Wednesday, December 05, 2007

Harakah : Hujah kenaikan tol tidak beri kesan adalah bohong !!!!

Berikut ialah petikan berita dari Harakah ;


Mengulas isu ini, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Badrul Hisham Shaharin berkaya, alasan yang hampir sama iaitu pihak pemegang konsesi mendesak berdasarkan perjanjian konsesi diguna pakai lagi bagi mengesahkan tindakan kerajaan menaikkan kadar tol bagi tahun 2008.

Dalam hal ini, Badrul Hisham melihat bahawa dengan tindakan ini, pemerintah melayan rakyat seperti orang dungu dengan mengarahkan media membesarkan berita bahawa tol tidak naik dan seolah kerajaan berkorban membayar pampasan demi rakyat, katanya.

"Ini semua bohong.Pertamanya Tol tetap naik 12 plaza tol dibenar menaikkan harga termasuk Plaza Tol Mambau dan Lukut, "katanya.

Hujah mengatakan kenaikan 12 plaza tol tersebut tidak memberikan kesan adalah hujah membohongi rakyat, katanya.

Bagi Badrul Hisham kenaikan tol yang akan menjejaskan pengangkutan dari Pusat bandar Seremban mahupun Kuala Lumpur ke kawasan Port Dickson akan menyebabkan kos barangan meningkat dan ini pasti menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

Mungkin kerajaan BN tidak lagi memperdulikan untuk memujuk undi rakyat di Port Dickson kerana terlalu yakin penduduk setempat dungu dan akan terus mengundi BN, katanya

untuk membaca lanjut sila klik http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/hujah-kenaikan-tol-tak-beri-kesan-adalah-bohong.html

Penting : mungkin terlepas untuk di petik oleh Harakah (bahagian penting dalam tulisan saya mengenai Tol ialah dua desakan untuk tindakan segera regime ;

  1. Jadikan dokumen perjanjian konsesi dokumen awam, supaya rakyat tahu apa isu perjanjian. Perjanjian ini akan menjadi bukti betapa korupnya dan lemahnya regime BN
  2. Segera ambil alih syarikat pemilik konsesi tol supaya bukan sahaja kenaikan dapat dihindari, malah keuntungan jutaan ringgit dari poket rakyat akan dimiliki oleh rakyat semula. Ia harus dimulakan segera dengan syarikat tol utama seperti PLUS.
Kerajaan harus berhenti segera bermain sandiwara untuk terus menyiksa rakyat. keADILan dan beberapa organisasi massa khususnya dokongan anak muda sedang bersiap untuk satu aksi besar membantah 'perselingkuhan Regim BN dan Kapitalis pemilik TOL' dalam menghisap darah rakyat..... Kerajaan harus respon segera atau menghadapi aksi massa.

1 comment:

  1. Anonymous7:30 PM

    Bukti bergambar ANWAR menyokong hindraf. check this out http://hindraf.wordpress.com

    ReplyDelete