Friday, July 17, 2009

Jumpa minggu ini di utara.

Marah dan sedih.... tak tahu nak menulis apa mengenai kematian 'Comrade' Teo....

Ketia nak rampas Perak segala bentuk aparat kerajaan dipergunakan untuk menangkap, menculik dan mengugut, akhirnya Najib dapat kehendak hatinya.... Dia tidak puas hati... bukanlah rahsia ikrar Najib nak rampas pula Selangor. Maka semua 'aparat' digunakan.... semua kaedah digunakan.... akhirnya semalam menyaksikan kematian seorang setiausaha Politik Exco Selangor..... Regim ini merestui pembunuhan kerana nak ambil alih kerajaan ?

Sudahlah kamu bunuh....kamu fitnah Teo bunuh diri.... bayangkan beliau yang hendak kahwin keesokan harinya bunuh diri ? (sila klik sini) Lebih dasyat dari itu laman - laman penjilat regim pewaris penjajah ini menuduh pula Teo dibunuh oleh orang DAP kerana Teo mendedahkan rahsia......

Tahukah kita berapa harga siasatan dan tangkapan SPRM itu.... RM2400 kesalahan kononya Exco Selangor ini melakukan korupsi kerana membeli Bendera Malaysia....

Seorang anak muda mati kerana terbunuh dalam sesi soal siasat kerana membeli bendera Malaysia !!!!!

Jumpa malam ini di Kuala Kurau,9.00 malam : Ceramah Umum cheGuBard & YB Abd Yunus (ADUN K.Kurau), di Batu 20, Bt. Kurau,Kuala Kurau, Perak (pertanyaan 0195789244)

Esok 2.00 petang taklimat Khas Isu Konspirasi ke 2 - Anwar Ibrahim di Bayan Baru, Pulau Pinang untuk pertanyaan tempat dan pengesahan kehadiran hubungi Rizal 0124984556 . Manakala jam 9.30 malam pula juma di Pokok Demokrasi di Bayan Baru juga untuk borak anak muda untuk pertanyaan sila hubungi 0125865611 atau 0195082933.

Ahad jam 9.00 malam kita jumpa pula di 8.00 malam ; Makan Malam & Pidato Anak Muda 'Pencetus Merdeka Negara' sempena Konvensyen AMK Cabang Permatang Pauh, Dewan Yayasan Aman, Penanti, P.Pauh, P.Pinang pertanyaan hubungi Afzal 0195666546 atau Amir 0135848363.

InsyaAllah paling lewat akan update Isnin.....Jumpa hari Isnin untuk tulisan terbaru

No comments:

Post a Comment