Wednesday, July 13, 2011

SAMM tampil buat laporan SPRM isu belian RM24.4 j

KENYATAAN MEDIA
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

13 JULAI 2011

DESAK SPRM SIASAT DAN TAMPIL MENYATAKAN HASIL SIASATAN

Hari ini kami telah tampil mewakili gerakan anak muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk membuat satu laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai.

Menurut maklumat yang kami perolehi pada 16 April 2011 yang lalu satu unit belian “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” telah dibawa masuk melalui KLIA dan nilai yang diistiharkan bagi belian itu ialah RM 24,458,400.00. Belian itu di beli (eksport) dengan sebuah syarikat Jacob & co yang berpengkalan di New York.Melalui carian dan padanan,banyak gambar membuktikan Rosmah sememangnya pengguna barang perhiasan Jacob & co. Ia dibawa masuk ke Malaysia menggunakan menggunakan nama Jeremy Beh Sin Tee tetapi sebaliknya nama “H.E Datin Seri Paduka Rosmah Mansor” turut tertera dalam ruangan penerima.

Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan.

Maka SAMM mendesak agar SPRM mengadakan siasatan secara telus dan tampil untuk menyatakan hasil siasatannya.

Setiap kali kenaikan harga dan seumpamanya maka Perdana Menteri Malaysia sering menasihatkan rakyat supaya mengubah cara hidup. Tahu atau tidak kamu bahawa rakyat sudah tidak mampu lagi untuk mengubah cara hidup yang sudah sedia sempit. Kamu dan keluargalah yang seharusnya mengubah cara hidup kamu atau kami rakyat harus mengubah kamu.

Berdasarkan bukti yang diperolehi kemasukan belian bernilai RM 24.4 j itu juga mencatatkan cukai RM 0. Jika diingat kembali ini mungkin ada kaitan dengan usaha meluluskan belanjawan negara yang memansuhkan cukai pakaian dan perhiasan yang dibentangkan diparlimen.

Berlian bernilai RM24.4j tidak kena cukai tetapi perkhidmatan seperti Astro, telekomunikasi termasuk makan direstoran rakyat dicukai.

Keadaan ini sudah tentu mengimbau kenangan kita dengan tetangga yang pernah punya wanita pertama yang bernama Imelda Marcos yang bermewah ketika rakyat sedang merintih kesempitan hidup.

Sekian
che'GuBard

10 comments:

  1. Anonymous1:12 PM

    Alhamdulillah... segerakan biar lepas ni lebih banyak NGO yang tampil membuat laporan polis...

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:35 PM

    mana yang betul cerita ni wahai che gu Bad, mula mula cerita pasal cincin bernilai 24.4 juta, ini dah tukar tajuk pulak cerita belian lak mana satu betul..... kami nak tahu bagaimana rupa belian semahal 24. 4 juta...kalo betul mengapa tak buat repot polis aje baru lah boleh disiasat...jangan diperbodohkan rakyat dengan cerita tak masuk di akal ni. kita tidak mahu seorang berpindidikan seperti Che gu ni orang panggil chegu pengajar si burung kakak tua.

    TAS ASLI

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:10 PM

    ape bleh buat bro....ni kn negara bapak dia punye...dia bleh wat ape2 dia suke la..kita ni rakyt di bodoh2 kn je la.....

    ReplyDelete
  4. Yg ni ke berliannya?

    http://www.forbes.com/pictures/ehgm45lfm/natural-fancy-blue

    kat situ harga rasmi adalah USD$20 juta.mcm mana Rosmah boleh beli dgn harga rm24 juta je? kehkehkeh....nak menipu pon agak2 la. bengong.

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:02 PM

    huyooo! beli cincin bwk balik pakai courier service...apasal x bwk naik private jet & serelum je kat jari tu...??? Rege USD24 juta main courier je? Tadak wakil pembeli yg iring ke?

    ReplyDelete
  6. che gu bad kaki kencing12:36 AM

    menipu je kjenye org2 pr ni..sudah2 la tu oi..wlpon kunci syurga kt pok nik aziz..tp agak2 la nk menipu tu..hahahaha..oi che gu bad..xtngkp gmba ke ms g kt ops sprm tu...dasar kaki kencing btul ko ni..ptuiiii!!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:45 AM

    hahaha kantoi sudah che gu batman..

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:42 AM

    hapa puja lah perempuan p___ka tu haha guna perabis dana rakyat naikkan cukai keatas rakyat yang tak kena cukai usahakan kena cukai, naikkan harga barang biar rakyat bawah mampos asal aku hidup senang boleh dapat apa yg aku nak hahaha hidup big mama.. mampos lah kau rakyat kalau boleh aku nak perah sampai kering hasil bumi malaysia ni untuk kemewahan ku....

    ReplyDelete
  9. dh mak datin kita kaya ..biar la dia beli ..dia kan simpan duit 2..so dia berhak untuk membeli .biar jer rakyat yang susah2 nie lapar kedana .ada dia kesah ,bro tau x.dia simpan duit 2 semenjak kecil ag bro .

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:18 AM

    dah baca kew bajet 2012...lagi pening...mula2 nmpk cntik jew...mkin lame makin pelik...antaranya ialah mengiktiraf keupayaan wanita... bila first bace...naper bnda nie tiba2 jew ada...dgn peruntukan 10 juta... pelik jew...cube kaji skit chegu bard...hehehe...sye x pndai sgt ar... bawu umo 20 jew...

    ReplyDelete