Sunday, July 31, 2011

Ribut luar biasa sambut Rosmah dan Najib ke PD ?













Semalam majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) telah disempurnakan oleh Rosmah dan najib Tun Razak telah mendapat kejutan luar biasa.

Tidak pernah Port Dickson dilanda ribut sedemikan rupa tetapi semalam ribut teruk melanda Port Dickson. Pokok-pokok tumbang, kenderaan banyak yang rosak terutamanya dikawasan letak kereta di PUSASDA. Menurut saksi yang ada ditempat kejadian khemah di tapak program juga musnah berterbangan.

Kawasan yang tidak pernah banjir, banjir teruk. Kawasan yang yang sering banjir seperti di Bandar Sunggala pula tidak banjir. Kubah Masjid terbang.

Bukan sedikit kemusnahan yang berlaku. Semoga 'cuitan' kuasa alam yang mendemonstrasikan kuasa maha Pencipta ini menginsafkan dan mengingatkan kita untuk mengenai betapa pentingnya menjauhi sikap bongkak dan zalim.

JANGAN beli kurma JORDAN RIVER, Malaysia negara munafik

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sempena Ramadhan ini juga che'GuBard dan SAMM sekali lagi memperbaharui desakan untuk Malaysia menghentikan segala bentuk hubungan dengan negara haram Israel.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel sepertimajalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Sebelum ini dalam sidang media dan banyak siri ceramah che'GuBard telah banyak kali mendedahkan beberapa bukti seperti borang kastam membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus 'segar' dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,
The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama 'maqamnya' dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Kepada Mukhriz anak kepada Dr. Mahathir, harus tampil menyatakan pendirian sebenar dalam isu ini bukan diam berkubu di MITI yang menjadi pusat pengkhianatan yang menjadikan Malaysia negara munafik.

----------------------------------------------------
untuk rayuan Ramadhan / Syawal bagi Jejak Fakir Rembau mohon klik http://chegubard.blogspot.com/2010/08/jejak-fakir-2010.html (tolong sebar)

Penafian Rosmah ditolak

erakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian "bongkak dan angkuh" Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.

Beliau berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima.

"Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda,"katanya kepada Tv Selangor.

Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya.

"Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor.

"Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,"
katanya lagi.

Sikap berdolak-dalih dan angkuh isteri Perdana Menteri menimbulkan 1001 persoalan manakala alasan pihak tertentu kononnya cincin itu dibawa masuk bagi tujuan pameran 'sulit' sebelum di bawa keluar ke Singapura tidak logik sama sekali.

"Kalau (cincin) masuk untuk (tujuan) pameranlah.. (sedangkan) kalau dia buat pameran fesyen (biasa pun), dia paksa semua media untuk siarkan pameran fesyen dia. Kalau dia buat pameran berlian RM24 juta.. takkan dia tidak panggil media.

"Bila kita tanya pameran di mana? Pameran di sebuah tempat sulit, Bila? Di tarikh yang sulit. Siapa tetamu jemputan tengok pameran ini, oh tetamu yang sulit. Saya merasakan mereka sedang mencipta alasan demi alasan untuk membela Rosmah bin Mansor," kata Chegubard.

Terdahulu sebuah Edyesdot.com mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.

Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam di Raja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

"Persoalan saya pula ialah....kalau masuk untuk pameran, kenapa tidak masuk prosedur untuk masuk pameran?"
soal beliau.

Semalam, ketika mengiringi suaminya untuk lawatan rasmi ke Kedah, Rosmah dipetik berkata bahawa beliau difitnah oleh blogger tertentu sebagai memiliki sebentuk cincin berlian RM24 juta.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.

Bagaimanapun Rosmah tidak menjelaskan dokumen-dokumen Kastam bersabit pengimportan cincin itu atau pun siasatan SPRM mengenainya. -tvsnews

SAMM sudah ada KUGIRAN

Band Solidariti Anak Muda Malaysia (Band SAMM) sedang mengadakan reharsel untuk konsert BERSIH yang bakal di adakan pada 9 Julai 2012 sempena sambutan ulangtahun B-709.

Kepada golongan muda yang berminat, keanggotaan SAMM kini dibuka untuk setiap anak muda yang benci penindasan, penipuan dan ketidak-adilan. Anak muda harus berani dan radikal dalam menjadi pendesak utama memastikan negara di dalam landasan yang tepat !

