Thursday, September 13, 2007

Selamat berpuasa

Ramadhan datang lagi, bersama ini che'GuBard ingin berkongsi beberapa perkara yang difikirkan boleh membantu .....

untuk mereka yang tidak tahu nak buat apa ketika waktu makan tengahari, disediakan beberapa bahan bacaan yang sesuai. sila klik

Ramadhan mubarak. Kullu am wa antum bikhair.

Ramadhan kali ini, che'GuBard, terpaksa berpuasa di bumi asing, Korea Selatan. Jauh dari Isteri, keluarga dan sahabat tercinta. Namun yakinlah semuanya dekat di hati ini.

che'GuBard sentiasa mengingatkan diri yang lemah ini juga berkongsi dengan teman lain agar menyempurnakan Ramadhan sebaiknya dan berdoa' agar melalui latihan ini dapat mencapai darjat taqwa. Ibadah Ramadhan pernah diungkapkan ulama sebagai madrasah ruhiyyah - memupuk pendidikan jiwa dan ruhani agar tercerna akhlak dan shasiah yang terpuji. Justeru itu kita diminta ikhlas dalam amal dan tekun melengkapkannya dengan pembacaan dan kefahaman al-Quranul-Karim dan ibadah susulan terawikh.

Puasa bukanlah amalan pelik, berdasarkan pembacaan dapat kita singkap pengalaman agama silam yang memupuk kekuatan diri dengan pelbagai gaya amalan berpuasa. Namun ibadah puasa dalam Islam harus memupuk kesedaran tulen, dan dengan merasakan lapar dahaga akan lebih peka dan insaf akan derita si fakir miskin. Justeru itu amalan sedekah jariah wajar ditingkatkan.

Malah kesedaran itu seharusnya mendorong kita untuk menjadi pembela rakyat yang menjadi mangsa penindasan dan kerakusan kuasa sehingga mengakibatkan nasib rakyat bawahan terlantar.

Kesempatan Ramadhan ini harus dipergunakan sepenuhnya untuk menyampaikan risalah perjuangan 'reformasi' dan pembelaan rakyat yang kita dukung selama ini.

Tahniah kepada teman - teman yang sudah bersedia merancang untuk bergerak dalam Ramadhan ini untuk tujuan itu. Semalam saya menerima email dari Norazizi Aziz, Setiausaha Bahagian Teluk Kemang mengenai kesediaan jentera untuk mengulang program Jejak Fakir - penyebaran risalah dan bantuan kepada yang kurang berkemampuan. Program yang di 'ciplak' dari AMK Pulau Pinang ini tahun lalu di adakan oleh AMK N.Sembilan tetapi kerana beberapa alasan, tahun ini ia memfokuskan Teluk Kemang.

Kepada jentera yang terlibat, percayalah rasa bersalah dalam diri ini kuat kerana tidak dapat bersama bekerja di bawah. Namun insyaAllah saya akan membantu sebaik mungkin untuk membantu khususnya dalam mengumpul dana bantuan. Saya dengan dibantu beberapa teman sudah merancang ingin mengadakan bundle sale mengumpul sedikit bantuan untuk jejak fakir di Teluk Kemang. Bundle sale adalah dari pakaian, buku dan beberapa alat elektronik milik peribadi akan diadakan di perkarangan university ini.

Jejak Fakir bukan sekadar program menyampaikan bantuan tetapi fakir miskin dijejak perlu diketengahkan untuk mendapatkan hak mereka dan membuktikan betapa dalam negara ini yang kononya maju dan mewah tetapi agihan yang tidak serata menyebabkan ramai masih berada jauh dibawah taraf kemiskinan.

Selamat memeriahkan ramadhan dengan amalan....salam sayang dari Seoul !

sila layari http://www.marhaen.ngepeng.com/mar_a_chegubard51.html

No comments:

Post a Comment