Thursday, April 03, 2008

Tahniah kelahiran BARISAN RAKYAT !!!

KENYATAAN PIMPINAN PARTI PKR, DAP dan PAS

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

2 comments:

  1. Anonymous12:55 PM

    Allah menganugerahkan kemenangan setelah 50 tahun berjuang,pemimpin silih berganti,pendokong dan penyokong juga sudah bergenerasi, pelbagai ujian onak duri dihadapi sehingga kejayaan dikecapi kini. Apabila kuasa sudah ditangan,usah lupa asas2 perjuangan.Berpegang pada kata2 Dato’ Seri Anwar pada saya melalui surat ketika DS mendapat rawatan di HKL, “ISTIQAMAH TERHADAP PERJUANGAN”. Semoga pemimpin dan penyokong sentiasa bermuhasabah dan pengisian pentarbiahan disemua peringkat dari peringkat pemimpin atasan hinggalah ke akar umbi ditingkatkan.Berusaha utk mencapai kemenangan lebih mudah dilaksanakan berbanding dari berusaha memelihara kemenangan yang agak sukar dilaksanakan sekiranya kemegahan dan kebongkakkan meresapi dlm jiwa rohani setiap pendokong dan penyokong. Ayuh kita memelihara kemenangan dgn penuh tawwadduk dan keinsafan. Jgn jadikan matlamat peribadi mendahului matlamat perjuangan. Spt kata2 CheGu Bard, “PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA”….

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:23 PM

    " Kita terkejut dengan laporan akhbar tentang sufiah...yang lebih terkejut YADIM dan Dr mashitah kalut semacam untuk menyelamatkan sufiah.. ya kita tak nafikan perlu di selamat sufiah..tp persoalan yang timbul kini..

    1) kenapa tak nak selamat ribuan remaja islam di malaysia yang sedang gawat masalah sosial mereka sekarang ini? cuba lihat setiap ahad di KLCC di central market dan sebagainya... bahkan betapa ramai lagi yang sedang menjadi pelacur vvip di kalangan mahasiswi di malaysia ni..kenapa mesti kalut di sana???? 2) Tidakkah dahulu Dr mashitah pernah mengatakan melacur di benarkan kalau terdesak?? rujuk tulisan beliau di dalam harian metro.. kenapa mesti kalut??? beliaulah yang mengajar sufiah yang terdesak untuk melacur?? halalkan??? kamu akan bertanggungjawab diakhirat nanti.

    Ini hanya untuk meraih populariti aje kan?? wahai tim menteri yang sedang hilang populariti!!! kamu yang perlu di selamatkan dahulu setelah agama di gadaikan....

    Kempen ‘Selamatkan Sufiah’

    KUALA LUMPUR 1 April – Kerajaan hari ini memulakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’ bagi mencari kaedah untuk membantu menyelamatkan gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Manchester, London.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kempen yang diketuai oleh timbalannya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diyakini dapat menyelesaikan segera masalah gadis itu.

    ‘‘Kita kasihan. Sufiah gadis bijak. Kita akan bincang cara menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Yadim di sini hari ini.

    Hadir sama Dr. Mashitah dan Yang Dipertua Yadim, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

    Semalam, akhbar tempatan menyiarkan kisah malang gadis genius itu yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, yang dipetik daripada tabloid News of the World.

    Tragedi itu didedah selepas wartawan terbabit menyamar sebagai pelanggan di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester.

    ReplyDelete