Friday, July 03, 2009

Selamatkan tanah adat langsung tidak dapat perhatian media

Media terlalu memberi fokus dalam isu Kampung Buah Pala, Pulau, Pinang....tahukah kita semua di Rembau ada sebuah Kampung Adat akan musnah....tanah rizab Melayu tanah adat Melayu akan hilang.... tanpa digantikan tanpa perundingan.... tiada media yang minat membuat liputan.... ada Sinar Harian keluarkan sekali namun oleh kerana amaran pimpinan Umno Bn mungkin itulah sekali dan tidada lagi.

Di bawah ini ialah surat terbuka mereka yang dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang untuk perhatian dan campur tangan mereka menyelamatkan Kampung adat ini. Sehingga kini masih tidak ada respon terhadap surat mereka.

Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Tanah Adat Rembau
d/a Hj. Chik Tak Bin Ahmad, Kampung Chembong Halt,
71300 Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 15 Jun 2009

Kepada :

  • YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

  • YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia

per : RAYUAN PERTIMBANGAN SEMULA UNTUK DUDUK BERBINCANG DAN MENUNAIKAN TUNTUTAN PENDUDUK YANG TERLIBAT DALAM PENGAMBILAIHAN TANAH OLEH KTM DI REMBAU.

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

Untuk pengetahuan Jawatankuasa bertindak ini mewakili penduduk Kampung Waris Tebat Chembong, Kampung Chembong Halt dan Kampung Chuai Hilir yang terjejas dengan projek landasan keretapi berkembar. Tanah mereka akan diambil alih oleh Keretapi Tanah Melayu (Projek Landasan Berkembar) dalam masa terdekat.

Kami yang terlibat tidak diberi ruang dan pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambil alihan tanah. Malah ada penduduk yang terlibat 'tidak berpendidikan' tinggi seolah tertipu dengan proses pengambil alihan paksa ini.

Sejak menubuhkan Jawatankuasa Bertindak, kami telah pergi ke semua pihak yang berkenaan malangnya bukan sahaja masalah mereka gagal ditangani tetapi ada pihak yang lansung tidak melayan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen kawasan tersebut juga seolah-olah lepas tangan.

Sebagai latar belakang, perkampungan disebut diatas telah diteroka oleh nenek moyang kami seawal 500 tahun dahulu. Telapak yang semuanya terletak di tanah adat ini menjadi tempat anak suku dan saudara semenda berlindung, bertemu dan mengadakan kerapatan.

Nilai adat, kehidupan harmoni yang berteraskan perpaduan masyarakat amat tinggi terpendam dalam kampung tersebut. Namun semuanya tergugat dengan surat 'ugutan' dan ambil paksa tanah kerana hendak membuat jalan keretapi berkembar.

Tuntutan kami yang terbabit ialah gantikan dengan tanah yang sesuai luasnya,rumah (telapak) yang sesuai luasnya untuk keluarga besar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan mengekalkan kekuatan adat dan istiadat yang harus dipelihara. Kami memohon perpindahan kampung adat.

Malangnya mereka dipaksa untuk menerima pampasan yang jauh (sehingga lebih 70%) lebih rendah dari nilai yang dibuat oleh jurunilai bertauliah. Jumlahnya bukan sahaja jauh tidak terbanding dengan nilai kehidupan tinggi yang terpendam di kampung ini, malah gantirugi jika dikira dari segi nilai kormesial pun jauh lebih rendah. Maka nilai pampasan yang diperolehi (serendah RM 1.20 sekaki) jauh memungkinkan kami mencari tanah yang sesuai untuk menggantikan tanah adat pusaka keluarga.

Begitu juga berkaitan ganti rugi rumah yang bezanya hampir 100 % lebih rendah dari jumlah yang kami ditawarkan jika dibandingkan degan penilaian oleh jurunilai profesional.

Kami dilayan seperti setinggan malah kerajaan negeri bersikap lepas tangan, dengan hanya mengatakan kononya ia projek kerajaan persekutuan dan undang – undang membolehkan pengambil alihan paksa. Adakah kerajaan negeri ingin mengatakan undang – undang kerajaan pusat digunakan untuk menzalimi rakyat dan membunuh suasana harmoni beradat ?

Kerajaan negeri seharusnya lebih prihatin. Adakah Kerajaan Negeri ini diketuai oleh pemimpin Melayu tidak mampu menjamin hak tanah adat dan pusaka Melayu ?

Kami tidak menolak malah mendokong pembangunan dan kemajuan tetapi kami hanya menuntut hak dan keadilan dalam mempertahankan tanah pusaka beradat kami.

Keperihatinan YAB Perdana Menteri dan YB Ketua Pembangkang dituntut untuk mempertahankan hak dan maruah tanah adat hak kami. Projek harus dihentikan, proses pengambilahihan harus digantung segera sehingga perbincangan dilakukan dan semua pihak berpuas hati.

Kami anak waris tekad tidak akan mengosongkan 'telapak' yang kami diami ini selagi tuntutan kami tidak dilayan. Bersama ini juga disertakan tandangan pihak yang terbabit mendokong memorandum ini.

Pertahankan Tanah Adat Melayu!

sebarang pertanyaan sila hubungi

Hj. Chik Tak Ahmad +6017 3685054
Rashid Shamsudin +6017 3839868

salinan kepada :

  • YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

  • Semua ahli Parlimen Malaysia

  • Pihak Media

Pihak Pusat Khidmat Rakyat Rembau (kendalian KEADILAN) Negeri Sembilan telah tampil membantu. sila klik sini untuk membaca lanjut.

1 comment:

  1. Anonymous9:40 AM

    tahniah Umno terus bela melayu hahahahahaaa bela mcm gembala bela lembu

    ReplyDelete