Thursday, April 03, 2008

5 email dengan tajuk yang sama : Khairy Kahwini Cucu Lee Kuan Yew?

Ramai pengunjung blog ini agak kurang puas membaca posting saya mengenai Azalina Othman Said yang saya tulis secara lambang-lambang dan kenen-kenen sahaja.

Sebenarnya, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang 27 Mac 2007, salah satu kisah yang disorot adalah mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu.

Azalina dikatakan turut bersuara mengenai perkara ini. Blog ini difahamkan, antara perkataan Azalina yang melekat di benak beberapa ahli MT adalah kisah sesetengah raja kononnya hanya tau “naik kuda turun kuda” sahaja. Kalau nak tau kisah selanjutnya, tanyalah pada Azalina sendiri.

Bagaimanapun, berikut ini adalah satu komen kiriman Azam yang baru saya terima sebentar tadi. Kisah ini mengenai Khairy Jamaluddin, sahabat baik Azalina. Komen sepenuhnya adalah seperti berikut:

Lama sudah saya tak muncul di ruang maya. Saya kecewa dengan tindakan Abdullah Badawi yang tak sensitif kepada tuntutan rakyat supaya dia letak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu saya malas nak bersuara lagi pasal Abdullah.

Ini satu berita pasal menantu Abdullah. Saya nak sahabat-sahabat lain tolong pastikan kebenarannya. Saya dapat info Khairy Jamaluddin dah mengahwini cucu Lee Kuan Yew di Singapura. Adakah ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar kisah ini?

Saya suarakan ura-ura di sini kerna kalau betul Khairy kahwin dengan cucu LKY, ini mengesahkan hubungan intim dia dengan Singapura selama ini. Saya rasa ini bahaya bagi kita.

Saya juga diberitahu seorang rakan di Kuala Lumpur, Khairy akan menikahi akres genit yang selama ini digosipkan ada hubungan intim dengan Ahli Parlimen Rembau ini. Kata kawan saya, seorang pereka fesyen di KLCC dengan bangganya memberitahu banyak pihak yang dia sedang menyiapkan beberapa pasang baju perkahwinan aktres itu yang berharga berpuluh ribu. Sekali lagi, ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar khabar ini?

Saya minta pengunjung kuda-kepang bantu saya dapatkan kepastian kedua-dua ura-ura di atas. Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia. - AZAM, 10:39 PM

Saya seperti Azam. Saya tak pasti sama ada kisah Khairy ini benar atau sebaliknya.

setelah diselidiki sumber email ialah : blog Ruhanie Ahmad

Komen 1 : begitu banyak komen terhadap posting koleksi gambar Abdullah dan keluarganya..... untuk melihat koleksi gambar lagi sila ke http://kickdefella.wordpress.com/

Komen 2 : Mengenai perkembangan Persatuan Bolasepak Selangor, mungkin ini tiba masanya Kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan contoh membebaskan badan sukan dari pengaruh politik. Kepimpinan FAS perlu diserahkan kepada orang bola itu sendiri. Selangor banyak tokoh sukan yang berkelulusan dan layak. Namun tahniah atas pencapaian pasukan Selangor nampaknya harapan orang BN letak jawatan untuk tengok prestasi bola Selangor menjunam gagal....

Komen 3 : Banyak email yang diterima mengatakan bahawa strategi menyerang keluarga Abdullah ialah salah kerana jika Abdullah jatuh maka Najib yang lebih 'zalim' akan naik dan negara akan lebih cepat hancur. Jawapan che'GuBard mungkin seiring dengan tulisan Nash Malaysiakini, kalau Dollah lemah Najib lagi lemah.

Komen 4 : Jangan keliru komen diatas ialah datang dari 5 email dari penghantar yang berbeza tetapi mempunyai tajuk yang sama...saya siarkan semula untuk menjemput komen pembaca... pendirian saya jelas !!! serangan saya jelas !!! bukan isu peribadi tetapi usaha mempergunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.

