Monday, June 20, 2016

ADUAN RASMI SKMM MENGENAI PENYEBARAN AKUAN BERSUMPAH PALSU

Kenyataan Media

20 Jun 2016

ADUAN RASMI SKMM MENGENAI PENYEBARAN AKUAN BERSUMPAH PALSU

pada 8 Jun (sekitar  10malam) yang lalu telah terbaca satu akaun facebook atas nama KELAB PENYOKONG MUKHRIZ MAHATHIR yang menyiarkan satu akuan bersumpah palsu atas nama Azharuddin Othman yang membabitkan nama saya. Setelah itu saya membuat beberapa carian akuan bersumpah tersebut juga disiar beberapa akaun facebook yang dikenali sebagai penyokong tegar satu Deklarasi yang diketuai Mahathir. Kesemua akaun – akaun tersebut saya telah saya serahkan buktinyasekali.

Untuk pengetahuan semua pada 26 Mei 2016, saya telah mengiringi Azharuddin Othman bagi mendedahkan pengakuan (akuan bersumpah) keterlibatan dia dalam membekalkan pengkalan data bagi tujuan pemalsuan akuan sokongan Deklarasi Mahathir. Pengakuan ini telah menyentak banyak pihak, malah perancangan Seketeriat Deklarasi Mahathir untuk kononya untuk segera ke Istana bagi menghantar Deklarasi dan 1 juta lebih akuan sokongan telah tertangguh sehingga kini. Mereka akhirnya termasuk Mahathir sendiri kemudian terpaksa mengaku memang ada akuan sokongan palsu. Mungkin tertekan dengan pendedahan ini maka taktik jahat telah digunakan dengan menyebarkan satu lagi akuan bersumpah palsu dan fitnah.

Sebaik sahaja mengetahui kewujudan akuan bersumpah (palsu) yang membabitkan nama saya, saya terus menghubungi Azharuddin (individu yang kononya membuat akual bersumpah – palsu). Azharuddin menyatakan bahawa akuan bersumpah tersebut palsu dan dia sendiri memuat naik dalam laman facebooknya penafian idak sampai 1 jam selepas saya menghubunginya (rujuk lampiran 2). Malah saya sendiri turut membuat penafian melalui laman facebook saya dan laman twitter saya. Malah saya turut menghantar masej  whats app kepada rakan – rakan wartawan yang saya ada no telefon mereka termasuk wartawan Malaysiakini menyatakan semua perlu berhati hati dengan kewujudan akuan bersumpah palsu membabitkan nama saya.

9 Jun (sekitar 4 petang) saya mula dihujani panggilan telefon dan masej pesanan ringkat termasuk melalui aplikasi whats app. Bertanya mengenai kenapa saya membayar Azharuddin untuk menipu ? Malah ada masej caci maki juga dihantar. Setelah diselidiki rupanya Malaysiakini.com telah menyiarkan berita menyatakan akuan bersumpah palsu itu sebagai betul dan berita tersebut jelas berniat jahat apabila menggunakan tajuk “SAYA DIUPAH UNTUK BACA TESK OLEH CHEGUBARD”.

Ini sangat serius kerana penulisan berita tersebut ditulis seolah wartawan mendapat maklumat terus dari Azharuddin. Ini sangat tidak beretika dan jahat kerana sudah berbelas jam akuan bersumpah itu diperjelaskan palsu namun Malaysiakini.com boleh menulis ia sebagai benar.

Pihak saya menghubungi beberapa kenalan yang dikenali bekerja dengan Malaysiakini.com selepas dihubungi berita tersebut di ‘edit’ beberapa kali. Menjelang malam kami hubungi lagi kerana tajuk jahat tersebut masih tidak berubah. Hanya sekitar 10 malam barulah tajuk tersebut diubah dan ditelahkan nota editor dihujung berita tersebut.

Berita asal yang jahat itu sudah disalin dalam bentuk tulisan mahupun print screen telah disebar ke ratusan ribu seluruh negara. Malah pembaca yang meletakkan komen awal ketika berita itu belum diedit dan kemudian baru ditukar tajuk sudah pun memberikan komen yang amat negative.

Pada 10 Jun oleh kerana tindakan tidak beretika dan jenayah pemalsuan dokumen akuan bersumpah, saya dan Azharuddin bersama beberapa teman terpaksa mengadakan sidang media. Azharuddin sendiri menjelaskan dihadapan media bahawa akuan bersumpah yang disebar sebagai kononya akuan bersumpah keduanya itu adalah palsu.  Laporan polis juga dibuat. (salinan diserahkan sebagai lampiran)

Saya telah menghantar surat terbuka kepada Malaysiakini pada 18 Jun 2016 menuntut memadam posting walaupun sudah diedit dan membuat posting penjelasan dan meminta maaf namun sehingga kini tidak ada respon. Ini amat memalukan dan sangat tidak beretika. Kalaupun Malaysiakini hendak menyokong Deklarasi Mahathir namun dengan cara melaporkan benda bohong sebagai betul itu sangat – sangat tidak bermoral.

Mewujudkan akuan bersumpah palsu adalah satu jenayah. Tujuan aduan ini dibuat adalah untuk meminta SKMM memulakan siasatan siapa yang memulakan dan menyebarkan akuan bersumpah palsu ini dan mengambil tindakan ke atas semua mereka yang menyiarkan akuan bersumpah palsu sebagai benar.

Sekian dan terima kasih.

che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment