
Ramadhan bakal menjelang, Syawal pasti menyusul tiba. Dalam gembira kita bersama keluarga sedarkah ada ramai golongan daif tercicir sedang dihimpit derita.
Jejak fakir (Ramadhan/ Syawal) 2010 telah berjaya membawa sedikit senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang upaya, anak yatim dan seumpamanya. Sumbangan semua yang dikumpulkan disambut dengan linangan air mata kesyukuran. Sumbangan berjaya disampaikan kepada golongan fakir di dalam Rembau, dalam Negeri Sembilan, Sarawak juga Kedah.
Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang menyusun program Jejak Fakir 2011. Sebanyak hampir 400 penerima disenaraikan. Kali ini juga beberapa surau turut disenarai sebagai bakal penerima kerana terlalu uzur dan memerlukan sumbangan. Bagi pihak mereka kami merayu sumbangan semua.
Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482
Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dll amat dialukan juga.
Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2011 untuk pertanyaan atau setiap kali wang sumbangan dimasukkan untuk pengesahan. Jika ia wang zakat sila nyatakan untuk urusan 'akad' dan disalurkan kepada asnaf yang benar layak.
dibawah ialah album memori prog. jejak fakir

Tabung Jejak Fakir bukan sahaja untuk bantuan sekali sahaja ketika Ramadhan atau menjelang Syawal tetapi 'follow up' turut dilakukan. Hasil pemerhatian ketika prog kunjungan jejak fakir mendapati banyak rumah warga tua di Rembau begitu uzur dan dilupakan oleh anak - anak. Maka program jom betul rumah warga tua dilancarkan oleh YB Azmin Ali tahun lepas ketika Rumah Terbuka Dun Kota Parlimen Rembau
Seorang warga tua yang duduk di rumah 'reput' seorang diri dihadiahkan rumah batu yang didirikan hasil gotong royong aktivis KEADILAN Rembau dengan wang hasil tabung Jejak Fakir dan Yayasan Aman. Kelihatan YB Fauziah Salleh turut melawat warga tua terbabit di Kg. Selemak, Rembau.
Bantuan juga di agih berbentuk wang raya kepada anak - anak yang memerlukan
Pada tahun 2008 KEADILAN Rembau melalui wang yang terkumpul dalam Tabung Jejak Fakir telah turut menyumbang kepada beberapa organisasi bantuan yang benar layak dan memerlukan
aktiviti diperbagai selain dari bantuan makanan asas dan wang, kami juga pernah masak dodol, bubur lambuk dll dan agihkan kepada warga emas yang dilupakan anak - anak untuk sama menggembirakan mereka
Perbagai golongan dihampiri yang tua, yang cacat yang pasti ia menggembirakan






Sir, I truly appreciate when you are giving aids even to the non-muslims as well during this holy month. This reflects the true quality of Islam.
ReplyDeleteHIDUP PR!!
Chegu Bard,
ReplyDeleteTeruskan Usaha..Saya kagum dgn chegu, atas keberanian chegu.
Saya kire secret admirerlah.
apa la, nak bagi derma pon nak amek gmbr, xikhlas langsung, sama je mcm BN.
ReplyDeletesetuju dengan kucheng. derma biar ikhlas. tak perlu letak nama PKR masa derma.
ReplyDelete