Baru baru ini heboh sms yang 'menuduh' bekas Ketua Menteri Pulau Pinang terlibat menjual tanah rakyat kepada Khairy. Khoo Tsu Koon dalam kenyataanya yang tersiar dalam Utusan 3 April menafikan penglibatan beliau dalam menjual tanah kepada Khairy, tetapi tidak pula menafikan tanah yang dinyatakan telah dijual kepada Khairy.

Dalam Utusan Tsu Koon dilaporkan berkata '
"Tanah yang didakwa dijual kepada Khairy di kawasan Padang Tembak adalah di bawah hak milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)....."

Tanya sama pokok apa sebab goyang...???

5 comments:

  1. http://responsikit.blogspot.com/2008/04/kenapa-tahan-hindraf-umno-bebas-dalam.html

    Chegubard, is that your reply?? pls tell..

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:14 PM

    Khairy bakal raih RM875 juta untuk mudahkan operasi jadi PM termuda


    Bila pula penafian Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi dipandang serius oleh rakyat Malaysia, termasuk bila dia nafi negara tak ada duit dan terpaksa pinjam sebanyak RM175 bilion untuk tampung projek di bawah RMK9? Memang tabiat Pak Lah untuk nafikan segala kritikan kepadanya walaupun kadang-kadang dia sendiri tidak tahu hujung pangkal perkara yang dinafikannya.

    Pak Lah nafi Khairy Jamaluddin jadi penasihatnya. Memang betul, Khairy tidak perlu menasihatkan pak mentuanya kerana apa saja keputusan Khairy sudah menjadi keputusan kerajaan, jadi tak perlu nasihat lagi. Pak Lah nafi kata Khairy dan anaknya, Kamaluddin minta projek daripadanya.

    Betul kata Pak Lah itu, kerana Khairy dan Kamal tak perlu minta projek daripada Pak Lah yang selalu tidur dalam mesyuarat itu kerana dua anak muda billionaire itu boleh putuskan sendiri projek mana yang mereka dan kroni mahu bolot, tak perlu minta-minta lagi!

    Sekarang, Khairy gunakan balacinya, Reezal Merican untuk dapatkan 0.5 peratus daripada RM175 bilion itu, dan dimasukkan dalam kantung peribadi mereka, dan dengan itu mudahlah Khairy mencapai matlamatnya jadi Perdana Menteri dalam usia paling muda, di bawah 40 tahun, apatah lagi apabila saingan terdekatnya, Najib Razak sedang menggelepar kepanasan! Bagi Khairy, apa saja boleh walaupun menggunakan syarikat yang banyak masalah dan hampir (sudah?) bankrap. Cuba kira berapa yang Khairy akan dapat nanti: yakni RM875 juta!

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:15 PM

    Pertembungan Khairy-Khir Toyo

    Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka mengotakan janjinya untuk tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda Umno dan perebutan jawatan itu bakal menyaksikan pertembungan antara dua 'musuh tradisi' - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan naib ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

    "Kali ini kita akan dapat melihat kekuatan sebenar Khairy yang selama ini didakwa banyak bergantung kepada pengaruh bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata seorang pemimpin Umno bahagian di Selangor.
    khir toyo and khairy jamaluddinKatanya, begitu juga dengan Dr Mohd Khir yang kini bukan lagi menjadi menteri besar Selangor dan telah melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

    Ditanya sama ada Hishammuddin akan melepaskan jawatannya bagi membolehkan Dr Mohd Khir berentap dengan Khairy, pemimpin itu berkata:

    "Sebagai seorang yang berwibawa, Datuk Seri Hisham mesti mengotakan janjinya selepas dipilih semula pada 2004, bahawa beliau akan memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja lagi," katanya.

    Mesyuarat perwakilan Umno peringkat cawangan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos, dan mesyuarat peringkat bahagian pada dari 9 Oktober hingga 9 November.

    hishammuddin hussein 01Hishammuddin menjadi ketua Pemuda Umno tanpa bertanding sejak 2000 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada sepupunya Datuk Seri Najib Tun Razak.

    'Padang sama rata'

    Sebelum ini, kata sumber itu lagi, ramai pihak yang mahu melihat Dr Mohd Khir dan Khairy merentap di gelanggang terbuka bagi menguji kekuatan masing-masing dalam Umno.

