Monday, September 24, 2007

Selamat lahir ... che' Nur Zaima Jahida

Setiap bulan berada di Korea Selatan ini cheGuBard menerima elaun bulanan dari The May 18 Memorial Foundation sebanyak 700,000 Korean won, dari jumlah tersebut 200,000 Korean won perlu ditolak untuk membayar sewa pangsapuri. (biasiswa yang diperolehi kecil bagi organisasi besar di Korea tapi agak besar jika dibandingkan dengan apa yang pelajar Malaysia di sini perolehi)

Jumaat lepas elaun bulan ini masuk sebanyak 700,000 won. Aku terus melangkah ke Lotte World Tuor sebuah agensi perlancongan yang besar di Korea Selatan ini. Terus ke ibu pejabatnya berhampiran stesen City Hall, Seoul kerana nak pastikan betul betul tidak ada alasan yang nak menafikan kepulangan ke Malaysia pertengahan Oktober ini.

Tiket paling murah pulang 15 hari di Malaysia berharga 600,000 Korean won. Duduk fikir dalam 1 minit terus buat keputusan nekad. Tangguh bayar sewa rumah, biarlah tuan rumah bising sikit pasal tunggakan nekad untuk pulang, bulan depan ikat perut dan tak payah beli apa2 buku kongsi dengan kawan kalau perlu rujukan.

Nekad beli terus tiket pulang ke Malaysia 13 Okt dan pulang ke Korea Selatan semula 27 Okt. Pulang berhari raya hanya kebetulan tetapi pulang untuk menyambut anak sulung itu yang dirancang.

'Due date' ialah hujung Okt atau awal Nov, tetapi memang sudah dijangkakan oleh Doktor akan awal kerana beberapa alasan. Makanya tarikh pulang di set sedemikian rupa.

Tarikh ini agak dirahsiakan kerana kononya nak bagi 'suprise'.... Sehingga Sabtu malam Ahad tempoh hari chat dengan Era. Dia tanya pulang atau tidak jawapanya akan cuba tapi tak pasti. Era telefon jam 12.00 tengahamalam (waktu Korea Selatan) ucap selamat ulang tahun, semasa telefon dia beritahu keadaan fizikal dia amat tidak selesa dan sakit - sakit. Aku cuma boleh cakap bersabar dan cuba rehat. Ingat Allah selalu...
Sesungguhnya aku amat risau malam itu lebih lebih lagi menginatkan siangnya aku bermimpi aneh pasal baby... (menjadi amalan bulan puasa ini..Isya lewat kerana malam kurang tidur baca buku dan sebagainya kerana siang banyak tidur hehehehe)...selepas solat Isya jam 2 pagi tak boleh nak concentrate buat apa pun. Nurkholis (Pesuruhjaya KOMNAS HAM RI) teman serumah sibuk masak 'pan cake' katanya untuk rai hari ulangtahun che'GuBard. Buat carian dalam internet jumpa Doa' amalan untuk bapa ketika isteri hendak bersalin. Doa untuk isteri mudah, cepat dan selamat bersalin..... aku cuba hafal doa tersebut...lepas sahur cuba lagi baca.... lepas subuh cuba baca sehingga terlelap...

Pagi dalam pukul 9.00 pagi ...terkejut dengan bunyi telefon...Era telefon... Dia cuma cakap perut sakit sangat...... dalam keadaan pisat-pisat (sindrom terkejut tidur..)..che'GuBard cuba tenangkan Era (walaupun sendiri panik)....Era disuruh turun ke bawah bagi tahu emak... 10.00 pagi Era call bagitahu dia dalam perjalanan ke hospital nak jumpa Doktor sebab sakit tak kurang....

10.55 pagi dapat sms dari adik ipar, Zakiah beritahu Kak Era mungkin akan bersalin hari ini atau esok.... Haaaa... peluh sejuk satu badan... Masa itu Nurkholis sudah siap untuk ke Airport untuk pulang ke Indonesia untuk rapat bulanan KOMNAS HAM RI.. aku panik sehingga aku cuma kata ok salam pada keluarga..aku tak cakap pun pasal isteri aku pada dia... terus mandi dan bersiap.. perlu keluar untuk dapatkan top up telefon, kad panggilan antarabangsa dan komputer dengan line internet....
Hari tersebut pula, hari cuti umum sempena chusoek di Korea Selatan. Kedai semua tutup...aku berlari laju gak hari tu dari satu blok ke satu blok.. semua kedai tutup... akhirnya tak dapat top up telefon dan kad panggilan antarabangsa. Aku terus ke cybercafe berhampiran Yeokgok Station.
11.30 pagi Kiah sms..Kak Era mungkin akan bersalin hari ini, jangan risau Kiah ada dengan Kak Era. Aku cuba sms along, Mak inCik dan beberapa kawan rapat. Sambill terus menghantar beberapa sms ke telefon Era yang dipegang oleh Kiah.
12.50 tgh....Kiah sms Kak Era selamat bersalin 'normal' Baby Girl ...semua ok dan selamat... Huh aku menitiskan air mata kerana ujian 3 jam lebih itu... rasanya kalau nak digambarkan seperti terselamat dari kejadian ngeri...Alhamdunillah semuanya selamat..... terima kasih kepada keluarga teman yang banyak membantu dan berdoa....

dan selamat datang che'Nur Zaima Jahida ke dunia ini... doa' hendaknya kau penyambung cita -cita che'GuBard dan menjadi Puteri Revolusi ulung bangsa !........

