Tuesday, November 26, 2019

PENJARA DAN DENDA TERHADAP BEKAS KETUA AMK AMPANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN

Catatan Umum

26 November 2019

PENJARA DAN DENDA TERHADAP BEKAS KETUA AMK AMPANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN 

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengekalkan hukuman Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu penjara 6 bulan dan denda RM30,000 ke atas Adam Rosly Abdullah, bekas Ketua AMK Ampang bagi 6 kesalahan memalsukan penyataan dan dokumen kepada SPRM pada 2018 yang mana ia berkaitan siasatan pemilikan harta mewah termasuk rumah mewah yang mendapat jolokan "Disney Ampang" bernilai jutaan yang dibeli secara tunai.

Walaubagaimana pun difahamkan dia memfailkan permohonan menangguhkan hukuman sementara memulakan proses rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya iaitu peluang terakhir rayuan.

Saya antara yang awal mendedahkan mengenai kekayaan luar biasa watak ini. Sebagai ahli politik muda yang baru muncul walaupun ketika itu PKR hanya memerintah Selangor dan masih pembangkang di peringkat pusat namun kesombongan dia menunjuk kekayaan khususnya melalui media sosialnya begitu menjolok mata. Dengan taraf pendidikan 'seadanya' , latar belakang tidak menyakinkan dia tiba - tiba muncul menunjuk kekayaan dengan gelaran 'Datuk' hanya berusia 20 an hanya selepas aktif dalam PKR dan berjawatan Ketua AMK Ampang, maka sangat meragukan.

Hukuman ini harus dijadikan pengajaran buat semua. Kedudukan politik serta kuasa yang diperolehi masing masing hari ini adalah hasil perjuangan rakyat dan sebarang pengkhianatan seharusnya dikenakan hukuman berat. Jangan ingat kamu pandai selindung kerana rakyat tidak bodoh dan tidak mudah diperbodoh.

Hukuman ke atas Adam adalah atas pendakwaan kerana menipu dalam sesi soal siasat seperti mengatakan dia beli rumah jutaan ringgit kerana dapat pinjaman mudah dari Along. Peguam negara sepatutnya melanjutkan pendakwaan dengan mengaitkan pengubahan wang haram atau seumpamanya serta merampas hartanya kerana gagal membuktikan bagaimana dia mengumpul kekayaan sebegitu rupa. Bukan sahaja rumah mewah 'Disney Ampang' melalui media sosialnya dia turut berlagak dengan beberapa rumah mewah lain serta kenderaan mewahnya.

Untuk peringkat ini ucapan tahniah harus diucapkan kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara kerana bertegas dengan ahli politik walaupun kini mereka kerajaan.


catatan oleh ;
che'GuBard


No comments:

Post a Comment