Saturday, April 12, 2008

artikel Black 14 dipetik dari blog Zainul Faqar

[Rencana sejarah di bawah ini digarapkan oleh Penulis hasil penyelidikan perpustakaan dan temubual oleh salah seorang aktivis *B.L.A.C.K 14* (yang masih aktif sehingga kini) yang enggan namanya ditintakan dalam artikel ini. Bagi Penulis, persembahan rencana sejarah ini masih mentah dan memerlukan pembetulan dan penggarapan semula oleh aktivis-aktivis *B.L.A.C.K 14* sendiri. Justeru, Penulis dengan rasa rendah diri memohon jasa baik pihak berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab sejarah ini. Akan Penulis terima dan paparkan semula dalam blog ‘kecil’ ini segala pembetulan tersebut dari semasa ke semasa jika ada yang sudi membantu kerja-kerja merekod sejarah oleh Penulis. Penulis boleh dihubungi melalui zainulfaqar_yaacob@yahoo.com. Sekian. SELAMAT MERAIKAN *B.L.A.C.K 14* 2008!...]

———————————

chegubard.blogspot.com

Pre-instinct

BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.

BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!

Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen.

Rejim yang mebongsaikan demokrasi Malaysia!Mereka tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bagi mereka, keputusan tersebut bukan lagi hanya melibatkan kepentingan hak asasi diri DSAI; tetapi keputusan tersebut adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman dan kebobrokan (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan rejim UMNO/BN ke atas sistem keadilan dan demokrasi negara Malaysia.

Sebelum itu, bukan tidak ada kezaliman dilakukan oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional. Namun, kezaliman itu ketara dalam salah satu dari 3 Badan ‘kuasa’ sebagaimana dalam Doktrin Pengasingan Kuasa / Demokrasi di Malaysia – (1)Badan Pentadbiran / Eksekutif; (2)Badan Perundangan / Legislatif; dan (3)Badan Kehakiman / judiciary.

Berbeza dalam isu DSAI. Rakyat melihat isu kezaliman DSAI ini seolah-olah wujud suatu konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ tersebut secara sepadu dan zalim.

Mahkamah telah pun hilang kredibiliti bebas dan adilnya. Sebagai contoh, jatuhan hukuman pada 14 April 1999 sebagaimana di atas.

Dalam isu DSAI juga, Badan Pentadbiran / Eksukutif tidak lagi berfungsi secara bebas dan demokratik.

Kementerian, badan berkanun kerajaan, Universiti, BPR, Polis, media massa (milik Kerajaan), SUHAKAM dan pelbagai badan berkanun / sektor kerajaan yang lain tidak mampu menjadi agen semak dan imbang (check and balance) kepada Rejim (Tun) Dr. Mahathir Muhammad serta rejim UMNO/BN kerana telahpun terjebak dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.

Jika ada individu atau pihak tertentu tampil menentang kezaliman (Tun) Dr. Mahathir Mohammad atau gejala rasuah-kronisme-nepotisme, maka mereka ini tentu akan mendapat nasib yang tidak jauh berbeza dengan diri DSAI.

Sebagai contoh, Universiti Malaya bersikap diam diri dan tidak mahu menyambung kontrak akademia Prof. Chandra Muzaffar (pada bulan Februari 1999) disebabkan ahli akademia tersebut secara terbuka menyokong agenda R.E.F.O.R.M.A.S.I.

Prof. Chandra Muzaffar diakui berkeupayaan dalam arena akademia dan kebolehannya telah mengangkat nama Malaysia di persada nasional/antarabangsa sebelum itu; khususnya dalam pengajian ASIA dan Asia Tengah.

Beliau akhirnya menjadi mangsa kezaliman Universiti/(Tun) Dr. Mahathir Mohammad kerana menentang kezaliman ke atas DSAI sebenarnya pada waktu tersebut.

Contoh lain, adalah fitnah liwat DSAI dengan Shamsidar Taharin melalui pengakuan kontroversi dan surat terbuka Ummi Hafilda Ali kepada Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad melalui media arus perdana.

Semua media arus perdana yang (telah) dikuasai oleh Media Prima telah secara buas memanipulasi fitnah tersebut dan hilang kredibilitinya. Pendek kata, badan pentadbiran atau Legislatif telah pun dikuasai oleh kelompok zalim.

Dalam isu DSAI juga, Badan Perundangan atau Legistatif tidak mempunyai autonomi kuasa sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam negara-negara demokratik dan sivil.

Sebagai contoh, penahanan DSAI di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mampu dihalang melalui perintah kuasa Parlimen Malaysia.

Kondisi ini berlaku kerana ISA dikendalikan secara mutlak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan realiti ini melambangkan penyalahgunaan supreme power telah wujud dalam dua (2) Badan secara imuniti dan sepadu – Legislatif dan Eksekutif.

Tuntasnya, kezaliman ke atas DSAI tersebut melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ dan jatuhan hukuman oleh Mahkamah ke atas diri DSAI pada tanggal 14 April adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman di Malaysia.

Sejak hari malang tersebut, Rakyat mengambil keputusan menjadikan 14 April saban tahun sebagai perayaan rakyat. Tujuannya bukan sekadar mengingati peristiwa malang yang telah menimpai DSAI semata-mata.

Malah, perayaan rakyat tersebut dilaksanakan dengan penuh semangat dan berani demi menuntut keadilan hak dan sistem demokrasi kembali subur di bumi Malaysia sehingga hari ini. Perayaan tersebut disebut oleh mereka sebagai *B.L.A.C.K. 14*

Tragisnya Perayaan BLACK 14 Sebelum ini!

Saban tahun, aktivis-aktivis rakyat yang sedar, mengalami dan mengambil BLACK 14 tersebut senantiasa cuba meraikan perayaan tersebut.

Mereka ini bukan meraikan hari tersebut dengan gelak ketawa atau dihamparkan permaidani merah oleh Sang Penguasa – (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini diburu pada setiap inci perjalanan dan pergerakan mereka. Kediaman/premis peribadi mereka senantiasa diintai oleh Special Branch (SB).

Majikan mereka senantiasa diugut agar melucutkan jawatan aktivis-aktivis ini. Ibu bapa mereka lebih-lebih lagi lagi diuji dan terus diuji sejak menjelangnya perayaan BLACK 14 tahun 2000 di ibu negara.

Mahathir yang arahkan tangkap!Kezaliman yang didepani oleh para aktivis dalam meraikan BLACK 14 lebih ketara pada tahun 2001.

Beberapa hari sebelum perayaan BLACK 14 diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis REFORMASI dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.

Nama-nama aktivis tersebut adalah (1)Sdr. Tian Chua; (2)Sdr. Mohammad Ezam Mohd Nor; (3)Hj. Saari Sungib; (4)Sdr. N. Gobalakrishnan; (5)Sdr. Hishamuddin Rais; (6)Raja Petra Kamaruddin; (7)Sdr. Abdul Ghani Harun; (8)Dr. Badrul Amin Baharom; (9)Sdr. Lokman Adam; dan (10)Sdr. Badaruddin Ismail.

Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Sebenarnya tahanan tersebut demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.

Namun, BLACK 14 tetap diraikan dengan penuh berani dan aksi demi mengajak rakyat menentang kezaliman rejim (Tun) Dr. Mahathir Mohammed dan UMNO/BN berlangsung; serta menuntut agar Malaysia kembali dalam lunas demokrasi dan keadilan hak.

Aktivis rakyat telah membuat kenyataan media. Dan ada beberapa aktivis tersebut telah ditangkap dan dikasari oleh pihak Polis disebabkan partisipasi mereka dalam BLACK 14 hari tersebut.

Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah ‘BERSAMA MEMBEBASKAN 10 TAHANAN ISA’. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar (Gombak, Selangor).

Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Implikasinya, Diktator (Tun) Dr. Mahathir Muhammad teruk dicemuh oleh media, universiti, badan-badan hak asasi manusia dalam siri diplomatiknya di peringkat nasional/antarabangsa. Imej Malaysia merudum.

Akhirnya, beliau terpaksa membebaskan kesemua (10 orang) tahanan ISA tersebut.

Inisiatif tersebut bukan atas prikemanusiaan dan peduli sensitiviti rakyat, tetapi lebih pada melindungi kepentingan peribadi (kezaliman) semata-mata.

chegubard.blogspot.com

Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis BLACK 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Aksi BLACK 14 tersebut telah dipimpin sendiri oleh Sdr. CheguBard

Memang mereka tetap melancarkan perayaan tersebut di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Dalam aksi BLACK 14 tahun tersebut juga, mereka tetap berdepan dengan kegilaan Polis dan Special Branch (SB) sebagaimana yang didepani mereka sebelum ini.

