Sunday, October 06, 2019

Syed Husin dicabar senaraikan kontrak, projek atau syarikat yang diberikan kepada kroni jika tidak dia hanya "rootweiler' Anwar

Catatan Umum

6 Oktober 2019


Syed Husin dicabar senaraikan kontrak, projek atau syarikat yang diberikan kepada kroni jika tidak dia hanya "rootweiler' Anwar

Merujuk kepada wawancara Syed Hussin dengan Malaysiakini yang disiarkan pada 5 Oktober 2019 dimana dia mengatakan Malaysia di era KLEPTOKRASI KRONI dengan menyatakan

"Banyak syarikat dan projek diberikan kepada kroninya, terutama (pengerusi Majlis Penasihat Negara) Daim Zainuddin, (ahli perniagaan) Syed Mokhtar Albukhary serta anak-anaknya," katanya (https://www.malaysiakini.com/news/494521)

Syed Husin bisu bila kerajaan gagal menunaikan janji pada rakyat namun tiba - tiba dia muncul bising bila berkenaan janji ghanimah jawatan Perdana Menteri pada Anwar. Ramai tertanya adakah  Anwar telah berjaya jadikan Syed Husin sebagai "rottweiler" nya bagi menyalak kepada Mahathir.

Nampaknya strategi Anwar ialah dia sendiri akan terus cuba menjadi baik dengan Mahathir dan beberapa ekor rootweilernya akan dilepaskan utk terus menyerang dan menyalak.

Terbaru Syed Husin menyerang Mahathir dengan menamakan Mahathir sebagai "kleptokrat kroni", siapa mengenali Syed Husin dan Anwar akan tahu perkataan itu bukan perkataan Syed Husin pun, ia sangat 'berbau'  perkataan ciptaan Anwar .

Dalam kenyataan di Malaysiakini jelas Syed Husin selaku tukang salak Anwar telah menyatakan banyak syarikat dan projek diserahkan kepada kroni Mahathir terutamanya kepada Daim Zainuddin dan Syed Mokhtar serta anak anak Mahathir.

Di sini saya mencabar Syed Husin jika benar dia berani dan kenyataan itu bukan skrip diberi sebaliknya hasil dapatan dia sendiri. Dia WAJIB menyenaraikan senarai syarikat atau projek kerajaan yang dimaksudkan dikuasai kroni Mahathir seperti Daim atau anak - anak Mahathir. Jika Syed Husin mampu dan berani menyenaraikan maka saya menarik tuduhan saya bahawa Syed Husin 'rootweiler' Anwar malah sedia bersama dia dalam membongkarkan kepincangan.... atau jika Syed Husin tidak mampu ternyata dia cuba bermain politik baling batu sembunyi tangan dan hanya sebagai tukang salak Anwar semata mata.

catatan umum ; che'GuBard

lanjut klik http://chegubard.blogspot.com/2019/10/video-cabar-syed-hussin-senaraikan.html

No comments:

Post a Comment