Monday, April 15, 2019

Membongkar skandal HOSPITAL MAWAR yang menelan puluhan juta wang rakyat

Catatan Umum

15 April 2019


Pengenalan

Sejak sebelum sebelum PRK Rantau kami telah 'menjelajah' bertemu banyak yang 'menjaga' kepentingan awam dalam Negeri Sembilan. Kebanyakan pegawai kanan yang kami temui terkejut kerana mereka menyatakan ramai orang PH khususnya PKR yang terutamanya menyatakan rapat dengan Menteri Besar jumpa mereka tetapi semua pasal projek dan peluang membuat keuntungan tetapi kami ialah kelompok pertama yang berjumpa bagi mencari dan membongkar kehilangan wang rakyat sebelum ini. Terlalu banyak yang kami temui, malah kami tertanya kenapa Menteri Besar Negeri Sembilan terlalu lemah tidak sedar apa yang terjadi, jika malas atau tidak tahu nak cari fail fail yang dibawa lari kenapa tidak fail yang ada disusun dan dibongkar. Sudahlah lemah kami yang buat kerja nak buat pembongkaran dihalang pula menjelang PRK Rantau oleh jentera dibawah kawalannya. Takpa abaikan dulu Menteri Besar paling lemah dalam sejarah Negeri Sembilan itu tanpa mengenepikan fakta jika dia bijak dan cekap menyusun kerjanya sudah tentu banyak yang sudah terbongkar dan Bn pasti tidak mampu mengangkat muka dalam PRK Rantau baru ini. Sebab itu saya sebut Menteri Besar lemah ini bertanggungjawab terhadap keputusan PRK baru ini.

Tulisan kali ini akan memfokuskan sebuah insitusi yang dikenali sebagai Pusat Hemodialisis Mawar atau kemudian dikenali sebagai Mawar Renal Medical Centre (MRMC) juga kami PHM. Ditubuhkan pada 2008 oleh Mendiang Dato Dr. Yeow Chai Thiam yang merupakan Bekas ahli dewan negara, bekas Ketua MCA NS, 20 tahun ADUN Lukut dan beberapa penggal sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Sejak penubuhanya hingga kini jika dirujuk kepada laman sesawang http://www.mawar.com.my insitusi ini menekankan ia sebagai sebuah badan tidak bersifat keuntungan. Malah Menurut balu pengasasnya yang kini merupakan Pengerusi MRMC iaitu Datin Chua Lay Ping menyatakan secara jelas mereka memulangkan keuntungan yang diperolehi kepada orang miskin.



Kebetulan selepas PRU 14 Hospital yang dikendalikan oleh balu Dr. Yeow ini kelihatan mengalami masalah kewangan. Kerajaan Negeri cuba menawarkan pengambilalihan namun dilihat tidak mencapai persetujuan bersama. Ia membawa kepada beberapa perkara sehingga Hospital tersebut ditutup dan ratusan pekerja 'tergantung' nasib mereka dan gaji tidak dibayar. Beberapa laporan media cuba memberi gambaran negatif kepada kerajaan kerana gagal mengendalikan krisis melibatkan hospital ini dengan baik sehingga ratusan pekerja menjadi mangsa. Dalam pencarian sebelum PRK Rantau kami turut terjumpa beberapa dokumen berkenaan Hospital ini dan kami sangat pelik kenapa tidak terangkan terus kepada rakyat, bongkar penyelewengan seret yang terlibat ke muka pengadilan dan selamatkan hospital serta kakitangan yang terlibat.


RM18.14 juta wang rakyat diberikan Kerajaan Bn kepada PHM sambil mereka terus membuat keuntungan

Perlu diingat Hospital ini diasaskan dengan dana sumbangan awam dan wang dana rakyat yang disalurkan oleh kerajaan 'mungkin' kerana pengaruh dan kedudukan politik Dr.Yeow pada ketika itu. Kami telah mendapati yang PHM merupakan penerima bantuan kewangan dari KKM yang terbanyak dari kalangan semua NGO pada 2011. Sehingga 2015, PHM telah menerima bantuan kewangan mencecah RM 18.14juta di dalam bentuk subsidi dan geran. 

Secara ringkas, RM 9 juta telah diberi kepada PHM untuk membeli peralatan perubatan untuk Hospitalnya (Mawar Medical Center), RM 3.14 juta untuk peralatan dialisis dan pembinaan pusat rawatan dialisis dan baki adalah dalam bentuk bayaran subsidi rawatan dialsis dan ubatan kepada para pesakit yang diberikan secara berterusan.

