10 Oktober 2019, saya dapat beberapa masej melalui whats app group menyatakan ada kumpulan yang menamakan diri mereka TUNTUT anjur tunjuk perasaan untuk hantar memorandum mengenai desakan membatalkan Program Subsidi Petrol Bersasar. Saya sebenarnya sangat benci bila Menteri Saifuddin mengumumkan batalkan subsidi petrol. Menurut Saifuddin harga petrol akan diapungkan mengikut harga pasaran dunia bermula 1 Januari 2020, hanya yang berada dalam senarai penerima BRIM yang kini dikenali BSH yang memiliki kenderaan akan menerima RM30 bagi pemilik kereta dan RM12 bagi pemilik motorsikal. Itu pun wujud beberapa syarat jenis kenderaan pula.
Bagi saya ini semua menipu rakyat yang sebenarnya ia menunjukkan kegagalan kerajaan dan ketidak kemampuan kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat. Bila kerajaan tidak mampu maka kerajaan terpaksa apungkan nasib rakyat kepada pasaran.
Kepada Saifuddin mana pergi hujah kamu ketika kita berbelas tahun bersama di pentas pentas ceramah sebagai pembangkang. Kamu sendiri pernah hujahkan sepatutnya rakyat Malaysia menikmati harga minyak murah kerana kita negara pengeluar minyak. Kita tidak boleh bezakan harga minyak Malaysia dengan negara lain bukan pengeluar minyak di dunia. Nampaknya bila jadi menteri kamu jadi lupa dengan semua hujah kamu dan kamu kianat rakyat. Nama rakyat hanya mainan untuk dapat kuasa , bila berkuasa rakyat dipijak ?
Saya nak semua ingat pada 2018 ketika dibentangkan Budget 2019 Kerajaan Malaysia telah mengumumkan berkenaan budget bersasar namun sehingga Budget 2020 dibentangkan kamu (Saifuddin) gagal melakukan apa yang diperuntukan dalam belanjawan 2019. Ternyata kamu Menteri gagal kerana program dan peruntukan yang sepatutnya diselesaikan dalam budget 2019 sebaliknya kamu GAGAL hanya mampu dilaksanakan 2020.
Lagi malang walaupun pelaksanaan hanya tahun 2020 tetapi 2019 kementerian terbabit tetap 'berjaya' membazirkan RM25 juta lebih kononya untuk membangunkan satu sistem kad RON95 bagi mengendalikan program subsidi bersasar. Projek tersebut serta wang tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat atas nama GHL Transact Sdn Bhd. Namun bila diumumkan subsidi bersasar tahun depan hanya diberikan kepada penerima BSH dengan wang akan dimasukkan terus ke akaun penerima 4 bulan sekali ternyata wang RM25juta lebih milik rakyat hangus atas alasan bangang. Kalau setakat nak pakai senarai BSH kenapa perlu bazirkan wang rakyat RM25 lebih untuk buat sistem ?
Untuk pengetahuan Menteri yang gagal, bukan semua M40 tersenarai dalam penerima BSH kerana ramai yang gagal dalam bab dokumentasi dan syarat pengesahan yang dikenakan. Malah bukan sedikit rakyat khususnya kelompok B40 tidak menggunakan kenderaan atas namanya. Sistem pinjaman bank yang sangat ketat beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan ramai rakyat terpaksa menggunakan nama orang lain untuk memiliki kenderaan. Maknanya program subsidi bersasar yang menteri umum ialah program subsidi tersasar sebenarnya. Maka ia adalah 'penarikan subsidi' yang benar benar mendera rakyat. Bukan itu sahaja kos bahan api kenderaan perdagangan dan kos kehidupan M40 yang meningkat secara langsung akan menyebabkan kenaikan harga barang kerana kos perniagaan meningkat. Ini akan meningkatkan inflasi secara mendadak. Bayaran 4 bulan sekali pula akan menyebabkan kelopongan dan ia bakal menyebabkan kecelaruan yang lebih luar kawal.
Sudahlah Menteri gagal menurunkan kos kehidupan, kenaikan harga barang dan perkhidmatan berterusan gagal dikawal malah pengumuman menteri menunjukkan kerajaan makin gagal menjaga hidup rakyat dan terpaksa menyerahkannya kepada pasaran dunia semata.
Saya hadir 11 Oktober 2019, 3 petang untuk menyatakan kekecewaan terhadap Saifuddin Nasution selaku menteri yang gagal dan mendesak dia meletakkan jawatan. Malah kepada Perdana Menteri kalau berani membuat rombakan kabinet wajib menggugurkan Menteri gagal ini.
Sekitar jam 3 petang, 11 Oktober 2019 ada sekitar 100 orang yang mana sebahagiannya ialah mahasiswa yang membawa bantahan mengenai kenaikan besar mendadak mengenai kos pengajian. Kelihatan kehadiran polis lebih 4 kali ganda dari demonstran. Bermula dengan semua tenang dan hanya ada jeritan dan sedikit ucapan. Kelihatan demonstran memegang beberapa sepanduk tertulis slogan menunjukkan kepada barisan kereta mewah yang sedang memasuki parlimen Malaysia. Mulanya Polis setuju membenarkan semua demonstran duduk di bahu jalan sambil menunggu wakil ahli parlimen turun. Namun tiba - tiba kelihatan polis mengasak peserta supaya berundur maka terjadi tolak menolak dengan beberapa demonstran yang tidak puas hati selepas itu kelihatan beberapa peserta demonstran ditahan termasuk ditekan ke jalan tar untuk ditahan.
Nampaknya keadaan tetap tidak berubah, kemudian turun seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai wakil pejabat Anwar Ibrahim turun dan meminta dua orang wakil untuk masuk ke Bangunan Parlimen. Kenapa Anwar ? Saya pun tak pasti ...... ada anggota Polis yang bertanya kepada saya kenapa wakil Anwar yang tiba tiba turun ada plan ke ? Saya jawab entahlah saya datang untuk nyatakan protes dan solidariti kepada rakyat yang bakal didera dengan penarikan subsidi.
Buat teman - teman yang rapat dengan kekuasaan hari ini tolonglah tegur dan ingatlah janji serta ikrar kamu ketika tidak punya kuasa. Busi kamu nanti dikuatiri dilihat umpama anjing mengemam tulang kerana takut buka mulut dan terjatuh tulang direbut yang lain.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL sila letak jawatan kerana kamu GAGAL !
kamu boleh lah membangkang hitu hini sebab kamu bkn calon mana2 parti.andai kamu jd menteri sama ada BN @ PH kamu pun mungkin lebih teruk drp yg dah ada bad
ReplyDelete