Gerakan ini dalam waktu BLACK 14 2003Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.

Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat.

Tahun 2004, BLACK 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-11 (PRU11) yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Berbekalkan tema ‘DEMOKRASI YANG TELAH MATI’, komuniti aktivis BLACK 14 telah menggebling kesedaran rakyat. Aksi aktivis pada waktu tersebut turut menyaksikan kekasaran dan tangkapan oleh pihak Polis.

chegubard.blogspot.com

Lokasi perayaan BLACK 14 tahun tersebut di depan SUHAKAM. Namun, 2 tokoh politik nasional iaitu Sdr. Mustapha Ali (MT PAS) dan Rahman Othman (Timb. Presiden PKR pada ketika itu) telah membuat kenyataan media membatalkan perayaan tradisi tersebut.

Pertimbangan kedua-dua tokoh tersebut adalah mood dan emosi rakyat seharusnya lebih digembling ke arah isu kepincangan sistem demokrasi Malaysia pasca PRU11 lanjutan konspirasi UMNO/BN-SPR-JPN.

Komuniti anak muda dan mahasiswa rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan eksklusif kedua-dua tokoh tersebut kerana BLACK 14 ada sejarah keraiannya dan patut diraikan secara tradisi. Akhirnya, mereka tetap meraikan BLACK 14 tersebut di ibu negara.

DSAI masih tidak dibebaskan pada tahun 2005. Fenomena kegelitaan demokrasi Malaysia tersebut menyebabkan kesedaran untuk meraikan BLACK 14 tersebut semakin pudar. Tahun tersebut, bukan tidak ada keraian, namun keraian tersebut secara kecil-kecilan dan bukan lagi perayaan nasional sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Kondisi perasaan dan kesedaran rakyat berhubung BLACK 14 ini semakin pudar dan pudar; berlanjutan sehingga tahun 2006 dan 2007. Cukup memilukan!

MENGAPA BLACK 14 2008 kembali diraikan?

Tahun 2008 menyaksikan transisi semula emosi rakyat marhaen terhadap perayaan keramat BLACK 14 ini.

DSAI telah pun dibebaskan secara berperundangan dari terlibat dalam politik kepartian dan sebagainya. Malah tanggal 14 April 2008 tersebut adalah tarikh akhir pembebasan DSAI dari hukuman Mahkamah – dihalang berpartisipasi dalam politik nasional.

Selepas 14 April 2008, DSAI sudah boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. DSAI juga boleh memegang jawatan Presiden PKR atau Pengerusi Pakatan Rakyat secara konvensional selepas tarikh tersebut.

Persoalannya, mengapa BLACK 14 2008 masih diraikan? Masih relevankah keraian tersebut?

Menurut komuniti aktivis BLACK 14, perayaan kali ini dalam wajah yang cukup unik dan berbeza dengan tradisi sebelum ini.

Pertimbangan melancarkan perayaan ini, selain untuk countdown pembebasan politik DSAI; sebenarnya demi meraikan perjuangan, perubahan dan kemenangan rakyat pasca 8 Mac tahun ini.

Sebab itu, tema kali ini cukup progresif – ‘Dari BLACK 14 Ke Arah Kemenangan Rakyat!’.

Cita-cita aktivis BLACK 14 hanya satu, perayaan ini diharap dapat menyemarakkan dominasi Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah hampir-hampir menafikan 2/3 Parlimen dan menguasai 5 negeri agar membuat satu lagi memonten sebelum masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kelak.

Untuk melonjak momentom ini, Kampung Baru (di Kelab Sultan Sulaiman) telah dipilih. Kampung Baru dilih sebagai tempat perhimpunan raksasa ini kerana latar belakang sejarahnya yang tidak pernah sunyi dengan sejarah perjuangan anak bangsa Malaysia sebelum ini.

chegubard.blogspot.com

Kampung Baru pernah menyaksikan pra penubuhan PEKEMBAR (kini UMNO) demi menentang Malayan Union yang digagaskan oleh kolonial British.

Kampung Baru juga telah menyaksikan Tragedi Berdarah 13 Mei hasil konspirasi/propaganda kapitalis-kapitalis UMNO/BN tahun pada tahun 1969.

Ketika DSAI dipecat oleh Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, DSAI telah meniupkan gelombang F.E.F.O.R.M.A.S.I dan Kampung Baru adalah antara lokasi bersejarah yang telah menyaksikan peristiwa keramat tersebut.

Dan yang lebih penting, Kampung Baru juga adalah salah satu simbol himpitan kehidupan rakyat di tengah-tengah bangunan-bangunan mencakar langit milik kapitalis UMNO/BN dan sekutu-sekutunya.

BLACK 14 yang dilancarkan tidak lama lagi, bukanlah yang terakhir; tetapi penyuburan semula BLACK 14 sehingga Malaysia kembali demokratik dan rejim zalim terus ditumbangkan di Malaysia ini.

Jangan lupa tarikh keramat 14 April 2008 jam 8.45 malam. Kita bertemu dan beraksi di Kelab Sultan Sulaiman secara penuh sedar dan berani sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat demokrasi negara.

Ayuh berpesta B.L.A.C.K 14 ! ! ! ! -END

chegubard.blogspot.com

Friday, April 11, 2008

Sambutan Black 14 cuba digagalkan...

Makin ramai yang panik !!! 11.13 malam ketika membuka email badrul_angkatanmuda@yahoo.com kelihatan singgah email dari seorang yang menggunakan nickname 'kadet pencen' dia telah 'foward' email yang beliau perolehi dari yahoogroup [dunia-politik]. Email dari lonelyladies <lonelyladies@yahoo.com> menyatakan kononya

Berita terbaru, Perhimpunan Black 14 akan ditangguhkan sehingga diberitahu kerana Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual yang padat sepanjang minggu depan. Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK) tarikh baru bagi perhimpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian. Bagi pihak Dato Seri Anwar, beliau memohon maaf diatas kelewatan memaklumkan penangguhan perhimpunan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali. Setiap maklumat terkini akan diumukan secepat mungkin bagi merialisasikan Perhimpunan Black14 ini.

itu adalah antara usaha 'sengal' mereka - mereka yang dalam ketakutan.

Himpunan Rakyat telah dirancang secara teliti dan baik sekali. Petang tadi mesyuarat jawatankuasa penganjur telah berlansung di Kelab Sultan Sulaiman sendiri dengan dipengerusikan oleh YB Azmin Ali, dihadiri Dato' Salehuddin Hashim (Timbalan Pengarah Program merangkap S/U Agong keADILan), Tenku Maraziyah (bendahari keADILan), Kak Ann (Naib Wanita Pusat),wakil AMK Pusat, wakil AMK W.Persekutuan, wakil AMK Selangor, Zaki Yamani (Setiausaha AMK) dan beberapa teman aktivis reformasi, wakil kelab sendiri selain cheGuBard sendiri.

Banyak diperbincangkan secara serius. Harap semua berjalan licin dan meriah.

Parti juga telah mewajibkan semua ahli parlimen dan ADUN serta pimpinan pusat keADILan untuk hadir malam tersebut. Selain Anwar dan Kak Wan yang pasti hadir, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang juga telah mengesahkan kehadiran.

Arahan kepada peniaga, tempat perniagaan tersedia adalah amat terhad.... sila berhubung dengan penganjur untuk memastikan tempat.

Himpunan sambutan rakyat meraikan pembebasan dan kembalinya Anwar Ibrahim ke persada politik secara sah tanpa sekatan undang undang amat dinantikan. Perhimpunan akan diteruskan seperti yang telah diumumkan, sebarang usaha pengumuman batal ialah usaha jahat yang cuba mensabotaj

Kepada yang datang secara berkumpulan digalakkan membawa banner masej pertubuhan dan kumpulan saudara meraikan peristiwa bersejarah tersebut.

Bagaimana nak pergi ke Kelab Sultan Sulaiman

Ramai yang telefon, sms atau email cheGuBard untuk tahu bagaimana nak ke tapak program 14 April ini. Di atas ialah peta Kelab Sultan Sulaiman. sila klik peta untuk imej lebih jelas.

Walaubagaimanapun untuk mengelakan kesesakan, rakyat diminta menggunakan pengangkutan awam malam tersebut. Bagi pengguna LRT boleh menggunakan stesen Kampung Baru dan berjalan ke arah 'Nasi Lemak Antarabangsa', sebelum melintasi jalan untuk ke KSS. Jarak berjalan kaki kira kira 250 meter.

Bagi pengguna Monorel sila gunakan stesen Jalan Sultan Ismail (berhampiran Concorde Hotel) berjalan ke arah Kg. Baru - Hotel Renaissance. Jarak berjalan kaki kira 350 meter.