                                                   


SOALAN RINGKAS: PHM telah menerima banyak subsidi dan bantuan kewangan dari pelbagai pihak sejak penubuhannya dan dianggarkan PHM menjana  keuntungan antara RM 30 - RM 100 untuk setiap rawatan dialisis bergantung kepada bayaran yang di bayar oleh agensi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menaja para pesakit (contoh JPA, SOCSO, BAITULMAL, dll), justeru PHM sepatutnya ada sebuah institusi yang menguntungkan. 

JADI KENAPA PHM BOLEH MEMPUNYAI DEFISIT DAN HUTANG SEHINGGA RM30 JUTA? KEMANAKAH HILANGNYA SEMUA WANG DAN KEUNTUNGAN?


KE MANA PERGINYA PERALATAN YANG ‘DIBELI’?

Berdasarkan perjanjian bantuan kewangan di antara PHM dengan KKM pada 2009, sebanyak RM 4 juta telah diperuntukan kepada PHM untuk membeli 4 peralatan iaitu: 1 ‘Magnetic Resonance Imaging’ (MRI), 1 ESWL ‘External Lithotriper’, 1 ESWL ‘Internal Lithotripter’ dan 1 Phaco Machine.

Walaupun dengan pemberian geran tersebut, PHM juga telah membuat pinjaman bank untuk membeli peralatan yang sama. Adakah bank telah di tipu apabila memberi kelulusan pinjaman untuk membeli peralatan yang telah diberi geran/bantuan oleh kerajaan?

Dan yang lebih mengelirukan, walaupun setelah memperolehi pinjaman bank dan geran kewangan dari KKM, TIDAK SEMUA PERALATAN TERSEBUT KINI DIJUMPAI oleh pihak berkuasa walaupun di atas kertas, kesemua peralatan tersebut telahpun dibeli oleh PHM!

Jadi, jika wang tersebut tidak digunakan untuk membeli peralatan yang dijanjikan, kemana perginya wang tersebut?














Kesemua dokumen di atas menerangkan bagaimana jutaan wang rakyat disalur kerajaan kepada PHM untuk membeli peralatan , namun dokumen dokumen dokumen berikutnya menyatakan pula PHM membuat pinjaman bank untuk membeli perlatan. Kalau dah dapat bantuan untuk apa buat pinjaman pula ? Kemudian keratan dokumen terakhir pula ialah audit terkini yang menyatakan peralatan yang diberikan kerajaan dan kemudian dibuat loan untuk pinjaman pula tetapi tidak sampai .....

PINJAMAN BANK UNTUK PROJEK GAJAH PUTIH? 

Kami mendapat maklumat yang PHM telah membuat 2 pinjaman dengan bank HSBC (November 2011) dan Affin Bank (June 2012) yang berjumlah RM 12 juta.

Kami ingin tahu, apakah justifikasi PHM membuat pinjaman tersebut dan ke mana perginya wang tersebut?



MAWAR MEDICARE MANAGEMENT SDN BHD: SATU ‘CONFLICT OF INTEREST’? 

Kami mendapati pada 2015-2016, sebuah syarikat yang bernama Mawar Medicare Management S/B yang mempunyai alamat surat-menyurat yang sama dengan PHM dah syarikat ini dikatakan kepunyaan Datin Chua Lay Ping dan anak perempuannya  Yeow Win Yean telah cuba untuk menjadi PENGENDALI kepada PHM. 

Persoalannya, jika betul, kenapa pengerusi PHM dan anak perempuannya, melalui syarikat lain (yang mempunyai alamat syarikat yang sama dengan PHM) mahu mengambil alih kuasa pengendalian PHM? Bukankah ini suatu situasi yang pelik?

BEBERAPA PEMBAYARAN TUNAI DAN CEK YANG TIDAK DAPAT DITERANGKAN 

Dari penggalian maklumat dan siasatan yang telah kami lakukan, kami mendapati nama seorang individu yang telah timbul berulang-ulang kali. Nama individu tersebut adalah Wong SeinLoong. Wong telah dikatakan diambil bekerja di PHM dan tugas kerja hariannya adalah mendepositkan wang dari jabatan kewangan PHM ke bank. Kami mendapati dia juga merupakan seorang pengarah bagi beberapa syarikat pemiutang kepada PHM. Syarikat- syarikat tersebut adalah V Chem Enterprise, VSI Renovation & Trading, Kei Yao Enterprise S/B dan CL Fast Way Enterprise. Dari bukti yang kami kumpulkan, dikatakan dia telah melesapkan wang berjumlah hampir RM 2.8 juta di antara Februari 2015 hingga Oktober 2015. Selain dari itu, kami juga menjumpai 2 cek dari PHM yang ditujukan kepada pakcik dan ibu Wong ini berjumlah RM 950,000!

