Saturday, July 23, 2011

Siapa Sebenarnya Abd Najid Razak ? Pemilik Tandatangan Borang K2 Cincin RM24Juta !!

ini petikan entry dari edyesdotcom
Anda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.

Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.

Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.
artikel ini tulisan dan idea Edyessdotcom untuk membaca lanjut klik http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/07/siapa-sebenarnya-abd-najid-razak.html

Semua menjadi persoalan apabila persoalan asal tidak dijawab oleh Imelda Rosmah sendiri. Kita tidak menuduh tetapi dia perlu menjawab mengenai borang kastam dan bagaimana nama dia boleh berada dalam b orang kastam tersebut. Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pekerja syarikat penghantaran atau adakah dia wanita pertama yang membuat kerja sambilan sebagai penganjur pameran permata ?

Bagaimana pula pendedahan FMT yang mendedahkan mengenai gelang tanganya yang bernilai RM 1.6 juta ?


4 comments:

  1. memang sulit. tersangat2lah sulit la emelda rosmah ni.. macam alat sulit emelda rosmah..

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:50 PM

    cikgu, semua kemusykilan cikgu ada di jawab dalam forum TKO, dari page 17 ke atas.

    Sudikan diri ke sana ya cikgu nak tengok hujah2 lembik cikgu.

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:53 PM

    CheguBAD, siap badan untuk terima saman DS Rosmah untuk awak!. mungkin jumlah samannya sama dgn harga cicin tuh.

    ReplyDelete
  4. Bang... ada bau bau dusta la entry kali ini. Spin kurang cantek..

    ReplyDelete