    Selama ini wujud dakwaan bahawa Khairy menggunakan pihak media untuk 'menyerang' Dr Mohd Khir sewaktu beliau menjadi menteri besar Selangor.

    "Sampai longkang tersumbat pun nak salahkan menteri besar (Dr Mohd Khir)... begitu jelas ada pihak yang memanipulasikan media untuk menghentam beliau... kita tahu siapa di sebaliknya," kata pemimpin itu lagi.

    Bagaimanapun, katanya, ketika itu Khairy banyak bergantung kepada Abdullah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam parti, apabila menang naib ketua Pemuda Umno tanpa bertanding serta diberi tempat bertanding di parlimen Rembau dalam pilihanraya umum lalu.

    Tetapi, katanya, keadaan kini sudah berubah ekoran prestasi buruk Umno pada 8 Mac lalu yang turut menjejaskan sokongan ahli kepada Abdullah dan Khairy sendiri.

    "Kini wujud ruang untuk kedua-dua mereka - Dr Mohd Khir dan Khairy - bertanding di padang yang sama rata... yang tentunya dinanti-nantikan oleh banyak pihak," kata pemimpin itu lagi.

    Malah, katanya, tidak keterlaluan jika pertandingan itu dianggap sebagai pertemuan 'buku dengan ruas'.

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:15 AM

    Better ask Khairi!
    Saksikan Makkal Sakti di Stadium Melawati @ http://whitenaval.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. " Rupa-rupanya...! Dalam kempen PRU12 lalu, Mawi dan Siti Norhaliza dengan terang-terang mendedahkan kepada umum bahawasanya mereka berdua adalah penyokong BN! Mawi berkempen dengan membuat persembahan di atas pentas BN sebelum para pemimpin BN menyampaikan 'kelentong' mereka agar orangramai mengundi BN di Lembah Pantai. Manakala Siti Norhaliza turun berkempen di Rembau untuk memenangkan Khairy Jamaludin! Tanpa ada perasaan malu dan rasa bersalah, bahkan mereka berdua seolah-olah tidak faham langsung dengan mood dan sensitiviti sebahagian besar rakyat Malaysia yang sudah meluat dan akan menolak BN, Mawi & Siti Norhaliza mendedahkan kebodohan mereka sendiri dengan muka yang bangga menghadirkan diri ke tempat-tempat kempen PRU dan menyokong BN secara terbuka, seolah-olah ketika itu mereka hadir ke tempat acara Jom Heboh atau Fiesta Media Idola.

    Atau mereka berdua langsung tidak mengikuti perkembangan semasa, dengan menganggap penyokong Barisan Alternatif adalah segelintir sahaja, atau mewakili golongan terpencil sahaja? Dan dengan menyokong BN secara terbuka, mereka berdua mengharapkan akan lebih glamor dan akan mendapat sokongan peminat yang berlipat-ganda dari yang diperolehi sebelum ini?

    Saya menyeru dan merayu kepada segenap rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat, tidak kira lelaki, perempuan, tua, atau muda, marilah kita sama-sama memberi pengajaran kepada kedua artis ini dengan MEMBOIKOT Mawi dan Siti Norhaliza, baik dari segi konsert, album, filem, undian untuk sebarang anugerah, atau sebagainya yang melibatkan mereka berdua, sebagai pengajaran kepada mereka agar lebih sensitif dengan keadaan masyarakat Malaysia.

    Kamu sebagai artis, sepatutnya bersikap berkecuali dan tidak memihak. Atau kamu menganggap selama ini peminat kamu hanyalah ahli UMNO, wanita UMNO, Pemuda UMNO, dan Putera UMNO semata-mata?

    Kami akan buktikan bahawa sekelian rakyat Malaysia, termasuk dari generasi kedua dari kalangan anak-anak mereka, yang menyokong Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, sangat berkemampuan untuk menguburkan nama Mawi & Siti Norhaliza dari persada seni tanah air!

    Nak tengok berapa kerat orang UMNO yang masih minat kat kamu berdua! Kamu langsung tak reti nak jaga perasaan orang lain, sekarang terimalah akibatnya. "

    ReplyDelete