Sebanyak 3 cek berlainan juga telah dikeluarkan oleh PHM untuk individu bernama Wilson Lee Choon Yung yang berjumlah rm150,000. 

Selain dari cek, kami juga mendapat bukti yang mengatakan wang tunai sebanyak RM 150,000 telah diambil oleh Datin Chua Lay Ping pada 2015  dan sebanyak RM 45,000 lagi dikatakan diambil oleh Wong Sein Loong bagi pihak mendiang Dato Dr Yeow Chai Thiam, mantan pengerusi PHM ketika itu. Sebanyak RM 100,000 lagi wang tunai dikatakan di ambil oleh encik Henderic Koo (CEO PHM ketika itu) dan mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun Datin Chua Lay Ping.

Soalan yang perlu dijawab:

i) Kenapa PHM mengambil individu yang merupakan pengarah syarikat-syarikat yang menjadi pemiutang PHM berkerja? Dan lebih pelik lagi kenapa individu tersebut ditugaskan untuk mengambil wang tunai dari PHM untuk didepositkan ke bank setiap hari?

ii) Kenapa PHM mengeluarkan 2 cek bernilai RM 475,000 setiap satu yang bertarikh 17 mei 2012 kepada pakcik Wong Sein Loong, iaitu Lim Tau Foo (PBB no. cek 126536) dan ibunya, Lim Siew Kim (PBB no. cek 126535)? Apakah tugas yang mereka berdua telah lakukan sehingga PHM perlu membayar wang hampir RM 1 juta kepada mereka?

iii) Kenapa tiada tindakan lanjut di ambil oleh pihak berkuasa ke atas Wong Sein Loong apabila dia telah ke hadapan dan membuat sidang media untuk akhbar Kwong Wah Yit Poh berkenaan isu pemberian wang ini?

iv) Siapakah individu yang bernama Wilson Lee Choon Yung ini? Dia telah dikatakan menerima 3 cek dari PHM bernilai RM 50,000 setiap satu yang bertarikh 31 Desember 2015 (PBB no. cek 004395), 31 Januari 2016 (PBB no. cek 004396) dan 29 Februari 2016 (PBB no. cek 004397).

Kenapa dia dibayar?

v) Siapa yang membenarkan Datin Chua Lay Ping yang dikatakan telah mengambil wang tunai dari PHM sebanyak RM 50,000 pada Julai 2015 dan RM 100,000 lagi pada Ogos 2015? Atas alasan apa beliau dikatakan boleh mengambil wang dari PHM?

vi) Siapa yang memberi kebenaran kepada Wong Sein Loong yang dikatakan telah mengambil wang bagi pihak mendiang Dato Dr Yeow Chai Thiam dalam 2 masa berlainan pada Ogos 2014 yang berjumlah RM 45,000?

vii) Kenapa Henderic Koo yang dikatakan telah mengambil wang sebanyak RM 100,000 dari PHM dan mendepositkan wang tersebut ke akaun Datin Chua Lay Ping dalam beberapa transaksi bernilai RM 10,000? Siapa yang memberi kebenaran kepadanya untuk mengambil wang tunai dari PHM?









beberapa pembayaran tanpa asas dalam jumlah yang besar

PERCANGGAHAN DI DALAM PERJANJIAN ‘SETTLEMENT’. ADAKAH INI DIBUAT DENGAN SENGAJA UNTUK MENGUNTUNGKAN INDIVIDU TERTENTU?


Satu perjanjian di antara Mawar Associates (terdiri daripada PHM, Datin Chua Lay Ping dan Yeow Win Yean) dan 23 pemiutang telah ditandatangani pada Ogos 2017. Di dalam perjanjian tersebut, telah dipersetujui oleh semua pihak di mana PHM dan Mawar Associates perlu membayar semua pemiutang yang berjumlah RM 650,000. Sebanyak RM 200,000 dari jumlah RM 650,000 perlu dibayar oleh PHM dan bakinya dibayar bersama oleh Mawar Associates.

Apa yang menghairankan kami

Dalam perjanjian itu, dipersetujui bahawa saham milikan Aslirom S/B, Empatsempurna (M) S/B, Jazone Enterprise S/B, Nathill Station (M) S/B, Rumpun Tirai S/B dan Usetacom S/B telah dipindahmilik kepada Mawar Associates. Tetapi, selepas kami selidiki, PHM TIDAK menjadi pemegang saham bersama di dalam syarikat tersebut walaupun secara jelas di dalam perjanjian Mawar Associates terdiri dari 3 pihak. Kenapa PHM tidak diberi pegangan saham keatas syarikat tersebut? 

