Saturday, June 18, 2016

Surat terbuka : MEMOHON ‘POSTING’ PENJELASAN DAN MAAF.

BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN a.k.a che’GuBard ,
Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM,
No. 344 (Tingkat 1 & 2),
Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

18 Jun 2016

Kepada :

Pihak Malaysiakini.com,
No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya, Selangor
Email : newsroom@kinitv.com
             editor@malaysiakini.com

Saudara ;

Surat terbuka : MEMOHON ‘POSTING’ PENJELASAN DAN MAAF.

Merujuk kepada satu posting berita dengan tajuk “SAYA DIUPAH UNTUK BACA TESK OLEH CHEGUBARD” pada 9 Jun 2016 (sekitar waktu petang) yang melaporkan seolah Malaysiakini dapat bercakap dengan Azharuddin Othman yang mengatakan bahawa saya mengupahnya untuk membaca tesk akuan bersumpah yang menyatakan dia terlibat dalam memalsukan akuan sokongan Dekralasi yang diketuai Mahathir bagi menyingkirkan Najib. Ternyata apabila dihubungi oleh pihak SAMM wartawan Malaysiakini telah mengesahkan ia hanya melaporkan berdasarkan wujudnya satu SD (palsu) yang berkeliaran di media social tanpa mendapat pengesahan dari saya (che’GuBard) atau Azharuddin sendiri.

Setelah dihubungi kali pertama wartawan Malaysiakini hanya membuat perubahan (edit) berita sahaja tanpa mengubah tajuk yang jelas berniat jahat. Setelah dihubungi sekali lagi dengan menyatakan rasa kesal SAMM dengan berita tersebut, sekali lagi wartawan Malaysiakini membuat perubahan isi berita dan mengubah tajuk tersebut tanpa sebarang penjelasan.

Malangnya tajuk awal Malaysiakini sudah pun mempengaruhi banyak pengguna media social malah maki hamun termasuk melibatkan nama keluarga saya telah menjadi viral malah termasuk dalam ruangan komen Malaysiakini sendiri.  Malam itu juga sekali lagi pihak SAMM menghubungi wartawan Malaysiakini yang terlibat untuk menuntut berita tersebut ditarik dan satu penjelasan baru dan permohonan maaf dibuat namun berita itu tidak ditarik hanya nota kaki dibuat dalam berita tersebut. Namun ia tidak mengubah keadaan sama sekali kerana tajuk berita Malaysiakini sudah pun disebarkan oleh pengguna laman sosial.

Amat malang sekali ialah laporan Malaysiakini terhadap SD palsu yang dilaporkan betul itu dibuat walaupun Azharuddin, saya dan beberapa pihak sendiri sudah menyiarkan mengenai SD palsu itu sebagai palsu. Namun oleh kerana pengaruh Malaysiakini yang mempunyai pembaca ramai maka laporan Malaysiakini tersebut benar – benar telah mengganggu saya, Azhar dan keluarga.

Ini memaksa esoknya saya dan Azhar terpaksa memanggil satu sidang media, malangnya saya tidak faham adakah Malaysiakini punya masalah dengan saya, SAMM atau terlalu pro Mahathir sehingga penafian dan penjelasan Azhar tidak menjadi utama sebaliknya Malaysiakini melaporkan seolah saya panik lari dan menamatkan sidang media tergesa – gesa sedangkan jika melihat video penuh sidang media tersebut perkara dilapor Malaysiakini jelas tidak berlaku.

Untuk pengetahuan pihak tuan, saya dan Azharuddin bukan sahaja telah membuat penafian terbuka ,  juga telah membuat laporan polis secara berasingan mengenai SD palsu tersebut. Namun laporan Malaysiakini yang menyatakan saya sangat jahat membayar Azharuddin untuk menipu itu sangat memberi kesan. Saya didesak keluarga dan teman – teman untuk membuat laporan SKMM dan membuat tuntutan undang – undang namun perbincangan panjang saya dan SAMM membawa kepada ingatan panjang kami dan jasa Malaysiakini dalam susah payah perjuangan ini.

Saya dengan ini memohon pertimbangan Malaysiakini untuk dalam tempoh 48 jam agar dapat :
·         Menarik semula posting berita yang dimaksudkan (menarik bermaksud memadam sepenuhnya)
·         Menulis posting berita baru dengan tajuk Malaysiakini “Ternyata SD kedua palsu : permohonan maaf kepada Azharuddin dan che’GuBard”

Permohonan ini rasanya sangat tidak melampau dengan mengambil kira kesan laporan dengan tajuk dan berita awal yang disifatkan jahat dan tidak bertanggungjawab.Saya dalam pertimbangan cadangan untuk laporan SKMM dan tindakan undang – undang, saya sangat berharap pihak Malaysiakini dapat membantu saya untuk tidak meneruskan pertimbangan tersebut.

Dikesempatan ini juga saya dan keluarga besar SAMM mengucapkan terima kasih atas sokongan pihak Malaysiakini selama ini dan amat berharap perkara ini dapat diselesaikan lantas dapat sama meneruskan hubungan yang sangat kami hargai.

Sekian dan terima kasih.


che’GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com

salinan kepada Peguam

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:20 AM

    malaysiakini harus bertanggungjawab

    ReplyDelete