Dari Negeri Sembilan disediakan bas (oleh keADILan Rembau) dengan tambang berpatutan sila hubungi 0123696474 NorAzizi Aziz. Untuk bahagian lain sila berhubung keADILan bahagian tersebut.

Penganjur juga meminta maaf kepada semua peniaga kerana tidak akan ada peniaga yang dibenarkan berniaga di dalam kawasan KSS.

Poster design by AIC





Bara Black14 2008 makin terasa, AIC juga turut design beberapa poster yang cheGuBard nak kongsi sama di sini kerana kelihatan 'cool'..... disamping poster yang jawatankuasa penganjur keluar poster ini juga boleh dicetak dan edar.... himpunan di negeri - negeri sedang dirancang tetapi ayuh penuhkan padang Kampung Baru dulu...

Tuesday, April 08, 2008

cetak dan edar !!!


atas ialah dua logo Black 14 yang che'GuBard pernah 'kepalai' dalam keadaan tekanan luar dan dalam.......dan dibawah sebuah perhimpunan Black 14 dalam suasana amat berbeza....bakal berlangsung....... sertainya !!! Kita pernah melakukanya dahulu tetapi kenapa tidak kini kita lakukan sekali lagi Perhimpunan Perdana Rakyat dengan lebih bersemangat dalam pesta rakyat ...kearah menjana kemenangan Rakyat..... Tujuan :
  • Mengenang peristiwa 14 Aprill (Black 14) dan semua yang berkorban / terkorban bermula dari peristiwa itu sehingga kearah kemenangan rakyat.
  • Memacu semangat kebangkitan rakyat dengan memberi penekanan tarikh DSAI memasuki arus perdana politik (15 April 2008)
  • Majlis meraikan rakyat dan ucapan perdana DSAI selepas PRU12.
  • Majlis meraikan ulangtahun penubuhan Parti keADILan Rakyat

PRU 12 telah berlalu..operasi balas dendam bermula !!!

PRU 12 telah berlalu, semenjak semua maklum mengenai keputusan di P131 Rembau 'dia' seperti senyap dan beku. Banyak cerita yang sampai ke telinga antaranya dia baru tersedar majoriti pimpinan BN melihat sinis kepadanya kerana dia antara punca pencapaian buruk BN kali ini. Malah di NS pun takakan gugur sampai 15 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen jika bukan dia bertanding di NS.

Ingatkan dia sudah berubah ternyata tidak. Berdasarkan makluman teman dalam Pemuda Umno dia sudah mula bergerak melobi malah merancang jika dia tidak pergi ke jawatan no. 1 pemuda, seharusnya jawatan itu ditandingi proksi dia.

Menurut satu makluman Azlan Zainal, presiden penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), memberitahu seorang pegawai polis berpangkat asisten supritenden datang bertemunya di kampus universiti itu minggu lalu. Pegawai polis yang memperkenalkan diri dari IPK Negeri Sembilan menghabiskan masa dua jam lebih menyoal siasat Azlan kerana penglibatanya dalam PRU ke 12 di Rembau.

Malah seorang teman mahasiswa Meor Isfandi Meor Azizan telah digantung pengajian dan seorang teman dari UIA akan dipanggil mengadap jawatankuasa Disiplin.

Saya juga telah dihubungi oleh anggota polis berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap saya sepanjang pilihanraya. Nampaknya operasi balas dendam telah bermula. Dia telah luka parah hampir lumpuh dikerjakan jentera rakyat. Kini dia hendak balas dendam.

cheGuBard secara peribadi tidak akan berganjak dan akan bertanggungjawab dengan semua kenyataan sepanjang kempen. Malah akan terus mengulangi kenyataan tersebut, 27 April ini pula sedang dirancang untuk melancarkan sebuah buku yang diberi tajuk Khabar Dari Rembau yang hampir siap. Buku ini akan merakamkan segala pendedahan yang dibuat semasa PRU 12 di Rembau.

Jika dia tidak berpuas hati jangan perkuda jentera kerajaan .... ayuh berdebat di pentas terbuka cabaran cheGubard masih belum berani disahut.

Mengulas kenyataan Abdullah mengenai Umno kalah kerana disabotaj dari dalam. Ya cheGuBard sokong dan setuju kenyataan itu.... saya bersedia mendedahkan .... saya bertanding di P131 Rembau... memang betul Umno disabotaj dari dalam dan kerana itu DUN Paroi kalah dan P131 juga kalah jika tidak melibatkan penipuan.

cheGuBard tahu sapa orang - orangnya...

Sunday, April 06, 2008

Black 14 2008

Perhimpunan Rakyat "countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat"

Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalamlack 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut akan diadakan.

http://chegubard.blogspot.com

Saturday, April 05, 2008

Amir masuk hospital

Pagi ini che'GuBard mendapat sms dari Azizi "Amir masuk hospital...Hospital Tuanku Jaafar, Seremban wad 3A"

Kenapa....cuba hubungi tetapi gagal...akan ke hospital juga petang ini...Amir ialah watak dibelakang kemenangan DUN Bandar Port Dickson dan Parlimen Teluk Kemang. Lanjut sila hubungi Azizi 0123696474

update 6.30 petang - Amir baru sedarkan diri setelah menjalani pembedahan perut.

Doa' semuanya selamat

sekadar ingatan "Melayu mudah lupa..."

Post hari ini ialah agar Melayu tidak mudah lupa. Betul kata Tun tu dan untuk membantu Tun dalam usaha murni ini saya akan dari masa ke semasa bila terdapat bahan, meng'refresh'kan minda orang Melayu dan juga minda orang Malaysia yang lain supaya mereka tidak mudah lupa. Teknik over-learning didapati berkesan kepada orang-orang yang mudah lupa. Sama lah seperti bila orang memberi no talipon mereka. kalau kita ingat saja tanpa menggunakannya, kemungkinan besar kita akan melupakannya.

Petikan untuk ruangan Supaya Anda Tidak Mudah Lupa ini saya ambil dari blog Din Merican. Petikkan ini adalah dari rekod mahkamah semasa kes DSAI dulu. Mengapa saya buat ini? Supaya kita tidak mudah lupa. Ini bukan skrip biasa saya.

Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada

Peguam: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).

Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, “beraninya anda menyerbu pejabat pegawai kanan saya?” Saya terperanjat dan menjawab “ia dibuat berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat.”

Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau (Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.

Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa besar mengenakan orang lain.

Beliau bertanya saya “apakah Anwar menyuruh anda menggeledah pejabat itu?” Saya jawab “tidak”.

Peguam: Bagaimana nada perdana menteri apabila beliau bertanyakan sama ada Anwar menyuruh anda menggeledah? Apakah nadanya marah atau perbualan biasa?
Saksi: Nadanya seperti menuduh (saya).

Peguam: Selepas anda dimarahi perdana menteri, apakah anda memberitahu kejadian itu kepada sesiapa?
Saksi: Saya maklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara.

Peguam: Apakah reaksi anda apabila dimarahi perdana menteri dan menyuruh anda menutup kes itu terhadap ketua pengarah EPU?
Saksi: Saya sangat kecewa dan apabila tiba di rumah, saya beritahu isteri bahawa saya mahu meletakkan jawatan.

Tetapi kerana saya ada tempoh dua atau tiga bulan lagi - isteri saya memujuk agar tidak meletakkan jawatan.

Peguam: Kenapa anda rasa begitu kecewa dan mengambil keputusan untuk letak jawatan?
Saksi: Dalam sejarah kerjaya saya dengan kerajaan, inilah kali pertama ketua saya menuduh saya cuba mengenakan seseorang dan juga kecewa dengan cara perdana menteri campur tangan dalam bidang tugas saya.

Friday, April 04, 2008

Ketua Pemuda Umno dihalau kerana sebut Anwar depan Tun M...

Ketua Pemuda dari cawangan Parit 8, Sekinchan telah mencadangkan pelawaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dimasukkan semula pada barisan pemimpin Umno pada forum Pasca Pilihanraya Umum ke12 kelolaan MYKMU.Net. Akibat dari cadangan tersebut telah menyebabkan kemarahan dari penyokong-penyokong Umno. Ketua pemuda tersebut telah diarahkan keluar dari dewan....




Thursday, April 03, 2008

5 email dengan tajuk yang sama : Khairy Kahwini Cucu Lee Kuan Yew?

Ramai pengunjung blog ini agak kurang puas membaca posting saya mengenai Azalina Othman Said yang saya tulis secara lambang-lambang dan kenen-kenen sahaja.

Sebenarnya, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang 27 Mac 2007, salah satu kisah yang disorot adalah mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu.