Di dalam perjanjian yang mencurigakan dan pelik itu, kami mendapati hanya PHM yang dikatakan terpaksa membayar kesemua jumlah hutang iaitu RM 650,000 dan bukan hanya RM 200,000 seperti yang dinyatakan di atas. 

Adakah terdapat individu-individu yang mendapat keuntungan dan  memenuhi poket mereka dari perjanjian yang berat sebelah ini? 

ADAKAH PERJANJIAN TERKINI DI ANTARA PHM DAN INTELEK CERIA SDN BHD (ICSB) SAH DI SISI UNDANG-UNDANG?

Kami telah berjaya mendapatkan perjanjian ‘Management and Operation’ di antara PHM dengan pihak ketiga bernama Intelek Ceria Sdn. Bhd. yang ditandatangani pada 7 Disember 2018 lalu. Apabila kami membaca dan mengkaji perjanjian ini, kami tertanya-tanya adakah perjanjian ini sah memandangkan PHM adalah satu institusi NGO. Beberapa perkara yang ingin kami utarakan dan persoalkan

Klaus 2.3.2
Kenapa ahli badan eksekutif tertinggi PHM perlukan kebenaran dari syarikat pengurusan jika mereka hendak melakukan rombakan atau menukar ahli mereka?
Kenapa tercatat di dalam perjanjian ini semua ahli badan eksekutif tertinggi PHM perlu ditukar selepas 2 tahun dan pengganti mereka mesti terdiri dari wakil yang dipilih oleh syarikat pengurusan? Kenapa syarikat pengurusan diberi kuasa sedemikian rupa? Salah seorang ahli badan eksekutif tertinggi adalah wakil pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Mengikut perjanjian ini, syarikat pengurusan mempunyai kuasa untuk menggugur dan menggantikan wakil dari jabatan kesihatan 2 tahun lagi. Adakah ini wajar? 
Klaus 4.4
Kenapa PHM mahu membeli tanah premis di Jalan Rasah (atas kebenaran KKM) bagi pihak syarikat pengurusan dan kemudiannya memindahkan hakmilik tanah kepada mereka?Tanah tersebut adalah milik kerajaan dan ia telah digazetkan untuk digunakan sebagai tapak hospital institusi NGO. Adakah klaus ini sengaja diletak sebagai ‘loop hole’ bagi membolehkan tanah ini digunakan untuk tujuan yang menguntungkan sesetengah pihak di masa hadapan? 
Klaus 5.1.4
Kenapa kuasa tandatangan cek diberi kepada syarikat pengurusan semata-mata? Bukankah kedua pihak patut mempunyai hak kuasa tandatangan yang sama supaya penyelewangan dapat di elakkan?

Klaus 6.4.2
Kenapa ahli badan eksekutif tertinggi PHM tidak dibenarkan untuk mempertikaikan laporan kewangan tahunan yang dibuat oleh syarikat pengurusan? Mengikut perjanjian ini, jika pertikaian berlaku, kedua pihak hanya boleh menerima laporan yang disediakan oleh syarikat pengurusan dan laporan dari pihak luar tidak akan diterima pakai. Kenapa?

Klaus 6.6
PHM adalah institusi tidak berkeuntungan. Jadi, kenapa perlu diujar tentang pemberian bonus kepada syarikat pengurusan?Ini telah melanggar M&A asal PHM. 
Cagaran
PHM hanya mempunyai 5 aset hartanah dan aset-aset ini telah dijadikan sebagai cagaran di dalam perjanjian tersebut. Berdasarkan situasi sekarang, PHM berkemungkinan besar akan kehilangan aset-aset ini kepada syarikat pengurusan. 

 Penutup

Terlalu banyak dokumen yang dapat dikumpul termasuk butiran akaun bank dan kehilangan duit melalui transaksi ke akaun peribadi, namun jika itu semua dikongsi pasti kami menanggung risiko perundangan. Dengan pendedahan ini pun kami sudah berisiko. 

Satu laporan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat, namun tanpa pendedahan ini rakyat tidak akan tahu apa yang berlaku. Jika pendedahan ini dibuat melalui Kerajaan Negeri pasti impaknya lebih besar, namun apakan daya Menteri Besar sangat lemah. 

catatan oleh 

che'GuBard dan pasukan khas

No comments:

Post a Comment