Klik http://www.anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/untuk pendaftaran SAMM.

Skandal Scorpene: Zahid, Muhyiddin sedang usaha perangkap Najib

KUALA LUMPUR: Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.

Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi ‘diketuai’ Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

“Zahid sebagai Naib Presiden sedang ‘bersiap’ untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri,” tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

“Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

“Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul ‘hero’ yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?” soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

“Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

“Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu,” kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14860

Saturday, July 30, 2011

Panas! Persatuan Kontraktor Melayu Penang kecam MCA!

HANCUR luluh berantakan propaganda yang dijaja ke sana ke mari oleh United Malays No Otak, Umno selama ini bagi menggambarkan kononnya kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan yang meminggirkan kontraktor Melayu dan hanya mengutamakan kontraktor cina.

Propaganda ini hancur selepas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru ini. Ketua Wanita MCA itu mendakwa Kerajaan Pulau Pinang anti cina pulak kah kah kah rujuk sini [kontraktor cina].

Bagaimana pun, kenyataan Nyonya MCA itu dibidas dengan kecaman oleh si "empunya diri" yang terlibat iaitu Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMPP.

Nyonya MCA itu dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Sebaliknya PKMPP mempertahankan pentadbiran Guan Eng dan menyifatkan pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain [TMI].


Propaganda Guan Eng pinggirkan kontraktor Melayu sudah hancur berkecai, United Malays No Otak, Umno harus mencipta propaganda baru untuk menarik sokongan Melayu Pulau Pinang. Barangkali United Malays No Otak boleh buat propaganda Guan Eng pinggirkan mamak pulak.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/panas-persatuan-kontraktor-melayu.html#ixzz1TwrNyyCP

Siapa menipu Polis atau Md Sabu ?


Sebagai rakyat yang adil dalam menilai, apakah wajar jika kita hanya mendengar penjelasan dari sebelah pihak sahaja? Walau siapa pun kita, walau pihak mana pun yang kita sokong, adalah menjadi satu kewajaran untuk kita bertindak adil dengan cara mendengar dari kedua-dua belah pihak yang maklumat penyampaiannya bercanggah. Sikap seperti ini melambangkan tahap intelektual seseorang dalam menafsir berita. Isu pokok hari ini ialah, siapa yang menipu di antara pihak polis dan Mat Sabu.

Mengikut perkembangan sebelum ini, pihak polis akhirnya mengeluarkan kenyataan balas disertakan dengan video CCTV yang menunjukkan kononnya pihak polis tidak melanggar Timbalan Presiden PAS dalam aksi kejar-mengejar sejurus sebelum BERSIH 2.0 berlangsung. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi persoalan sebelum ini ialah mengapa pihak polis mengambil masa yang begitu lama iaitu setelah dua minggu B-709 berlalu, untuk mengeluarkan kenyataan balas yang disokong klip CCTV?

Namun begitu, satu persoalan lebih besar telah terserlah, yang seraya itu menenggelamkan isu mengapa klip CCTV itu lewat diketengahkan oleh pihak polis.

Pihak polis telah menayangkan klip CCTV tersebut untuk dipetik dan disebarkan memenuhi ruang depan akhbar perdana pada hari Sabtu yang lalu selain diberi laluan eksklusif dalam siaran Buletin Utama untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Dalam sebuah majlis penerangan kepada wartawan, pihak polis telah membuat tuduhan yang berat ke atas seorang pemimpin tertinggi parti politik yang memperjuangkan Islam apabila mengatakan Mat Sabu menipu kononnya beliau dilanggar oleh Pajero (LandRover).

Apa yang dilakukan oleh pihak polis seolah-oleh kes ini telah disiasat dengan betul dan terperinci bagaikan tiada lagi yang boleh disangkal dalam pendedahan Sabtu lalu. Selain memberikan gambaran yang buruk terhadap Mat Sabu kerana kononnya beliau telah menipu dan berlakon di atas kerusi roda, tuduhan pihak polis juga telah menyebabkan parti Islam PAS menerima tempias yang besar dan dikaitkan sebagai bersubahat. Kerana Mat Sabu adalah Timbalan Presiden pastinya PAS secara keseluruhan terkesan dengan tuduhan ini.

