Thursday, May 10, 2007

Di Malaysia jangan curi runcit....

Nampaknya tidak keterlaluan di negara yang bernama Malaysia, jenayah rompakan secara kecil kecil atau runcit merupakan kesalahan yang pasti tidak terlepas dari hukuman.
Akhbar Harian Metro semalam (versi internet) melaporkan pasangan kembar dipenjara 15 bulan kerana mencuri Nescafe

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri tiga paket Nescafe di sebuah pasar raya, pasangan kembar berusia 49 tahun masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan dan tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Azniza Mohd Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Hassan dan pasangan kembarnya Hussein Musawari, selepas mereka mengaku melakukan perbuatan itu 19 Januari lalu. Hassan dan Hussein dari Kampung Pandan di sini, di dakwa mencuri serbuk kopi jenama Nescafe bernilai RM70.50 di Pasaraya HRC, Jalan Shelby, Cheras, pada jam 9.05 malam. Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

cuma menjadi persoalanya jenayah kecil seperti itu cukup cekap pihak berwajib Malaysia menyelesaikannya tetapi bagaimana dengan kes - kes rompakan rasuah besar yang sememangnya jelas b
ukan sahaja menjejaskan pekedai kecil yang hilang Nescafe tetapi ekonomi negara terjejas.

Samy Vellu, Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik dan ramai lagi faham sebenarnya mereka duduk di dalam bolehland ....pasangan kembar itu harus belajar dari mereka.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete