Tuesday, September 11, 2007

AWAS : Jangan terperangkap !

Memantau perkembangan media arus perdana dan alternatif berkaitan isu 'Rusuhan Polis' di Batu Buruk, Terengganu pada 8 September 2007 lalu jelas amat membimbangkan. Apa yang dibimbangkan ialah pertukaran strategi politik dari menyerang kepada bertahan oleh kumpulan progresif termasuk parti 'alternatif' di Malaysia.
Ingin ditegaskan dari pemerhatian jelas bahawa 'rusuhan polis' yang terancang ini berlaku kerana penguasa mula tidak tahan dengan serangan demi serangan yang ditujukan kepada kegagalan dan amalan korupsi pemimpin kerajaan Umno BN yang semakin mendapat perhatian dan sokongan rakyat.
Maka untuk mengalihkan isu dengan segera khususnya apabila pilihanraya amat dekat maka 'rusuhan polis' tersebut dirancang untuk mengaitkan imej parti 'alternatif' dan kumpulan yang progresif dengan imej ganas. Maka dengan taktik ini Umno - Bn mengharapkan serangan (pendedahan penyelewengan) dapat dikurangkan kerana pemimpin parti - parti 'alternatif' akan disibukkan untuk menjawab tuduhan 'ganas' tersebut.
Program anjuran BERSIH yang dipilih untuk diserang juga bertujuan untuk mengalihkan perhatian terhadap momento mobilisasi perhimpunan 100,000 rakyat pada November ini yang bakal mendesak pilihanraya bebas, bersih dan adil.
Kepada semua aktivis progresif , khususnya peringkat pimpinan harus memberikan perhatian dalam perkara ini. Kebijaksanaan dalam menangani keadaan ini amat dituntut. Pemimpin - pemimpin pertubuhan yang progresif di negara jangan terperangkap dengan taktik Umno - Bn ini.
Perbagai lagi taktik jahat akan digunakan untuk mengubah posisi kita dari menyerang ke bertahan. Jangan terpedaya.....Teruskan berada di posisi menyerang, bukan bertahan.....

1 comment:

  1. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua

    ReplyDelete