Tetapi, bagaimana agaknya bahana yang bakal menimpa institusi kepolisian negara apabila rakyat yang telah terdedah dengan berita Mat Sabu menipu mendapat tahu bahawa sebenarnya Mat Sabu tidak menipu dalam perkara ini ? Bagaimana natijahnya pihak polis apabila rakyat mengetahui bahawa sebenarnya pihak polis telah menipu demi untuk mengelakkan daripada dituduh bertindak kejam terhadap seorang pemimpin PAS ?

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang benar (dan BERSIH), kebenaran terserlah jua akhirnya. Lihatlah salinan laporan polis Mat Sabu di Balai Polis Travers , kes pihak polis melanggar Mat Sabu. Dalam laporan polis yang didaftar pada tarikh 14 Julai 2011 iaitu 5 hari selepas BERSIH 2.0 dan seminggu sebelum pihak polis mengeluarkan kenyataan balas, menunjukkan dengan jelas bahawa Mat Sabu melaporkan beliau dilanggar oleh kereta polis jenis Proton Waja, bukan dilanggar oleh Pajero (LandRover) sepertimana yang didakwa pihak polis.

Berikut adalah petikan laporan polis oleh Mat Sabu;

Sebaik sahaja tiba di sekitar kawasan Jalan Bangsar, saya dan pemandu motosikal yang saya naiki telah dikepong oleh dua buah kereta polis (WAJA) dan sebuah pajero polis berwarna gelap. Kereta Waja polis tersebut telah melanggar motosikal yang saya naiki dan motosikal yang saya naiki telah terjatuh. Kaki kanan saya juga telah dilanggar oleh bahagian depan Waja polis tersebut mengakibatkan saya tidak berupaya untuk berjalan dan terpaksa dipapah oleh dua orang untuk dibawa masuk ke dalam sebuah Pajero polis.

Dalam kenyataan timbal balas, pihak polis telah mendakwa bahawa aduan Mat Sabu telah menyebut beliau dilanggar oleh kenderaan polis Pajero (Land Rover). Buktinya di sinihttp://www.youtube.com/watch?v=MgwAIvmoiwI , anda lihat klip pada minit 3.28, pihak polis menyebut;

"Ini dikatakan dia dilanggar oleh kereta polis Land Rover, dia kata"

Juga pihak polis cuba menerangkan kepada para wartawan bahawa Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover, kononnya kebenaran itu berpihak kepada polis sedangkan dalam laporan polis Mat Sabu, beliau tidak menyebut dilanggar oleh Pajero mahupun Land Rover.

Satu lagi situasi ialah pada minit 5.38, pegawai polis yang menerangkan klip CCTV tersebut sekali lagi menyebut;

"Sebab ini kita ambik supaya nak tunjuk impact tadi yang sebenarnya tak langgar dengan pajero hitam tu"

Persoalannya, apakah polis tidak baca 'laporan polis' yang dilapor oleh Mat Sabu pada tanggal 14 Julai 2011 yang menyebut perlanggaran itu adalah dengan kenderaan polis Waja, bukan dengan Pajero ?

Laporan polis Mat Sabu menjadi bukti kukuh betapa pihak polis bukan sahaja telah menyalahgunakan kuasa yang mereka ada, tetapi telah menipu bagi menyelamatkan keadaan. Dengan modus operandi penipuan seperti ini oleh pihak polis, apakah tidak keterlaluan jika dikatakan memang terdapat keraguan-keraguan yang melibatkan pihak polis sebelum ini seperti kejadian kematian Kugan dan terkorbannya adik Aminul Rashid, masih menjadi tanda tanya yang bermain di kotak fikiran rakyat.

Kepercayaan rakyat terhadap pihak polis pasti musnah dengan 'damage' yang besar kali ini apabila kebenaran akhirnya terserlah. Namun terlebih dahulu, rakyat terbanyak harus didedahkan dengan maklumat sebenar di sebalik tuduhan jahat terhadap Mat Sabu. Semua rakyat harus melihat kandungan laporan polis Mat Sabu bagi membersihkan nama beliau dari kebejatan yang dirancang ini. Mat Sabu menjadi insan yang paling teraniaya apabila kehilangan upaya berjalan untuk satu tempoh yang panjang dan dalam masa yang sama telah dituduh sebagai penipu oleh pihak polis (pihak yang sebenarnya membuat kenyataan palsu).