Azalina dikatakan turut bersuara mengenai perkara ini. Blog ini difahamkan, antara perkataan Azalina yang melekat di benak beberapa ahli MT adalah kisah sesetengah raja kononnya hanya tau “naik kuda turun kuda” sahaja. Kalau nak tau kisah selanjutnya, tanyalah pada Azalina sendiri.

Bagaimanapun, berikut ini adalah satu komen kiriman Azam yang baru saya terima sebentar tadi. Kisah ini mengenai Khairy Jamaluddin, sahabat baik Azalina. Komen sepenuhnya adalah seperti berikut:

Lama sudah saya tak muncul di ruang maya. Saya kecewa dengan tindakan Abdullah Badawi yang tak sensitif kepada tuntutan rakyat supaya dia letak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu saya malas nak bersuara lagi pasal Abdullah.

Ini satu berita pasal menantu Abdullah. Saya nak sahabat-sahabat lain tolong pastikan kebenarannya. Saya dapat info Khairy Jamaluddin dah mengahwini cucu Lee Kuan Yew di Singapura. Adakah ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar kisah ini?

Saya suarakan ura-ura di sini kerna kalau betul Khairy kahwin dengan cucu LKY, ini mengesahkan hubungan intim dia dengan Singapura selama ini. Saya rasa ini bahaya bagi kita.

Saya juga diberitahu seorang rakan di Kuala Lumpur, Khairy akan menikahi akres genit yang selama ini digosipkan ada hubungan intim dengan Ahli Parlimen Rembau ini. Kata kawan saya, seorang pereka fesyen di KLCC dengan bangganya memberitahu banyak pihak yang dia sedang menyiapkan beberapa pasang baju perkahwinan aktres itu yang berharga berpuluh ribu. Sekali lagi, ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar khabar ini?

Saya minta pengunjung kuda-kepang bantu saya dapatkan kepastian kedua-dua ura-ura di atas. Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia. - AZAM, 10:39 PM

Saya seperti Azam. Saya tak pasti sama ada kisah Khairy ini benar atau sebaliknya.

setelah diselidiki sumber email ialah : blog Ruhanie Ahmad

Komen 1 : begitu banyak komen terhadap posting koleksi gambar Abdullah dan keluarganya..... untuk melihat koleksi gambar lagi sila ke http://kickdefella.wordpress.com/

Komen 2 : Mengenai perkembangan Persatuan Bolasepak Selangor, mungkin ini tiba masanya Kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan contoh membebaskan badan sukan dari pengaruh politik. Kepimpinan FAS perlu diserahkan kepada orang bola itu sendiri. Selangor banyak tokoh sukan yang berkelulusan dan layak. Namun tahniah atas pencapaian pasukan Selangor nampaknya harapan orang BN letak jawatan untuk tengok prestasi bola Selangor menjunam gagal....

Komen 3 : Banyak email yang diterima mengatakan bahawa strategi menyerang keluarga Abdullah ialah salah kerana jika Abdullah jatuh maka Najib yang lebih 'zalim' akan naik dan negara akan lebih cepat hancur. Jawapan che'GuBard mungkin seiring dengan tulisan Nash Malaysiakini, kalau Dollah lemah Najib lagi lemah.

Komen 4 : Jangan keliru komen diatas ialah datang dari 5 email dari penghantar yang berbeza tetapi mempunyai tajuk yang sama...saya siarkan semula untuk menjemput komen pembaca... pendirian saya jelas !!! serangan saya jelas !!! bukan isu peribadi tetapi usaha mempergunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.

Baru baru ini heboh sms yang 'menuduh' bekas Ketua Menteri Pulau Pinang terlibat menjual tanah rakyat kepada Khairy. Khoo Tsu Koon dalam kenyataanya yang tersiar dalam Utusan 3 April menafikan penglibatan beliau dalam menjual tanah kepada Khairy, tetapi tidak pula menafikan tanah yang dinyatakan telah dijual kepada Khairy.

Dalam Utusan Tsu Koon dilaporkan berkata '
"Tanah yang didakwa dijual kepada Khairy di kawasan Padang Tembak adalah di bawah hak milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)....."

Tanya sama pokok apa sebab goyang...???

Tahniah kelahiran BARISAN RAKYAT !!!

KENYATAAN PIMPINAN PARTI PKR, DAP dan PAS

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tuesday, March 25, 2008

Sultan Umno...


Dia inilah Patrick Badawi. Utusan menantu keramat ke Terengganu. Semua juak Umno di Terengganu fahamilah kamu bukan pertahankan Idris tetapi pertahankan utusan keluarga Abdullah, Patrik Badawi.

Daulat Tuanku!

Gambar menunjukkan- Ferrari Man ‘angkat sembah’ kepada Patrick Badawi.Istana mahukan Menteri Besar untuk Rakyat Terengganu bukan 'yes man' kepada utusan Dinasti Keluarga Abdullah. Idris telah menyerahkan RM1.2 bil kepada Patrik Badawi. Benarkah Umno sanggup membuat apa sahaja asalkan pertahankan Abdullah, menantu dan anaknya ?
ikuti lah gambar seterusnya........gambar di atas semasa Jazz Festival di kediaman Imam Hadhari diteliti betul selain Tiara dan suaminya Afendi...juga kelihatan berbaju merah Chau Soi Lek....

banyak koleksi gambar lagi akan diupdate esok.... sila cetak dan edar...

Apa dia WPI ? Isu MB Terengganu, tolak Idris atau tolak Abdullah ? Kenyataan Prowaris mengenai Perak disiar tetapi kenapa


cheGuBard dengan ini menjemput semua pembaca mengikuti sebuah weblog yang dibina oleh seorang teman yang menerangkan mengenai WPI. Jemput layari http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/

Tahniah, nampaknya semakin ramai rakyat yang mempergunakan ruang siber ini untuk mempraktikan hak demokrasi mereka. Cuma mungkin khalayak yang terhad menjadi masalah. Jesteru itu diseru semua pembaca agar sentiasa ringan tangan untuk mencetak dan menyebarkan bahan - bahan yang difikirkan berguna.

Dalam posting ini juga cheGuBard ingin menyentuh mengenai perkembangan terkini.

Pertama mengenai penolakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Istana walaupun Idris mendapat watikah lantikan dari Abdullah Hj. Ahmad. Perkara ini bukan pertama berlaku selepas PRU 12. Shahidan Kasim contohnya telah ditolak oleh Istana Perlis walaupun mendapat watikah Abdullah dan kini berlaku sekali lagi di Terengganu. Apakah ia sekadar penolakan tokoh negeri itu atau pun Istana sudah muak dan menyampah dengan Abdullah yang terlalu lemah dan dipergunakan oleh menantu dan anaknya ?

Apa dosa Idris Jusoh ? Selain dari dosa rasuah, korupsi di Terengganu Idris berkongsi dosa seketegori dengan Mohamad Hassan (N.Sembilan). Ramai bertanya cheGuBard kenapa 'pembangkang' mampu memenangi 15 kerusi di Negeri Sembilan dalam keadaan yang tak tersangka. Jawapanya selain dari gelombang Anwar yang didokong rakyat, selain dari menyampah dengan korupsi Mohamad Hassan dan adik beradiknya yang menguasai pemerintahan negeri...dosa paling besar Mohamad sehingga kehilangan 15 kerusi ialah membawa menantu keramat bertanding di Negeri Sembilan. Ini menjadikan PRU NS menjadi tumpuan, bahan dan semangat anti Abdullah / Khairy yang ditembak ke Rembau telah membuak keluar ke Teluk Kemang, Seremban, Rasah dan kawasan sekitar.

Dosa Idris paling besar ialah untuk memastikan kononya terus berkuasa maka ia telah memilih untuk berpayung dibawah payung menantu tunggal PM. Hampir 1/2 kekayayaan Terengganu telah di serahkan kepada utusan menantu keramat iaitu Patrik Badawi. Dari Monsoon cup hinggalah ke Masjid Kristal. Malah dari cakap cakap kedai kopi Idris juga begitu yakin kekal berkuasa kerana Istana mula mengemari dia khususnya selepas utusan menantu keramat telah berjaya menambat hati istana dengan pembinaan padang polo contohnya.

Tindakan Istana kali ini juga penting untuk menghentikan cakap cakap fitnah kedap kopi yang mengatakan padang polo di tengah Terengganu itu adalah salah satu lambang bagaimana raja Melayu boleh dibeli. Ketegasan Istana kali ini dipuji.

