Friday, July 22, 2011

Jejak Fakir 2011


Ramadhan bakal menjelang, Syawal pasti menyusul tiba. Dalam gembira kita bersama keluarga sedarkah ada ramai golongan daif tercicir sedang dihimpit derita.

Jejak fakir (Ramadhan/ Syawal) 2010 telah berjaya membawa sedikit senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang upaya, anak yatim dan seumpamanya. Sumbangan semua yang dikumpulkan disambut dengan linangan air mata kesyukuran. Sumbangan berjaya disampaikan kepada golongan fakir di dalam Rembau, dalam Negeri Sembilan, Sarawak juga Kedah.

Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang menyusun program Jejak Fakir 2011. Sebanyak hampir 400 penerima disenaraikan. Kali ini juga beberapa surau turut disenarai sebagai bakal penerima kerana terlalu uzur dan memerlukan sumbangan. Bagi pihak mereka kami merayu sumbangan semua.

Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dll amat dialukan juga.

Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2011 untuk pertanyaan atau setiap kali wang sumbangan dimasukkan untuk pengesahan. Jika ia wang zakat sila nyatakan untuk urusan 'akad' dan disalurkan kepada asnaf yang benar layak.

dibawah ialah album memori prog. jejak fakir
Tabung Jejak Fakir digunakan juga untuk bantu anak - anak Yatim Miskin untuk memulakan persekolahan. KEADILAN Rembau pernah bekerja rapat dengan Pertubuhan Anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PEYAKIN) untuk menyalurkan bantuan
Jumlah bantuan dan penerima bantuan diagihkan berdasar status penerima dan memilih penerima yang tercicir dari bantuan lain. Bersama menziarahi ibu tunggal di dalam Dun Rantau
Bantuan bukan sahaja diagih di sekitar Rembau, jika punya bantuan lebih ia turut diagih ke negeri lain yang punya penerima yang amat memerlukan. Di atas ialah bantuan yang diagih kepada penerima di Pej. Perhubungan KEADILAN Perlis
Gambar atas dan bawah ini ialah penerima di DUN Machap, Melaka

Tabung Jejak Fakir bukan sahaja untuk bantuan sekali sahaja ketika Ramadhan atau menjelang Syawal tetapi 'follow up' turut dilakukan. Hasil pemerhatian ketika prog kunjungan jejak fakir mendapati banyak rumah warga tua di Rembau begitu uzur dan dilupakan oleh anak - anak. Maka program jom betul rumah warga tua dilancarkan oleh YB Azmin Ali tahun lepas ketika Rumah Terbuka Dun Kota Parlimen RembauSeorang warga tua yang duduk di rumah 'reput' seorang diri dihadiahkan rumah batu yang didirikan hasil gotong royong aktivis KEADILAN Rembau dengan wang hasil tabung Jejak Fakir dan Yayasan Aman. Kelihatan YB Fauziah Salleh turut melawat warga tua terbabit di Kg. Selemak, Rembau.Bantuan juga di agih berbentuk wang raya kepada anak - anak yang memerlukanPada tahun 2008 KEADILAN Rembau melalui wang yang terkumpul dalam Tabung Jejak Fakir telah turut menyumbang kepada beberapa organisasi bantuan yang benar layak dan memerlukanaktiviti diperbagai selain dari bantuan makanan asas dan wang, kami juga pernah masak dodol, bubur lambuk dll dan agihkan kepada warga emas yang dilupakan anak - anak untuk sama menggembirakan merekaPerbagai golongan dihampiri yang tua, yang cacat yang pasti ia menggembirakan





Ini antara kes penting di mana seorang saudara baru , ibu tunggal yang dilupakan duduk bersama ibunya yang masih bukan Islam turut dibantu

Yang bukan Islam juga bakal berkongsi nikmat Ramadhan dan Syawal, mereka juga tidak ketinggalan......

4 comments:

  1. Anonymous9:08 PM

    Sir, I truly appreciate when you are giving aids even to the non-muslims as well during this holy month. This reflects the true quality of Islam.
    HIDUP PR!!

    ReplyDelete
  2. Chegu Bard,
    Teruskan Usaha..Saya kagum dgn chegu, atas keberanian chegu.
    Saya kire secret admirerlah.

    ReplyDelete
  3. Kucheng10:41 PM

    apa la, nak bagi derma pon nak amek gmbr, xikhlas langsung, sama je mcm BN.

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:16 PM

    setuju dengan kucheng. derma biar ikhlas. tak perlu letak nama PKR masa derma.

    ReplyDelete