Bagaimanakah penipuan pihak polis ini dapat didedahkan kepada umum sekiranya tidak ada kerjasama dari media arus perdana, tidak seperti ketika mereka (media perdana) meletakkan penipuan pihak polis di kolum berita utama ?

Kita lah yang bertanggungjawab membersihkan nama Mat Sabu jika kita benar yakin pihak polis telah menipu, sememangnya kita mengetahui situasi sebenar melalui terdedahnya salinan laporan Mat Sabu kepada umum.

Menulis artikel tentang kebenaran adalah tanggungjawab saya sebagai aktivis blogger barisan hadapan. Tetapi kali ini untuk kali pertama saya amanahkan tulisan ini dipertanggungjawabkan kepada setiap pembaca supaya menjadi agen penyebar dan disebarkan artikel ini kepada semua kenalan melalui laman sosial seperti Facebook, Blog, eMail dan Twitter.

Setiap dari kita yang mengetahui kebenaran ini harus menjalankan peranan masing-masing kerana siapa lagi yang boleh diharapkan jika bukan dari rakyat kepada rakyat. Apa yang kita hadapi untuk membentang kebenaran bukan calang-calang tetapi seluruh institusi kepolisian. Kita pastikan semua rakyat mendapat maklumat bahawa polis juga tidak semuanya betul sepertimana digambarkan berpuluh tahun lamanya.

Tiba-tiba terimbas kembali motto pasukan polis suatu ketika dahulu iaitu Mesra, Cepat dan Betul, sekarang baru kita faham mengapa motto telah ditukar dan tidak lagi digunakan.

wallahu'alam bissawab

tulisan : EDYES @ edyesdotcom

Friday, July 29, 2011

Muhyiddin jumpa 100 MP, tanda Najib bakal disingkir – Chegubard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal menerima nasib sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang dilihat sebagai langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya.

Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya- satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya konspirasi antara Muhyiddin Yassin bersama ahli parlimen BN (berkenaan),” kata Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard.

Menurutnya, ia merupakan proses awal untuk menyingkirkan Najib kerana dianggap gagal memperbaiki rekod buruk BN sejak zaman kejatuhan Paklah, malah dianggap lebih teruk dari mantan PM itu.

Tambahnya pertemuan untuk meluluskan geran berkenaan hanyalah alasan Muhyiddin untuk mendapat sokongan.

Beliau serterusnya mengingatkan usaha untuk memerangkap Najib yang dibuat secara tersirat, termasuk mengheret namanya dalam perbicaraan skandal Scorpene di mahkamah Perancis.

Chegu Bard sebelum ini mendedahkan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu Najib yang disokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, manakala Muhyiddin mendapat sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Zahid Hamidi juga pernah mengumumkan kesedian kerajaan untuk menjadi saksi perbicaraan Scorpene di mahkamah Perancis, yang disifatkan sebagai cubaan untuk mengenakan Najib.

Ia termasuk pendedahan Zahid mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM ketika Najib menjadi menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri.

Tambah Chegu Bard, melalui sumber dalaman umno yang diperolehinya mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti itu.

“Kerajaan UMNO-BN tidak boleh lagi berselindung dengan pergeseran yang jelas berlaku di dalam pentadbiran mereka,”

“Polemik ini dilihat semakin tajam didalam pentadbiran kerajaan UMNO-BN,” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini Paklah pernah dipersalahkan apabila lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno selepas Pilihan Raya umum Mac 2008.

Paklah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan berikutan tekanan hebat dari dalam Umno yang memintanya menyerahkan kuasa kepada Najib yang ketika itu merupakan timbalannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17813

Antara pasukan Malaysia dan Kerajaan Malaysia



Tahniah Khairul Fahmi, menyelamatkan banyak cubaan bahaya...

Pasukan bolasepak kebangsaan bermati-matian mencari kemenangan termasuklah berhempas pulas mencari dua defesit gol yang akhirnya menemui hanya satu sebelum direntap gol penyamaan. Menang kalah adat permainan, apa yang lebih penting ialah semangat lawan yang tinggi dipersembahkan oleh Harimau Malaya menentang sebuah pasukan 'world selection'.