Namun menyentuh perkembangan yang sama cheGuBard berpendapat suara majoriti perlu dihormati tanpa mendiskriminasi minoriti dalam sistem demokrasi ini. Walaubagaimanapun semua pihak khususnya Istana yang menjadi lambang kedaulatan boleh meenggunakan kuasa yang ada jika ada sebarang lantikan yang bakal memusnahkan negeri dan bakal memparahkan masalah umum. Namun dalam dunia demokrasi moden ini, Istana juga perlu ada tanggungjawab umum, maknanya Istana juga perlu menjelaskan justifikasi tindakan yang diambil (menolak Idris) agar dapat difahami rakyat, mententeramkan keadaan.

Sehubungan dengan itu juga tindakan serta kenyataan Abdullah, Adnan Mansor (Setiausaha Umno Baru) dan Umno Terengganu adalah amat tidak baik. Ia memberikan contoh bertentangan dengan Rukun Negara prinsip kedua Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kenyataan Abdullah dan sekutunya telah mengaspirasikan penyokong Idris sehingga menghina institusi Raja Melayu. (lihat pic atas yang memmaksud kami hendakan Idris, Binatang!!)

Tindakan memecat secara terbuka Adun Kijal, Dato' Ahmad Said dari BN selepas mendapat watikah Istana sebagai MB ternyata menderhaka dan menghina. Semua dilakukan kerana semata mata mempertahankan seorang Menteri Besar yang berpayung di bawah naungan menantu keramat.

Kepada NGO melayu yang bersungguh - sungguh mempertahankan Institusi Raja Melayu yang telah membuat demonstrasi di Perak mungkin perlu dijemput ke Terengganu atau Putrajaya. (itupun jika mereka benar mahu mempertahankan Institusi Raja Melayu bukan kerana dibayar oleh kroni Umno yang ketakutan hilang kuasa).

Media juga dalam hal ini perlu belajar bersikap lebih adil dalam melaporkan. (Ingat antara punca kekalahan Bn tempoh hari ialah kerana rakyat bosan dengan penipuan media Bn). Kenapa contohnya ketika Prowaris, memberikan komen terhadap kuota exco Perak, diberikan liputan oleh media. Kenyataan penuh Nonee Ashirin Radzi,AJK Prowaris mengenainya disiarkan oleh Buliten Utama. Malangnya kenapa tidak disiarkan kenyataan Prowaris mendesak Abdullah letak jawatan ?

Jika Abdullah bijak apa salahnya mengetuk pintu Istana dalam malam yang gelap mengadap raja.

Katakan " Ampun tuanku jika hamba ada salah silap...hamba akan akur dengan teguran jika ada...mohon janganlah diperbesarkan lagi kemaluan hamba terimalah sembah lantikan Idris..."

Tindakan bijak ini mungkin akan menyelamatkan maruah dan keadaan....tetapi ini tidak berlaku.... atau adakah keadaan ini sengaja dicipta untuk mewujudkan keadaan seolah tegang dan memberi ruang kepada MAGERAN 2008 ?

Awas Umno kini kian tidak waras.... seperti kata Muhd Taib selepas majlis serah tugas di Kementerian barunya yang mengatakan Pemilihan Umno harus tangguh kerana untuk elak malapetaka politik (umno) kerana kini semua (pemimpin Umno) tidak boleh fikir dengan waras...klik untuk ke Malaysiakini

Tetapi banyak yang sokong terus tanding..termasuk teman saya Tok Mat....ikuti laporan dipetik dari Agendadaily.

MB Negeri Sembilan tak setuju tangguh

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini hendaklah diteruskan. Beliau yang juuga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, UMNO perlu berfikiran rasional dalam perkara tersebut. "Ini adalah pandangan peribadi saya. Bagi saya, kita jangan lari daripada masalah... kita kena hadapinya... kita tangguh sampai bila pun, masalahnya akan ada juga,” katanya kepada pemberita di Seremban, hari Rabu. “Pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini memberi pengajaran yang amat mahal. Oleh itu, kalau orang UMNO sayangkan UMNO tidak payah kita tangguhkan pemilihan parti ini. Kalau agenda peribadi mengatasi perjuangan, tangguhkan sampai bila pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

Tarik Abdullah keluar dari Pulau Pinang bukan projek mega

Setiausaha badan perhubungan UMNO Pulau Pinang yang 'berjaya' mempertahankan kerusi DUN Penaga (dalam kawasan undi Parlimen Kepala Batas), Datuk Azhar Ibrahim meminta kerajaan persekutuan supaya membatalkan semua projek mega yang dirancang untuk Pulau Pinang termasuk jambatan kedua, monorel, jalan lingkaran luar Pulau Pinang (PORR) serta perkhidmatan pengangkutan Rapid Penang.

Alasan bodoh yang diberikan oleh Azhar ialah rakyat Pulau Pinang telah menolak kerajaan BN dan memilih pentadbiran baru yang diketuai oleh DAP. Oleh itu rakyat Pulau Pinang menolak pembangunan. Satu hujah yang boleh dikatakan balas dendam walaupun dinafikan oleh Azhar. Azhar tidak faham erti demokrasi, mungkin baginya Umno parti keramat yang tidak boleh ditewaskan.

Yang melucukan ialah Azhar meminta Rapid Penang* dibatalkan sedangkan perkhidmatan itu telahpun dilaksana dan berjalan lancar. Saya tidak faham dimana letaknya kewarasan dan kebijaksanaan Azhar apabila membuat gesaan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Azhar bagi pihak UMNO Pulau Pinang tidak lain daripada perumpaan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Inilah mentaliti dunia ketiga yang dimiliki oleh seorang pemimpin yang hidup dalam persekitaran kelas satu.

Jangan persalahkan rakyat kerana menolak BN dan UMNO. Cerminkan diri sebelum membuat tuduhan dan desakan. Rakyat hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab. Inilah kuasa yang ada di tangan rakyat dan kuasa pemerintahan bukan hak milik kekal BN.

Jika diteliti keputusan PRU 12 yang terjadi selain dari faktor Anwar Ibrahim, faktor tekanan hidup...dan faktor yang penting juga ialah faktor rakyat menolak pemimpin Umno & Bn yang sombong dan rasuah khususnya di Pulau Pinang rakyat menolak kepimpinan Abdullah yang lemah dan dikuasai menantu dan anak yang tamak. Maknanya rakyat tidak menolak projek mega tetapi menolak Abdullah. Maknanya yang perlu 'dicabut' keluar dari Pulau Pinang bukan projek tetapi Abdullah. Mungkin boleh dihantar ke Kg. Gadong, Rembau..kerana disitu 'dikatakan' kampung Umno paling kuat di dunia.

Menyentuh
Noh Omar dalam Akhbar Sinar 23hb Mac 2008 - Dalam komen beliau mengenai Ku Li, beliau menyebut Ku Li kena terlebih dahulu menumpukan perhatiannya pada Kelantan sebelum ingin bertanding sebagai Presiden. Satu komen yang agak melucukan, kerana sepatutunya komen seperti itu boleh di tujukan kepada Pak Lah. Dalam konteks yang serupa kenapa Noh Omar tidak mempersoalkan Pak Lah dan meminta beliau menyelesaikan Pulau Pinang sebelum mahu mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri? Bukankah nada itu serupa. Kalau Noh Omar boleh minta Ku Li selesaikan Kelantan kenapa tidak meminta Pak Lah selesaikan Pulau Pinang. Agak janggal Perdana Menteri asal dari negeri yang dikuasi pembangkang

*Rapid penang ialah projek yang dibuat hasil dari projek mempertingkatkan pengangkutan awam. Wang projek rapid ini ialah dari RM3bil. yang diambil dari wang rakyat sehingga menyebabkan harga minyak naik 30sen, hasil dari projek Rapid ini scomi (syarikat anak Abdullah) telah mendapat keuntungan besar.

Zaid : mohon maaf krisis kehakiman 1988 dan lepas ini kes AlTantuya

Zaid Ibrahim, seorang peguam yang kontroversi yang kini menjawat jawatan 'de facto Law Minister' tidak membuang banyak masa dalam memenuhi 'misi' lantikanya. Pertamanya dia telah mengumumkan mengenai betapa Kerajaan perlu meminta maaf kepada mangsa yang dizalimi kerana krisis kehakiman 1998.

cheGuBard menyambut baik kenyataan / cadangan Zaid ini cuma persoalanya bagaimana perkara ini ditangani...?

