Kenyataan Umum
16 Jun 2016
16 Jun 2016
SAMM Seru Anak Perantau Sungai Besar dan Kuala Kangar, Balik Mengundi
Dua hari lagi adalah hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua anak perantau pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang tinggal diluar kawasan Parlimen tersebut agar pulang bagi membuang undi. Faktor pengundi yang tinggal diluar kawasan terutama sekali anak muda adalah faktor penting penentu kemenangan calon pada PRK kali ini.
SAMM tanpa berselindung menyokong penuh calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dalam pertandingan kali ini. Ini adalah PRK terakhir sebelum PRU 14 diadakan kerana sudah memasuki fasa matang dan Parlimen sudah boleh dibubarkan.
Sabtu lepas, SAMM berkesempatan turun sendiri ke Sungai Besar untuk membantu jentera Pakatan Harapan. Kehadiran SAMM dengan kekuatan beberapa komrad SAMM Kebangsaan sambil di bantu kekuatan SAMM Sungai Besar. SAMM sempat meninggalkan beberapa bahan kempen kepada jentera pilihanraya Pakatan Harapan. Antara bahan kempen yang ditinggalkan Booklet Skandal Rasuah Balak Kerajaan Negeri Kelantan, Risalah kisah Politik Najib dan beberapa lagi bahan kempen terbitan SAMM.
Walaupun PRK ini tidak mampu merubah kerajaan pemerintah sedia ada sama ada siapa menang atau kalah. Namun ia amat penting bagi Pakatan Harapan yang buat pertama kali menyertai Pilihanraya. Jika Pakatan Harapan menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia akan mencipta momentum baru yang membuktikan tidak mustahil menang 3 penjuru menentang BN dan sekutunya PAS. Seterusnya, mampu menjadi pemangkin kemenangan PRU14 yang juga dijangka bakal bertembung 3 penjuru antara PH - BN dan PAS.
SAMM turut menberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia agar memastikan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan bersih tanpa ada unsur penipuan pilihanraya.
Kepada pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pilihlah wakil rakyat anda yang betul dan wakil rakyat yang mampu bawa suara anda ke Parlimen. Akhir sekali SAMM mengucapkan selamat memilih.
Sekian,
Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
No comments:
Post a Comment