Heboh dua tiga hari ini mengenai tindakan Maybank (antara institusi kewangan negara yang mempunyai kepentingan Mohamad Bashir Ahmad, suami Rafidah Aziz, Ketua Wanita Umno) yang menetapkan hanya syarikat guaman yang dipegang 50% kepentinganya oleh bumiputera boleh boleh berurusan sebagai peguam (panel) dengan bank tersebut.
Ini mungkin sesuai dengan lolongan perwakilan Umno dalam beberapa siri perhimpunan agung mereka yang mahukan syarikat - syarikat utama negara mengutamakan bumiputera. Namun keputusan Maybank ini mengundang perbagai reaksi.
DAP dengan tegas telah mengeluarkan kenyataan mendesak di tarik balik polisi tersebut yang jelas 'menganak tirikan' pengamal undang - undang bukan bumiputera. Mungkin kerana sedar bahawa sokongan masyarakat cina semakin mengecil kepada BN maka herdikan DAP ini disambut segera oleh MCA dan GERAKAN yang juga menuntut supaya Maybank membatalkan segera polisi tersebut.
Hari ini dalam dalam akhbar jelas Kabinet sendiri yang dipengerusikan oleh Presiden Umno, Abdullah Badawi sendiri terpaksa akur untuk turut sama mendesak Maybank membatalkan polisi yang kononya tidak selari dengan polisi kerajaan kini. Menurut laporan tersebut Abdullah mengatakan Maybank seharusnya selari dengan polisi kerajaan yang mengutamakan merit. (baca : maknanya dasar Umno atau lolongan perwakilan Umno tidak selari dengan polisi kerajaan)
Cuma di sini kita masih menunggu kenyataan Umno dalam isu ini khasnya dari sayap pemuda mereka yang berapi api sehingga mengeluarkan keris apabila bercakap isu bimiputera. Atau mereka hanya terkulai layu.
Isu ini seharusnya membuka mata rakyat untuk memahami bagaimana BN (baca: gabungan parti - parti perkauman) menangani isu berkaitan sempadan kaum ini berdasarkan kepentingan politik mereka. Mereka akan bercakap isu ini berdasarkan tempat dan kepentingan politik.
Ingin menarik perhatian untuk di fikirkan, kabinet boleh arah Maybank untuk tarik polisi syarikat, apa kata kabinet turut desak Maybank tarik yuran - yuran perkhidmatan mengarut jelas membebankan pengguna. Maybank untung hampir bilion setahun apa salahnya yuran kecil seperti yuran pengeluaran dari atm dan seumpamanya dimansuhkan untuk menghargai pelanggan. Jika kabinet mampu lakukan perkara tersebut ia lebih menguntungkan rakyat.
berita berkaitan :

No comments:
Post a Comment