Utusan Malaysia Online dalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.
Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakarberkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.
Kita tidak menolak kemungkinan penemuan baju T Bersih bersama bahan letupan dan senjata adalah baju T yang sama dirampas sepanjang minggu lalu. Langsung tak masuk akal kalau penyokong Bersih yang lakukan. Himpunan yang dianjurkan tidak ada kena mengena langsung dengan aktiviti keganasan.
Mengulas laporan media hari ini pula mengenai penemuan empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut.
Turut ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan baju T tertera perkataan Bersih yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo.
Laporan media itu turut menyebut rakaman CCTV mengenalpasti kenderaan yang dipakai dan nombor plat kereta pelakunya.
Kami menuntut polis membuat siasatan dan mendedahkan identiti penjenayah. Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Manakala pada satu serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14 Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, media melaporkan polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi.
Polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Rakyat Malaysia diseru untuk membuat penilaian secara waras berdasarkan laporan yang dibuat media arus perdana.
Saya yakin rakyat Malaysia berfikiran matang dan mampu membuat pertimbangan wajar. Penerangan kami jelas iaitu mahukan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.
Sepanjang kempen dan ceramah penerangan Bersih, tiada wujud langsung saranan untuk membuat kekacauan. Bahkan kita menasihatkan orang ramai untuk patuh kepada undang-undang. Anehnya pihak pemuda Umno dan Perkasa yang sering menggunakan cara provokasi membakar api perkauman. Hasilnya aktivis Bersih dijadikan musuh tetapi polis melindungi hampir kesemua ugutan dan provokasi Pemuda Umno dan Perkasa.
Masih ingat dengan Peristiwa Sauk di Perak tahun 2000? Satu gerombolan tawan kem askar dan larikan senjata dengan tiga pacuan 4 roda. Pas telah difitnah dikaitkan dengan peristiwa tersebut.
Kini setelah pemakai baju kuning ditangkap , pencetak baju kuning direman dan ditertawakan di seluruh dunia kini Bersih 2.0 dikaitkan pula dengan senjata dan bom petrol. Perkara ini akan berterusan bagi menghalalkan apa juga tindakan regim bagi mensenyapkan suara rakyat.
ini semua taktik lama, tak pakai dah sekarang ni,kalau nak letak BOM tak perlu sorok sorok, jalan saja macam di iraq dan di palestin.
ReplyDeletepelik bin ajaib.kalau nk bawa senjata buat apa,sedangkan yang nak pergi ke Gaza berdepan dengan Israil pun tak bawa senjata.Polis kalau orang hilang motorsikal pun tak pernah dia dapat cari.inikan senjata.Nampak 3 orang bawa sesuatu kat jalan raja laut tak tangkap pulak.Pelik 23
ReplyDelete