Krisis kehakiman ini bukan sahaja memangsakan individu seperti Tun Salleh Abbas tetapi turut memangsakan seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Kesalahan juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas seorang individu sahaja ia juga perlu dikaji sebagai kesalahan dan kelemahan sistem. Umno sendiri secara insitusi dan mereka yang mendokong kezaliman mencabul institusi kehakiman perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Zaid Ibrahim selaku peguam muda yang begitu lantang dalam penghapusan hak Melayu dan Agama Islam juga perlu bertanggungjawab, kerana dia juga sebahagian dari institusi Umno (baru) yang beliau pertahankan. Beliau menjadi kaya raya kerana menduduki banyak sumber kekakayan selaku proksi Umno (baru) tidak boleh hanya dengan mendesak kerajaan memohon maaf dan menyimpulkan Tun Mahathir Mohamad seorang sahaja bersalah.

Jika hanya ini yang berlaku maka ia pasti mengesahkan cakap cakap kedai kopi yang menyatakan keanggotaan Zaib Ibrahim dalam Kabinet (ala kabinet dapur Abdullah) hanya untuk melengkapkan misi pengukuhan kuasa Abdullah. Dan mungkin selepas ini selepas menyenyapkan Tun Mahathir Zaid akan merungkai kes Altantuya pula untuk memastikan Abdullah dan tingkat 4 tidak tersentuh.

p/s : jika Zaid benar jujur kenapa tidak disentuh juga bagaimana 1998, seluruh jentera kerajaan termasuk kehakiman diperkuda untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Kedua harap bukan sekadar mohon maaf tetapi hukum mereka terlibat, kembalikan penghakiman yang tergantung dan kembalikan semula hak Tun Salleh Abbas yang dirampas kerana peristiwa tersebut.

Thursday, March 20, 2008

DAP cadang DEB ditukar AEM...Gerakan cadang UMNO bubar...?

http://amkns.blogspot.com/2008/03/dap-komen-deb-je-tapi-gerakan-cadang.html

http://www.malaysiakini.com/news/80158

Update seminggu...kenduri, lawatan kerja ke P.Pinang, DEB, ulasan pengumuman kabinet...

18 Mac lepas selepas sesi Penerangan Perdana bersama YB Fairuz, Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang di Teluk Kumbar, cheGuBard didekati oleh sekumpulan anak muda yang datang dan mahu bergambar bersama. Mereka mengatakan pembaca setia blog ini, tetapi mereka sering kecewa kerana blog ini kadang kadang kelihatan 'terlalu' lembab untuk update..... mereka mengatakan tak semestinya update panjang - panjang...pendek ringkas dan padat..janji ada maklumat baru...

Ha ha..cheGuBard disekolahkan oleh mereka... dan kini cuba akur...update !! ok update...disiplin... hahaha..

15 Mac lepas, Bilik Gerakan Utama PRU 12 keADILan Rembau telah mengadakan Majlis Kenduri Rakyat menghargai petugas parti dan penduduk setempat kerana sumbangan sepanjang PRU 12. Kehadiran luar jangkaan makanan disediakan untuk 2,000 orang. Sesi makan bermula 8.15 malam namun kira kira 9.30 malam makanan habis. Nasib baik tindakan Abang Din dan Kak Maznah serta kawan - kawan yang menjadi tulang belakang kenduri ini bertindak pantas mengoreng mee hoon...itupun masih ada yang tidak dapat makan malam itu. Saya mohon maaf...

Malam tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran YB Tian Chua (Parlimen Batu), Ketua Penerangan keADILan, Ybhg. Tn. Syed Shahir, Presiden MTUC, Datuk Kamarul Baharin (Parlimen Teluk Kemang), Pengerusi Perhubungan keADILan NS, YB Taufek A.Ghani (PAS- Dun Paroi), Ketua DPPNS, YB. Chai Tong Chai (Dun Chuah), Pn. Aishah Lamshah (calon Rantau) dan kemunculan khas Sdr. Hishamudin Rais yang turut berucap malam tersebut.

Malam itu juga di umumkan perancangan untuk menubuhkan Tabung Amanah Rakyat Rembau iaitu sebuah tabung amanah yang bakal menguruskan dana untuk pengurusan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rembau, bantuan keluarga miskin dan cacat serta bantuan kepada pelajar anak Rembau. Untuk permulaan cheGuBard sendiri telah memasukan RM 3,000 untuk tabung tersebut. Malam tersebut 5 orang keluarga miskin dari mendapat bantuan dan 6 orang pelajar anak Rembau cemerlang SPM 2007 telah mendapat sumbangan inisiatif sebagai menghargai usaha dan pencapaian baik mereka.

Saya mengakhirkan pertemuan Kenduri Rakyat malam itu dengan ucapan kira - kira 25 minit. Sebagai ulasan mengenai keputusan pilihanraya saya mengatakan dalam hati Khairy, dia tahu dia kalah. Saya mendedahkan bagaimana gangster, penggunaan jentera kerajaan, SPR yang tidak adil...dan tong terakhir yang masuk sekitar 10.30 malam ke Pusat Penjumlahan. Saya berterima kasih atas sokongan dan dokongan yang diberikan. Rembau yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno 'totok' hanya tinggal kenangan. Kehadiran menantu PM dan semangat angin Reformasi telah menukar Rembau sebagai medan rakyat. Jika tanpa penipuan dan wang yang banyak sudah pasti Menantu bakal tersungkur di Rembau. Berpuluh Laporan polis yang dibuat sepanjang pilihanraya sudah dikumpulkan dan laporan penuh diserahkan oleh Pengarah Pilihanraya Rembau, Sdr. Azizi kepada pasukan peguam. InsyaAllah hari ini atau esok pasukan peguam akan membuat keputusan mengenai bantahan pilihanraya.

Saya sendiri akan menghantar bantahan rasmi kepada SPR kerana bukan sahaja gagal memastikan PRU yang adil di Rembau tetapi lebih memainkan peranan sebagai pemasti kemenangan menantu PM. Apapun keputusanya saya mengumumkan saya akan terus berada di Rembau dan saya akan pastikan Barisan Rakyat (keADILan) akan menguat di Rembau. Khidmat saya dan rakan - rakan akan terus di Rembau. malah Bilik Gerakan akan terus dibuka seminggu sekali untuk memastikan rakyat Rembau mendapat pembelaan sewajarnya.

18 Mac 2008, cheGubard telah bertolak ke Pulau Pinang seawal 6.30 pagi untuk sesi lawatan kerja 2hari ke Pulau Pinang. Sebelum 3.00 petang Pertemuan Rasmi dengan Timbalan Ketua Menteri, cheGuBard telah menghadiri dua sesi pertemuan dengan beberapa kumpulan aktivis pengerak pertubuhan - pertubuhan melayu setempat untuk membincangkan mengenai kekeliruan orang Melayu Pulau Pinang terhadap isu DEB. Pertemuan awal ini telah terakam persetujuan untuk bekerjasama dan berjaya menjelaskan isu sebenar. Melalui pertemuan ini juga disahkan bahawa sebuah parti perkauman dan ahli keluarga presiden parti perkauman tersebut menjadi dalang terhadap kekeliruan yang berlaku. Usaha ahli keluarga presiden parti disambut baik oleh semua pimpinan di peringkat negeri dan bahagian kerana jelas mereka ketakutan untuk menghadapi hakikat periuk nasi yang hilang malah kemungkinan lebih parah kemungkaran kegiatan meraih kekayaan menggunakan nama Melayu akan terbongkar.

Dalam perjalanan ke Komtar cheGuBard dihubungi melalui telefon dimaklumkan YB Datuk Husam Musa juga berada di Komtar. Jam 2.30 petang, cheGuBard dengan ditemani oleh dua exco AMK pusat, Din Binjai dan Zul Nibong Tebal bersama Zul mamak (Jawatankuasa AMK negeri) memasuki Komtar. Terus ke Pejabat YAB Ketua Menteri bersama YB Datuk Husam, YB Mujahid Rawa dan rombongan bertemu YAB Lim Guan Eng. cheGuBard hanya menyertai sebentar sahaja pertemuan tersebut sebelum meninggalkan mereka untuk ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri untuk pertemuan rasmi.

Pertemuan di Bilik Mesyuarat Pejabat Timb. Ketua Menteri disertai oleh YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri dan hampir semua AJK AMK Negeri. Perbincangan lebih satu jam ini membincangkan harapan AMK Negeri terhadap Kerajaan Negeri. cheGubard menegaskan betapa AMK perlu negeaskan kesedian untuk membantu kerajaan negeri juga kesediaan mengembeling lebih lagi usaha ke arah mengisi dan memberi makna kepada kemenangan rakyat. Jangan sesekali ada niat mengambil kesempatan menikmati atau melobi kedudukan melalui kemenangan ini. AMK perlu terus kekal independent menjadi pengkritik sosial kepada kerajaan negeri dan dalam masa yang sama perlu mengembeling tenaga membantu kerajaan memberikan khidmat terbaik buat rakyat.

