Friday, September 21, 2007

Tahniah Musa !...buat sahajalah apa yang kau suka....

Baru beberapa jam selesai mengkebumikan jenazah anak mereka yang meninggal dunia akibat deraan seksual, Jazimin Abdul Jalil dan isterinya Norazian Bistaman kini menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dengan bangganya berkata polis kini sedang menyiapkan laporan kes berkenaan dan jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak.

"Jika ada kecuaian, kita akan cadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini.

Ternyata Polis menerima tekanan hebat dari masyarakat kerana kes Nurin ini. Kelemahan polis membuang masa merelakan PDRM menjadi kuda tunggangan parti pemerintah telah membuatkan mereka alpa mengenai tugas penting mereka iaitu menjaga keselamatan rakyat. Terlalu banyak tenaga dan wang dibazirkan oleh PDRM hanya untuk mengekang pengaruh politik 'pembangkang' dan memantau pergerakan pemimpim 'pembangkang' sehingga mengakibatkan kadar jenayah naik mendadak.

Penubuhan unit baru D11 disokong tetapi ia ibarat sudah terantuk baru mengadah dan sejauh mana ia berkesan masih belum diketahui. Apa yang ditakutkan ia umpama melepaskan batuk ditangga sahaja. Apa yang lebih perlu ialah membebaskan PDRM dari duduk bawah ketiak pemimpin politik pemerintah dan dengan rela diperkudakan.

Malaysia sudah tidak selamat kerana PDRM terlalu menumpukan keselatam politik BN bukan keselamatan rakyat. Musa harus mohon maaf kepada keluarga mangsa kerana kegagalan PDRM menjamin keselamatan tetapi malangnya Musa dengan angkuh menyatakan bapa Nurin boleh didakwa.....

Buat sajalah apa yang kamu nak Musa....selagi rakyat Malaysia mandul dan tidak punya jiwa kamu pasti selamat !

sila baca lanjut sila klik

4 comments:

  1. Anonymous2:33 AM

    kita jugak patut mintak tuanku agung pecat dan penjarakan musa kerana cuai dalam menjaga keselamatan negara hinggakan berlaku begitu banyak jenayah!!

    Tangkap Musa Hasan!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:48 AM

    aku rasa eloknya musa nie di ikat di pokok dalam keadaan bogel dan dilepaskan kerengga....

    ingat lagi pengakuan bersumpah musa di mahkamah dalam kes dsai ...dia sendiri mengaku boleh berbohong jika itu arahan dan kehendak org atas...

    ReplyDelete
  3. mereka semua adalah kera!

    ReplyDelete
  4. Inilah rupanya anak-anak Dato Hassan. Mana satu anaknya yang macam manusia boleh diharapkan.

    ReplyDelete