Monday, May 14, 2007

cheGuBard dah cakap dah .....!!!

Hari ini terbaca di dalam Star Online mengenai Kenyataan Datuk Tan Chai Ho, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan sistem MyKad akan dipertingkatkan untuk menangani pemalsuan kad tersebut.

Persoalanya kini ialah berapa banyak wang rakyat akan dibazirkan untuk teknologi baru ini yang kononya dibawa khas dari German. Mana jaminan kerajaan mengenai MyKad merupakan sistem tercanggih dan dapat mengatasi semua masalah pemalsuan dan seumpamanya ?

Bulan lepas juga media melaporkan ratusan ribu lagi masih belum memiliki MyKad dan mereka terdiri dari penagih dadah dan pengemis jalanan.

Tidak dinafikan kenyataan itu tetapi kerajaan juga perlu memberikan perhatian antara yang masih belum menukar MyKad itu ialah anak - anak muda yang menyatakan protes terhadap rompakan wang negara dan usaha berterusan membodohkan rakyat.

sila baca : Kenapa che'GuBard masih tidak menukar MyKad

Kerajaan menggunakan isu keselamatan negara untuk membodohkan rakyat dan terus merompak rakyat yang sememangnya sudah susah.

Dalam satu ketika mereka mengatakan tiada kes pemalsuan (untuk membenarkan atau menghalalkan pembelanjaan besar yang telah mereka gunakan)

sila baca : No case of MyKad cloning found

dan dalam satu ketika mereka mengatakan ada pemalsuan untuk membenarkan pembelanjaan baru untuk mempertingkatkan teknologi.

sila baca :
Rakyat perlu celik melihat perkara ini dengan serius.

2 comments:

  1. shenyeeaun1:16 AM

    Nasib baik chegubard di Korea untuk sesuatu yang lebih bermakna . Perjuangan tetap perjuangan. Biar lambat asalkan selamat.

    Walaupun pemilihan Ketua AMK bakal berlangsung tetapi serahkan sahaja kerusi kepada mana - mana yang berminat. Seluruh posisi PKR dari atas hingga ke bawah majoritinya sememangnya melemahkan parti daripada memperkukuh.

    Orang yang sepatutnya berkuasa tidak berkuasa dan orang yang tidak sepatutnya berkuasa pula berkuasa. Ada juga yang tidak layak juga dapat bertapak.

    Saya terbaca rencana Aku baru di sini. Baru di sesuatu tempat bukan masalahnya. Yang penting perjuangan kental sudah lama bertapak di hati.

    Saya faham perasaan membantu seseorang untuk naik dan akhirnya dikhianati oleh mereka sendiri. Saya sendiri sudah beberapa kali dibelot semasa zaman muda berpolitik di sekolah oleh orang yang suatu ketika dahulu dibantu dan dinaikkan oleh saya.

    Namun begitu , asalkan jiwa dan roh kita kuat. Tiada sesiapa yang akan berjaya melemahkan diri kita sendiri melainkan diri kita.

    Kalau ada masa tontonlah wayang SUMO. Sebuah wayang Malaysia yang amat baik dan terdapat pelbagai mesej dalam wayang ini. Pantang menyerah sebelum berlawan.

    Ucapkan Selamat Berjuang. Selamat Belajar di Korea. Bahagia dan sihat - sihat belaka.

    Salam Hormat

    Dari ( shen yee aun )

    "KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Selagi matahari memancar, selagi bulan menyinar selagi itulah PERJUANGANNYA tidak akan tamat. PERJUANGANNYA akan bertambah kuat dari sehari ke sehari. PERJUANGANNYA tidak akan dipatahkan dan segala percubaan untuk mematahkkannya hanya akan menjadikan PERJUANGANNYA lebih DRASTIK dan RADIKAL. Biar PERJUANGANNYA mati bersama mayatnya. PERJUANGAN ROH dan JIWA SHEN YEE AUN masih kekal di GALAKSI ini bersama sinaran matahari dan pancaran bulan...

    ReplyDelete
  2. shenyeeaun3:45 AM

    bagaimana dengan keadaan di sini ?

    sihat ?

    kalau kembali ke tanah air jangan lupa untuk bersemuka dengan diriku yang tidak berkuasa dan tidak berkedudukan ini.

    ReplyDelete