalam dan insiden penangkapan Dato'Mustafa Ali.

4 comments:

  1. Fairus Pandan3:50 AM

    Abdullah dan regim BN sudah amat bongkak dipuncak kuasa...ayuh Rakyat perkemaskan susunan...rapatkan saf..semua bangsa, agama atau kelas... kita hayun langkah sederap demi bangsa Malaysia..kita tumbangkan regim zalim ini

    ReplyDelete
  2. Khairul Pendang11:58 PM

    abdullah tidur, yg lain pekak...buang mereka dgn kuasa rakyat !!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:52 AM

    ahahaks..mr clone dah terlepas kandang dah!

    ReplyDelete
  4. Sdr. Fairus Pandan ; saya mengakui pendapat sdr. sekarang masa ketepikan perbezaan ayuh jalan serentak...fikirkan sumbangan masing masing...

    sdr. Khairul ; percayalah keadaan yang buruk lagi teruk ini hanya akan dapat diatasi dengan kuasa dan keberanian rakyat.

    Sdr. anonymous ; hahaha saya juga tonton cicakman !!

    ReplyDelete