Petang itu akhirnya baru perasan yang tarikh kelahirannya sama dengan ulang tahun cheGuBard... Alhamdunillah syukur hadiah ulangtahun yang paling bermakna....
terima kasih kepada ratusan email dan sms yang ucapan tahniah.... terima kasih kepada kawan - kawan bloggers yang siarkan dalam blog mereka (macam sha sha).....
p/s : tapi penyudahnya tiket tidak boleh tukar tarikh.....arghhhhhh tension - tension !

9 comments:

  1. Anonymous4:39 PM

    tahniah badrul...hebat tarikh lahir anak sama dengan tarikh lahir bapa.....

    aku cuma dengar apabila dpt fwd sms dari kawan2... erm tengok suarakeadilan.com pagi ini rupanya Nurul Izzah pun lahirkan anak 23 sept. tahniah juga pada dia dan suami...

    tapi pelik tiada pula ucapan tahniah pada Badrul.. takpelah mungkin Izzah lebih banyak jasanya kat parti ini dari badrul ...

    maaf badrul jika saya bangkitkan perkara ini...dan saya paham jika komen saya ini tidak disiarkan... saya cuma rasa dalam keadilan ni pun ada politiknya... orang yang lantang seperti kamu kurang tempat sebab ramai takut ... atau rasa kamu tidak setia kepada parti sebagai budak Ezam entahlah...

    saya tak hadir majlis perkahwinan kamu awal tahun ini tetapi saya cuba beli suara keadilan dua keluaran lepas itu untuk mungkin lihat gambar atau berita mengenai perkahwinan kamu juga tidak ada.... kamu antara pemimpin paling rajin turun kebawah dan menganalisis isu..walaupun berada di korea kamu masih antara pemimpin yang rajin mengulas dan mengupas isu...

    saya juga amat kagun melihat bagaimana pemuda di Negeri Sembilan terus bergerak dengan arahan - arahan dari jauh.....

    kenyataan kamu tersebar di lamanweb pro reform dan fwd email mahupun e group... beberapa akhbar tabloid politik juga menyiarkan berita kamu... buliten rakyat pernah saya baca kolum kamu tapi kahbar parti masih bersikap negatif kepada kamu... malah beberapa kenyataan kamu disiarkan dengan quote pemimpin lain pula dalam parti... malah ada kenyataan pemimpin lain yang tanpa segan silu salin kenyataan kamu dan menyiarkan semula sebagai idea mereka.....

    Harap benda ini dapat perhatian Tian Chua.... apapun tahniah badrul jangan pedulikan semua mereka ini teruskan berjuang !!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:59 PM

    Congrats Bard!!!! So thrilled to see both Era and the baby yesterday.. :) and the baby's pic here is sooo comels! She's got ur nose laa..aisyoo..hehe ehh nama baby che' nur zaima jahida bt badrul hisham...ishh boleh tak panjang lagi nama? haha :P nways, jahida tu ada skit bunyi cam shahida..so oklaaa...boleh geng ngan aunty sha..haha! :D

    ReplyDelete
  3. susahnye sape nak kawen dgn ima/ida..ermmm ape nak panggil ek???panjang betul nama...kalah 'kak'lyana...
    CONGRATS....kami tumpang happy sama...boleh kan...

    ReplyDelete
  4. Salam che'Gu Bard...Tahniah di atas kehadiran Puteri Reformasi yang seangkatan dengan cucu DSAI...Salam Reformasi! Salam Perjuangan..!!!

    p/s- Kalau nak order h/p nokia n99 bleh dak dan berapa RMnya bleh che'gu bagitau..k..TQ...:-)

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:56 PM

    Tahniah Bard.... aku suka panggilan Puteri Revolusi tu... aku setuju dengan komen yang di atas itu tapi ingat Bard itu bukan yang kita cari dlm berjuang nie... aku percaya kau bukan macam orang politik lain tu... kerana itu aku dokong hang....

    teruskan melawan biarkan provokasi itu dan fitnah pun yg melanda ...lawan !

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:36 AM

    Tahniah dari kami sekeluarga di To'kun...
    Tak dapat pi melawat org baru...

    iniejune

    ReplyDelete
  7. Dapat berita dari Zunar, kerana kelahiran your baby yang sama dengan cucu 'Datuk' DSAI. Alhamdalillah!

    Wah, dua-dua baby dan awak boleh jadikan your birthdays as Hari Revolusi :-D

    Tahniah buat kalian berdua!!!

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas ingatan ucapan dan doa....

    yeah 23 sept. revolution day ...yes...hehehehehehee

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:26 AM

    tahniah bard baby comel...hehehe hidung dia macam idung hang...

    semoga dia jadi Puteri Revolusi...

    ReplyDelete