Singapura adalah seteru utama kita bukan sahaja dalam aksi bolasepak tetapi juga dalam pelbagai aspek persaingan. Perlawanan malam tadi jelas menunjukkan bahawa anak muda pemain bolasepak negara tidak langsung memberi ruang kepada pasukan Singapura selain daripada terus mengasak dari awal hingga wisel penamat. Sekarang ini saya belum sedia untuk memberikan ulasan untuk perlawanan malam tadi. Cukuplah jika saya katakan Pasukan Harimau Malaya telah berikan yang terbaik untuk pertahankan maruah Malaysia.

Thursday, July 28, 2011

Cincin RM24 Juta : Akhirnya Rosmah Bersuara, Sifatkan Fitnah


KUALA LUMPUR 29 JULAI : Setelah sekian lama mendiamkan diri sejak angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.

Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard memberitahu, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cυt Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan media alternatif baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.

Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya.

Kredit tο: http://wrlr.blogspot.com/2011/07/cincin-rm24-juta-akhirnya-rosmah.html

Wednesday, July 27, 2011

Halau Bourdon : Najib Seangkatan Ben Ali


KUALA LUMPUR 23 JULAI : Tindakan kerajaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak mengusir keluar peguam Perancis, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis membariskan beliau antara pemimpin diktator dunia.

Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak betapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini.

“Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua.

“Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene,” kata beliau kepada yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini.

Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam.

Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.

Manakala Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.

Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk

Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang рοрυƖаr sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.

Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.

“Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon,” kata Ketua Cabang Rembau itu.

Kredit tο: http://wrlr.blogspot.com/2011/07/halau-bourdon-najib-seangkatan-ben-ali.html

Saturday, July 23, 2011

Siapa Sebenarnya Abd Najid Razak ? Pemilik Tandatangan Borang K2 Cincin RM24Juta !!

ini petikan entry dari edyesdotcom
Anda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.

Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.

Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.
artikel ini tulisan dan idea Edyessdotcom untuk membaca lanjut klik http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/07/siapa-sebenarnya-abd-najid-razak.html

Semua menjadi persoalan apabila persoalan asal tidak dijawab oleh Imelda Rosmah sendiri. Kita tidak menuduh tetapi dia perlu menjawab mengenai borang kastam dan bagaimana nama dia boleh berada dalam b orang kastam tersebut. Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pekerja syarikat penghantaran atau adakah dia wanita pertama yang membuat kerja sambilan sebagai penganjur pameran permata ?

Bagaimana pula pendedahan FMT yang mendedahkan mengenai gelang tanganya yang bernilai RM 1.6 juta ?


benarkah Politeknik Nilai tiada CF ?

Politeknik Nilai tiada CF
Aduan Rakyat Online
23 July, 2011

Politeknik Nilai beroperasi (sewa) pada peringkat awal di Kompleks Perniagaan Kuarters KLIA, Nilai Negeri Sembilan sehingga awal bulan Julai 2011. Ini adalah politeknik yang agak kecil dimana kurus yg ditawarkan amat terhad. Tenaga pengajar dan kakitangan sokongannya juga terhad.

Apa yang amat mendukacitakan, Pengarah Politeknik telah menggunakan kuasa vetonya untuk memaksa operasi Politeknik Nilai dipindahkan ke kampus barunya di Kampung Labu Johnsan (LBJ) walaupun mendapat tentangan daripada kakitangan politeknik tersebut.

Kampus yang baru masih belum mendapat Sijil Menduduki (CF) dan masih ada kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan. Sudah tentu dalam keadaan pembinaan yg masih berjalan, tahap keselamatan pelajar dan kakitangan tidak dapat dijaminkan. Jika berlaku kejadian yang tidak diingini siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Yang peliknya, pejabat Pengarah Politeknik Nilai masih berada di kampus lama? kenapa beliau tidak berpindah sekali kalau tahap keselamatan terjamin?

Disamping itu, semasa kerja-kerja pemindahan dijalankan, kakitangan pengajar yang teruk berkemas kerana tidak wujudnya ‘general workers’.

