Friday, July 01, 2011

Wang siapa yang Rosmah 'dermakan' ?

Malaysiakini melaporkan

Putera Albert 11 digesa pulangkan derma Rosmah

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan menggesa Putera Albert II supaya memulangkan derma 100,000 euro yang disumbangkan oleh isteri perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONEBadan pejuang alam sekitar, Bruno Manser Fund (BMF), "mengesyaki"
derma itu mungkin dibiayai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mereka dakwa bertanggungjawab terhadap kegiatan pembalakan yang memusnahkan hutan di negeri ini.

"Sumber 100,000 euro (RM437,500) itu adalah tidak jelas, dan oleh itu, dana tersebut tidak sepatutnya diterima oleh Yayasan Putera Albert.

"Kami mencadangkan Albert memulangkan wang tersebut kepada masyarakat Penan, golongan paling terpinggir di Malaysia, bagi menyokong perjuangan mereka untuk mempertahankan hutan daripada pembalakan," kata BMF dalam satu kenyataan akhbar.

Rosmah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Albert di Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Ogos tahun lalu untuk Yayasan Putera Albert.

NONEMenurut lamanweb yayasan tersebut, yayasan itu adalah untuk "melindungi alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan".

Sebelum ini, Borneo Post melaporkan, dan diterbitkan semula dalam lamanweb rasmi Taib, bahawa derma tersebut dikumpulkan oleh Festival Fesyen Islam KL-Jakarta (IFF) ""melalui penaja untuk menyokong promosi pelancongan Sarawak".

BMF - yang dinamakan sempena aktivis Switzerland yang mempertahankan kepentingan kaum pribumi di Sarawak dan hilang sejak 2000 - juga menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara Taib dan Albert.
Untuk urusan menarik perhatian terhadap imej Rosmah, dia 'mendermakan' wang sebanyak hampir setengah juta kepada sebuah organisasi antarabangsa yang memang terkenal punya dana yang cukup banyak. Persoalanya wang tiu siapa punya ? Adakah sudah habis orang susah dalam negara sehingga dia sanggup bazirkan wang negara mengalir keluar sebanyak setengah juta hanya untuk menaikkan imejnya ?

Sudahlah didedahkan di parlimen baru ini untuk urusan menyediakan kediaman selesa kepada Rosmah dan suaminya rakyat terpaksa bazirkan berpuluh juta malah untuk bil elektrik sahaja bernilai RM160 ribu lebih setiap bulan.....

Bangkit rakyat ! Jika rakyat Filiphina pernah punya Imelda Marcos untuk menghancurkan ekonomi negara itu hingga kini ..... dan Malaysia sudah punya sosok seperti itu dan dia sedang berlagak menjadi wanita pertama Malaysia kononya.

1 comment:

  1. Anonymous7:27 AM

    Sudahlah...berhentilah cari makan dengan cara ni...menipu...betulkah you ni cikgu atau cikgu yang mengajar kat sekolah swasta saja...sebab perangai you sangat menjijikkan...saya rasa cikgu tak buat perangai macam ni...sekali dua orang percayalah...tapi kalau dah hari-hari menipu...akhirnya orang ketawa...elok pi cari alibi untuk nafikan you punya ketua tu tak kudakan cina doll.

    ReplyDelete