YB Timbalan Ketua Menteri telah memberikan taklimat kepada kami mengenai beberapa perkembangan terkini. Bagi cheGuBard dalam masa 4 hari kerajaan negeri mereka sudah mula menunjukkan usaha ke arah menjadi kerajaan yang telus, berhemah dan beramanah. YAB Ketua Menteri dan YB Timb. Ketua Menteri telah secara rasmi menolak untuk berpindah ke kediaman Rasmi sebaliknya kekal duduk di rumah mereka sendiri. Keputusan ini telah menyelamatkan kira kira RM600,000 wang rakyat. Ucapan Guan Eng dihadapan kakitangan awam pagi itu yang menegaskan Kerajaan Pulau Pinang akan berusaha menjadi seperti Kerajaan Khalifah Umar yang begitu efisyen dan telus sehingga mensasarkan kemiskinan sifar benar benar mengujakan.

YB Timb. Ketua Menteri menamatkan pertemuan petang itu dengan menyatakan kesedian bekerja sama dengan AMK dan jentera parti ke arah mengisi dan memberi makna kepada keputusan PRU kali ini sebagai kemenangan rakyat.

Selepas itu cheGuBard terus ke sebuah Berjaya Georgetown Hotel untuk sesi pertemuan dengan beberapa aktivis untuk membincangkan beberapa tindakan segera untuk menggerakan jentera parti membantu kerajaan negeri. Pertemuan itu turut disertai oleh YB Ong Chin Wen (Adun Bkt Tengah). Namun Ong terpaksa meninggalkan kami ditengah - tengah perbincangan kerana mendapat panggilan telefon Banjir di kawasanya.

Malamnya pula menghadiri Majlis Penerangan Umum bersama YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri di Dewan Orang Ramai Teluk Kumbar. Menghampiri Dewan sekitar jam 9.20 malam, terkejut kerana dari jauh lagi sudah kelihatan kereta diletakkan di kiri dan kanan jalan. Dewan melimpah penuh sehingga penganjur terpaksa memasang skrin untuk memastikan orang ramai diluar dewan juga dapat mengikuti ucapan.

Malam itu ucapan bermula 9.40malam berakhir kira kira 10.30 malam dengan kehadiran YB Timb. Ketua Menteri dengan di iringin serunai dan gendang oleh Kelab Sukan Teluk Kumbar. Dalam ucapan saya menegaskan betapa rakyat Pulau Pinang perlu tenang, khususnya orang Melayu. Jangan mudah terpedaya dengan kumpulan yang cuba membangkitkan api perkauman. Penerangan mengenai apa dia DEB dan bagaimana DEB telah disalahgunakan untuk kelompok tertentu menjadi kaya dilihat diterima baik oleh pendengar malam itu.
Hakikatnya, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 telah tamat tempoh perlaksanaannya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

cheGuBard memberikan contoh penyelewengan DEB dengan membongkarkan bagaimana keluarga Abdulah Hj Ahmad menggunakan kedudukan Abdullah sebagai PM untuk menjadi kaya raya termasuk sanggup menjual kedaulatan negara. Pendedahan lengkap malam itu dengan menyebut nombor transaksi, nombor kad pengenalan, tarikh, masa dan tempat telah berjaya mematahkan tuduhan media yang menyatakan tuduhan rasuah kepada keluarga PM hanya retorik politik dan serangan peribadi. Malah selepas sesi ceramah ramai yang datang untuk meminta salinan pendedahan untuk disebarkan. InsyaAllah satu 'booklet' membongkar salah laku kerajaan 3 beranak akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi.

Sudah tentu 'peristiwa hitam' Rembau turut disentuh kerana ramai yang hadir turut hendak mendengar perkara itu.

Ucapan YB Fairuz menjadi penutup malam tersebut. Fitnah Kerajaan Pulau Pinang anti Melayu dan Islam dipatahkan dengan pengumuman menaikkan elaun dan keistemewaan guru guru KAFA seluruh Pulau Pinang. Guru - guru agama yang selama ini terpinggir oleh Kerajaan sebelum ini mendapat perhatian YAB Ketua menteri sendiri katanya. Beliau juga mendedahkan bagaimana seorang bekas exco Kerajaan lalu enggan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Jam 1.00 pagi pula telah menghadiri sesi perbincangan dengan seorang Juara dan nama besar dalam dunia permotoran tempatan. Perbincangan yang turut dihadiri oleh seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam perniagaan permotoran. Perbincangan 3 jam ini berkisar dengan bagaimana menyelesaikan masalah sosial dan 'rempit' dikalangan remaja dan apa sumbangan yang cheGuBard selaku MPT keADILan boleh mainkan.... banyak yang diperbincangkan. Nampaknya beliau yang dikenali lama dulu ketika bersekolah di Ipoh, Perak melebihi dari apa yang disangka. Jiwanya patriotik dan kesungguhan untuk bersama dalam membina belia negara cukup tinggi. Perbincangan terhenti hampir 4.oo pagi dan kami bersetuju untuk bertemu hujung bulan ini di Kuala Lumpur dengan proposal lebih lengkap.

19 Mac, 11 pagi cheGubard telah mengambil kesempatan bersama keluarga yang ikut serta untuk menghabiskan sejam melawat Georgetown. Sudah tentu peluang menikmati makan tenghari Nasi Kandar Line Clear tidak dilepaskan. Ketika menikmati nasi kandar cheGuBard dimaklumkan bahawa sekarang ini ada usaha memboikot restoran nasi kandar khususnya rangkaian restoran besar seperti Pelita. Usaha kempen boikot yang disebar melalui sms ini kerana penglibatan Pelita secara terbuka dan bersungguh berkempen dan membantu kempen BN. Malah terdapat juga tuduhan mengatakan pengusaha nasi kandar juga terlibat sebagai dalang dibelakang usaha protes - protes pro DEB yang diadakan. Tidak hairan restoran Nasi Kandar lengang tidak seperti selalu. Nampaknya rakyat makin matang menggunakan kuasa demokrasi mereka.

Jam 1.30 petang, bersama dengan AMK P.Pinang membuat sidang media di Pej. Perhubungan keADILan P.Pinang, Seberang Jaya. Dalam sidang Media ini Dr. Azhar, Ketua AMK P.Pinang menegaskan sokongan tidak berbelah bagi AMK P.Pinang terhadap kerajaan negeri termasuk dalam implimentasi Agenda Ekonomi Malaysia. AMK juga bersedia mendedahkan bagaimana dasar ekonomi lama diperguna golongan tertentu untuk mengaut keuntungan untuk kelompom mereka atas nama Melayu sedangkan majoriti melayu negeri ini ketinggalan. AMK P.Pinang bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja khususnya Umno P.Pinang untuk mempertahankan Agenda Ekonomi Malaysia.

Dalam sidang media ini cheGuBard telah menegaskan bagi pihak anak muda Malaysia tidak meletakkan sebarang harapan untuk kabinet yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri. Kabinet ini masih penuh dengan pemimpin rasuah dan rosak. Pengumuman kabinat ini juga telah telah membuktikan Abdullah makin hilang populariti dan makin lemah dalam kerajaan apabila dua timbalan menteri mengumumkan penolakan sebaik sahaja diumumkan lantikan. Keadaan lebih parah apabila Setiausahanya sendiri meletakkan jawatan dengan di ikuti perletakan jawatan Khir di Selangor. Pengumuman kebinat penuh dengan kontroversi dan protes.

Ketidakhadiran Khairy, menantu PM dalam kabinet boleh dianggap kejayaan peribadi cheGuBard dan jentera rakyat dalam menyekat sedikit kegilaan kuasa menantu ini. Namun walaubagaimanapun ini bukan tanda Khairy sudah berjaya disekat sepenuhnya.

Abdullah jelas panik dengan usaha 50 orang 'orang kuat wanita' yang berhimpun dirumahnya yang memprotes tidak melantik Rafidah, Ketua Wanita Umno di dalam Kabinet. Sebagai bukti Abdullah lewat petang selepas pengumuman kabinet telah melantik Sharizat Jalil yang kalah di Lembah Pantai sebagai penasihat khas PM bertaraf Menteri (gaji dan elaun sama dengan menteri). Sharizat memikul tugas mengepung sokongan wanita kepada PM....ada yang mengatakan PM berharap Rafidah kecewa dan kemudian meletakkan jawatan. Namun nampaknya Abdullah akan menghadapi masa sukar apabila Rafidah memilih kekal sebagai Ketua Wanita dan membuat kerja protes dari dalam. Begitu juga Pm kecewa apabila tindakan disiplin terhadap Mukhriz yang mendesak dia meletakkan jawatan lansung tidak dibincang dalam Mesyuarat Pemuda Umno Pusat. Sebaliknya ada beberapa peringkat pemuda seperti Pemuda Umno Johor yang mula menyatakan persetujuan terbuka terhadap surat Ku li mendesak Mesyuarat Agong Khas Umno.