Baru-baru ini, kemasukan pelajar baru dan kelas telahpun bermula…kemudahan pejabat masih belum tersusun…semuanya masih dalam keadaan kelam kabut….apakah pengarah sedar akan permasalahan ini? Apakah kementerian sedar dan prihatin akan akan masalah ini? Mungkin kalau sudah terjadi sesuatu tragedi…baru sedar semua pihak…

By: ZALISMA

http://www.aduanrakyat.com.my/politeknik-nilai-tiada-cf

Friday, July 22, 2011

Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene

EKSKLUSIF Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

NONEBourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."

Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

altantuya razak baginda mongolian murder 020707 short hairPemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi,
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?

Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.

Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.

Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.

Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.

Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.

Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu.

Jejak Fakir 2011


Ramadhan bakal menjelang, Syawal pasti menyusul tiba. Dalam gembira kita bersama keluarga sedarkah ada ramai golongan daif tercicir sedang dihimpit derita.

Jejak fakir (Ramadhan/ Syawal) 2010 telah berjaya membawa sedikit senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang upaya, anak yatim dan seumpamanya. Sumbangan semua yang dikumpulkan disambut dengan linangan air mata kesyukuran. Sumbangan berjaya disampaikan kepada golongan fakir di dalam Rembau, dalam Negeri Sembilan, Sarawak juga Kedah.

Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang menyusun program Jejak Fakir 2011. Sebanyak hampir 400 penerima disenaraikan. Kali ini juga beberapa surau turut disenarai sebagai bakal penerima kerana terlalu uzur dan memerlukan sumbangan. Bagi pihak mereka kami merayu sumbangan semua.

Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dll amat dialukan juga.

Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2011 untuk pertanyaan atau setiap kali wang sumbangan dimasukkan untuk pengesahan. Jika ia wang zakat sila nyatakan untuk urusan 'akad' dan disalurkan kepada asnaf yang benar layak.

dibawah ialah album memori prog. jejak fakir
Tabung Jejak Fakir digunakan juga untuk bantu anak - anak Yatim Miskin untuk memulakan persekolahan. KEADILAN Rembau pernah bekerja rapat dengan Pertubuhan Anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PEYAKIN) untuk menyalurkan bantuan
Jumlah bantuan dan penerima bantuan diagihkan berdasar status penerima dan memilih penerima yang tercicir dari bantuan lain. Bersama menziarahi ibu tunggal di dalam Dun Rantau
Bantuan bukan sahaja diagih di sekitar Rembau, jika punya bantuan lebih ia turut diagih ke negeri lain yang punya penerima yang amat memerlukan. Di atas ialah bantuan yang diagih kepada penerima di Pej. Perhubungan KEADILAN Perlis
Gambar atas dan bawah ini ialah penerima di DUN Machap, Melaka

Tabung Jejak Fakir bukan sahaja untuk bantuan sekali sahaja ketika Ramadhan atau menjelang Syawal tetapi 'follow up' turut dilakukan. Hasil pemerhatian ketika prog kunjungan jejak fakir mendapati banyak rumah warga tua di Rembau begitu uzur dan dilupakan oleh anak - anak. Maka program jom betul rumah warga tua dilancarkan oleh YB Azmin Ali tahun lepas ketika Rumah Terbuka Dun Kota Parlimen RembauSeorang warga tua yang duduk di rumah 'reput' seorang diri dihadiahkan rumah batu yang didirikan hasil gotong royong aktivis KEADILAN Rembau dengan wang hasil tabung Jejak Fakir dan Yayasan Aman. Kelihatan YB Fauziah Salleh turut melawat warga tua terbabit di Kg. Selemak, Rembau.Bantuan juga di agih berbentuk wang raya kepada anak - anak yang memerlukanPada tahun 2008 KEADILAN Rembau melalui wang yang terkumpul dalam Tabung Jejak Fakir telah turut menyumbang kepada beberapa organisasi bantuan yang benar layak dan memerlukanaktiviti diperbagai selain dari bantuan makanan asas dan wang, kami juga pernah masak dodol, bubur lambuk dll dan agihkan kepada warga emas yang dilupakan anak - anak untuk sama menggembirakan merekaPerbagai golongan dihampiri yang tua, yang cacat yang pasti ia menggembirakan





Ini antara kes penting di mana seorang saudara baru , ibu tunggal yang dilupakan duduk bersama ibunya yang masih bukan Islam turut dibantu

Yang bukan Islam juga bakal berkongsi nikmat Ramadhan dan Syawal, mereka juga tidak ketinggalan......