Sunday, September 23, 2007

Kahwin muda tak ikut prosedur...

Amaran kepada semua Polis khususnya pegawai... jangan cuba - cuba kahwin muda dengan tidak ikut prosedur. Musa Hassan, Ketua Polis Negara dilaporkan media selepas Mesyuarat Keselamatan Negara yang dipengerusikan Abdulah Badawi mendedahkan kepada media 3 pegawai kanan PDRM diambil tindakan disiplin kerana berkahwin muda tanpa mengikut prosedur. Malah identiti mereka juga akan didedahkan kepada media.
Sebaliknya jika anda seorang peguam lebih lebih lagi jika mampu menjamin kepentingan dan keselamatan politik pemimpin parti pemerintah jangan khuatir anda digalakkan kahwin tanpa ikut prosedur dan biarkan kes itu terdedah ke pengetahuan umum. Kemungkinan besar selepas itu anda akan dilantik menjadi Hakim Kanan.
p/s : harap dapat memahami masej dari sindiran di atas.... saja bergurau dalam gundah menanti perkembangan dari Malaysia.

3 comments:

  1. tahniah fren.... dah jd ayah,bapa,papa,baba....

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:04 PM

    bahaya nie bard ...baru jadi bapa dah citer kahwin muder...

    anyway tahniah ! tahniah ! tahniah....

    bila nak balik..? harap dpt baby lagi kuat lawan ...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sdr Husaif (panji) atas ucapan tahniah saudara...

    :P bab cerita kahwin dua itu hanya usikan sindiran politik... takde niat apa ... harap paham masej sebalik ...

    salam

    ReplyDelete