Perletakan jawatan Khir yang mengtatakan beliau bertanggungjawab penuh terhadap pencapaian Umno/Bn adalah isyarat berat buat Abdullah dan keluarganya. Sebenarnya selain angin perubahan, populariti Anwar Ibrahim antara punca besar lain kekalahan Bn ialah kerana kebencian dan penolakan rakyat kepada Abdullah yang lemah dan menantu serta anak yang tamak. Abdullah juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang terjadi !! Begitu juga Najib yang terpalit dengan kontroversi Altantuya dan skandal rasuah pembelian senjata, kapal dan jet.

Mengenai kumpulan - kumpulan yang bangkit kononya pro kepada DEB cheGuBard menyeru semua pihak termasuk Kerajaan Negeri P.Pinang, Perak dan Selangor menghormati hak kumpulan ini menyatakan pendapat. Ugutan menggunakan ISA oleh Ketua Polis P.Pinang perlu difikirkan semula dan tidak wajar. Cuma cheGuBard mempelawa pihak - pihak tersebut berdebat secara ilmiah dengan mengambil kira realiti dalam perkara ini. Perdebatan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat adalah budaya demokrasi matang dan maju.

Ketika cheGuBard turun ke jalan raya budaya perdebatan dan media jelas terpenjara. Adakah menantu PM sudah menarik semula tuduhan atau gelaran kepada mereka yang melakukan protes jalanraya sebagai monyet dan beruk ? Jika belum sewajarnya kumpulan ini pergi dahulu meminta menantu PM menarik tuduhan itu, sambil mungkin jika ada sedikit keberanian bertanyakan bagaimana dia menggunakan nama Melayu dalam parti Melayu melakukan perkara berikut ;
  • mendapat RM9.2 juta membeli ECM libra dan dalam tempoh dua bulan mertuanya menjadi PM memaksa ECM Libra bergabung dengan Avenue Capital sebuah syarikat negara yang menguruskan berbilion aset negara, dan kemudian setelah perkara ini terbongkar menjualkan peganganya dalam Ecm Libra.... jika perkara ini sah kenapa perlu dijual dan kepada siapa ia dijual...?
  • penglibatanya dalam menjual Pantai Holding kepada Singapura dan kemudian kerajaan terpaksa membazirkan wang berlipat kali ganda membeli syarikat ini semula..?
  • tanya juga mengenai kedaulatan selatan Johor yang tergadai atas nama WPI yang menjemput Singapura mentadbir wilayah Malaysia...
  • jangan lupa juga mendapat penjelasan mengenai Kontrak dan Tender kerajaan yang dimiliki scomi... naikkan minyak RM3 billion rakyat derita kononya kerana nak pertingkat pengangkutan awam tetapi hampir semua projek yang terhasil dari rampasan RM3billion wang rakyat diserapkan kepada projek yang ada kepentingan scomi....
  • dan sebelum salam balik tanya juga dia mengenai scandal oil for (Iraq) mana keluarganya mendapat keuntungan atas nama negara dan kenapa BSA Tahir, rakan perniagaan KamaLudin Abdullah ditahan ISA..?
cheGuBard dengan ini mencabar menantu yang cuba menjadi juara Melayu dan DEB untuk berdebat di mana - mana pentas terbuka selepas takut untuk hadir di pentas yang disediakan oleh keADILan semasa PRU 12 di Rembau. Menantu perlu berani keluar 'bertempur' secara jantan bukan setakat berkokok dibawah lindungan ketiak bapa mertua.

p/s : seorang teman yang dikenali sebagai 'Jo' secara tiba - tiba telah sudi menaja penginapan saya, isteri, cheNurZaima dan Abg. Ryhzal....saya tak pasti dia suka atau tidak namanya disebut namun saya rakamkan terima kasih.Cadang kami hanya menumpang seperti biasa di rumah kenalan.....

Monday, March 17, 2008

Copy Paste and Replace some Words = NEWS

Bukan sukar hendak menjadi wartawan! Ubah ayat sikit je!

IGP: MALRAF trying to garner support from terrorist groups

Pulau Pinang: There are signs lately that the Malay Rights Action Force (MALRAF) is trying to garner support from terrorist groups, the police charged yesterday.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said MALRAF has also set up a fund by misleading the public into believing that the money is to finance its activities.

“We view such matters very seriously. It is also very worrying especially when we live in a multi-racial society.

Ominous words: The front page of Thursdays edition of Singapore’s The New Paper which interviewed UMNOputera and quoted him as saying that MALRAF will not rule out violence.

“The police will not hesitate to take stern action against anyone to ensure that peace and security prevails in this country,” he said.

Musa also said the group was trying to sow hatred towards the Government and that its actions could spark racial clashes.

He said such dangerous sentiments were being widely spread via MALRAF forums, distribution of books and leaflets, on websites as well as through the short messaging service.

“It is also trying to rope in gangsters to prevent local authorities from demolishing illegal surau, mosques and “kedai burger tepi jalan” in the near future"

“The fanning of such racial sentiments among the Malays is very unhealthy and dangerous,” Musa said, adding that the police would not hesitate to invoke the Internal Security Act (ISA) against those who abused technology to stoke racial hatred or unrest.

The IGP said those found guilty of spreading such messages through SMS or e-mail could be jailed up to three years, fined RM10,000, or both, under Section 28 of the ISA.

One of MALRAF leaders, UMNOputera bin Dibayar KJ, was reported as saying in an interview in Thursday’s edition of Singapore’s New Paper that that he would not rule out using violence.

He was quoted as saying that the protest by Bersih and HINDRAF in Kuala Lumpur last November inspired MALRAF’s public protest.

“The rakyat were prepared to die for their cause. I’ve shown slides of rakyats getting tear gassed and “disumbat black maria" during my roadshows and I think it struck a chord with the people"

“I think it’s quite unlikely we’ll head down that path towards a civil war but there’s always that possibility. Some of the uneducated may resort to violence,” UMNOputera was quoted as saying by the paper.




The lone FRU guy tried to blend in.But failed. His "Where's Waldo" skill sucked




Spot the FRU and Water Canon and win 1000000 dollars




I swear to god i am MELAYU




Yeah US toooo!


p/s: no MAMAKS Malays were harmed during this demonstration. FRU was being nice for once. Bravo. LOL

(bukan artikel cheGuBard cuma ingin berkongsi artikel dipetik dari blog yang menggunakan terma kebebasan berpesatuan)

Saturday, March 15, 2008

petikan dari Rembau Hari Ini

Fakta ini diambil dari Keputusan Penuh PilihanrayaUmum Ke 12 2008 Utusan Malaysia Isnin 10 Mac 2008
mukasurat 23.

Sepatutnya jumlah kertas undi yang dikeluarkan diperingkat DUN dan Parlimen sepatutnya sama. Di Parlimen Rembau ada 4 DUN, iaitu Paroi, Chembong,Rantau dan Kota. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan
untuk 4 DUN ini sepatutnya sama dengan jumlah kerusi Parlimen Rembau.

Tetapi apabila dijumlahkan semuanya ini didapati 957 undi di Parlimen Rembau telah hilang. Mana pergi 957 undi di peringkat Parlimen Rembau ini ? Apa alasan SPR akan berikan ?

Berikut perkiraannya :

Parlimen Rembau : Undi BN 26525 + Undi PKR 20779 + Undi Rosak 1066 = 48370

DUN Paroi : Undi BN 8316 + Undi PAS 9423 + Undi Rosak 299 = 18038

DUN Chembong : Undi BN 7017 + Undi PAS 2944 + Undi Rosak 175 = 10136

DUN Rantau : Undi BN 7739 + Undi PKR 3956 + Undi Rosak 371 = 11966

DUN Kota : Undi BN 6278 + Undi PAS 2665 + Undi Rosak 244 = 9187

Jumlah undi 4 DUN : 49327 – Jumlah undi Parlimen 48370 = 957 UNDI HILANG !

FAKTA LAIN :
Calon Parlimen Rembau Badrul Hisham dari PKR mendapat lebih 1791 undi dari jumlah 4 DUN undi yang diperolehi PAS dan PKR

Calon Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin BN mendapat kurang 2825 undi dari jumlah 4 DUN yang diperolehi BN

Ini bermakna 4616 pengundi mengundi BN di peringkat DUN , tetapi mengundi PKR di peringkat Parlimen

(tulisan ini adalah petikan email dari editor Rembau-Hari-Ini.blogspot.com)